::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, October 9, 2011

MOVE LIKE JAGGER vs TA RA RUM PUM (Sama Tapi Tak Serupa part 3)


Sangat malas untuk meng hupdate blog sejak kebelakangan ini. Bukannya busy sangat pun, penat? pun tak lah penat sangat, tak ada masa? ada je masa..cuma MALAS. Tak ada isu menarik yang ingin diketengahkan. Cuma bila terdengar lagu Move Like Jagger ni kat radio terasa nak buat entry pasal lagu ni.

First time dengar lagu ni kat radio HOT FM. Opie ni mmg ketinggalan zaman bab2 lagu baru diradio. Opie rasa lagu ni pun mungkin dah lama berminggu2 kat radio kan. First time dengar lagu ni, dengar intro dia, dalam hati leh cakap "eh HOT FM pasang lagu hindustan la". Sebab sangat2 jarang radio HOT FM pasang lagu hindustan. Tapi rupa2 nya lagu Inggeris la...nasib baik bila dah abis lagu, DJ sebut tajuk lagu dan penyanyi. Apa lagi terus search video ni kat youtube, dan cari lagu hindustan yang sama dengan lagu ni. 

INI PENDAPAT OPIE HASIL DARI PENDENGARAN KEDUA BELAH TELINGA OPIE YANG MASIH BERFUNGSI DENGAN BAIK. Lagu "Move Like Jagger" ni lebih kurang sama dengan lagu dalam filem hindustan "Ta Ra Rum Pum"... nak kepastian dengar sendiri la ya....



Lagu dari Filem Hindustan Ta Ra Rum Pum



Move Like Jagger by Maroon 5 ft Christina Aguilera


Sumber video : Semestinya dari YOUTUBE.


NotaKakiDanTangan : Lepas ni nak buat entry pasal SKANDAL... hahaha tengah sibuk mengarang ayat. Sebab apa? sebab geram dengan orang yang suka ber skandal..padahal masing2 dah ada pasangan masing2....hattuuiihhh... tungguuuuu