::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, March 31, 2011

NASIB BAIK TAK KENA LEMPANG....

 
::ASSALAMUALAIKUM::
PERISTIWA 1


keh keh keh....pagi tadi jadi cik supir My Mommy pergi membeli belah barang dapur, bayar segala bil...hehehe..nak dijadikan cerita..My Mommy suh Opie gi beli "beras keling"... "Beras Keling" ni bagus tuk mereka yang ada penyakit kencing manis. Kat Benut ni cuma satu tempat je yang kitorang tau ada jual..kedai lain tak pasti ada jual ke tidak. Tempat yang dimaksudkan adalah Kedai Borhan. 

Kedai Borhan ni antara kedai yang paling lama di Benut ni. Ia diusahakan oleh Encik Borhan sebab tu nama kedai tu Kedai Borhan. Endik Borhan ni keturunan India..tapi dia memang dah lama tinggal sini. Mungkin diorg punya great great great grandfather n mother keturunan India. Tapi dior leh ckp India eh India ke? ke Tamil..tak sure la..tp kalau dia borak ngan pekerja dia..bukan guna Bahasa Melayu. So agak2 korang dapat agak tak apa yang akan berlaku? hehehe ikuti dialog antara anak dan mommynya..


Dalam Kereta
Mak : Opie nanti masa awak nak beli suratkhabar, beli sekali  "Beras Keling" ya.
Opie: Okay. Tapi memang konpem ke nama dia "beras keling"? tak ada nama lain ke? (First time nak beli)
Mak : Memang tulah nama dia. Orang2 semua cakap mcm tuh. Diorang ckp beli kat Kedai Borhan.
Opie: Betul ke mak...kang bila opie sebut kang nanti kena lempang mcm mana? kena hempuk ngan beras tuh ke...
Mak : Betul lah...sebut je lah..


Kat Kedai Borhan..

Opie:Bang, ada jual "beras keling" tak? (masa ni cakap slow je...tuk abg tuh je dengar)
Pekerja: Beras apa?
Opie:"Beras Keling" (time ni cakap dah kuat sikit, 2-3 org kat kaunter dh tergelak-gelak dah....Opie plak  dh seram takut melanggar sensetiviti)
Pekerja: Hah..beras apa?

haa pekerja ni tak tahu plak ke buat2 tak tahu...terpaksalah opie gi kat Kakak yg ada kat kaunter, kakak ni anak En.Borhan.

Opie : Kak Nor..ada jual "beras keling" tak? (mcm tak terkeluar je nak sebut....dua kali ulang sebab ckp slow...hehehe)
Kakak : ooooo Beras India....ada-ada...nak berapa kilo?
Opie : Nak 3 kilo (oppss bengang gilor....seram pun ada gak...yelah perkataan keling tuh kan sensetip..memang takut melanggar sensetiviti...opie bukanlah orang yang Racist ya...)

Adegan seterusnya..dok borak ngan kakak tuh...tanya2 lah pasal beras tuh sebab nak hilangkan rasa bersalah sebab guna nama sensetip...borak2..tanya2..mcm mana cara masak beras tuh...hehehe..tpi kakak tuh yg start tya..."pandai ke tak nak masak beras ni" hehehe...borak2 n tya tuk menunjukkan yang memang betul2 baru first time beli...dan sebut nama "beras keling" tuh  pun sebab orang2 yang suh sebut masa nak beli...huhuhu


Dalam kereta on the way balik...
Mak : macam mana? (dah gelak-gelak)..kena lempang tak?
Opie : hahaha...bukan "beras keling" la mak...BERAS INDIA kak nor cakap tadi...kah kah kah naseb baik opie tak kena hempuk ngan beras ni tau...kena smack down ke....
Mak :...hahaha mana lah mak tau....hee




Kedai Borhan kedai feveret My Uncle...Encik Karim...dia kalau balik kampung mesti gi "check in" dulu kat kedai Borhan..pas tuh bila dh nak balik JB semula dia akan "check out"kat kedai Borhan gak...


NotaKakiDanTangan: Kita kan 1 Malaysia...1 Rakyat...tinggal dalam Negara Malaysia...kita kena tau perkara2 yang sensetip bagi kaum2 lain. Kalau kita orang Melayu ada benda2 yg sensetip macam tuh jugak kaum2 lain. Macam perkataan "keling" tuh...kita memang tau dari dulu lagi yang perkataan tu sensetip tuk orang India...so kita janganlah sebut....hehehehe 




PERISTIWA 2




ni cerita lama...zaman degree lagi..berlaku kat bus stop depan PKNS shah alam (bdk2 uitm kat shah alam tu taulah)...duk borak2 ngan member pasal kuih deram @ kuih telinga keling..borak lah..korang pggl apa kuih tuh..kat Johor pggl nama mcm ni...kat Kedah mcm ni...kat Kelate mcm ni...lebih kurang je...




Masa ni ada sekumpulan budak India perempuan kat sebelah group kitaorg...Opie tau diorg ada kat situ..tapi tak igt diorg ada kat situ...boleh ke macam tuh... jadi masa duk borak2 tuh..Opie punyalah berapa kali ulang.."aku panggil kuih telinga keling" dari kecik aku pggl nama kuih tuh "kuih telinga keling"... haha 2-3 kali ulang perkataan keling tuh...



Sampai member cuit.."ko perasaan tak sapa kat sebelah kita ni?.." 
opie: perasan..napa? (leh tya lagi tu)
member lg 1:"kalau ada org kena lempang..aku tolong...tolong tengok" 
member sorang lagi:"aku tolong lari.." hahaha bila diorg cakap mcm tuh baru Opie pasan yg Opie salah cakap...hahaha


padahal budak2 India tu tak dengar pun....hehehehe..seram...


NotaKakiDanTangan : sebab tu orang dulu-dulu ada peribahasa..Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar...


P/S : Kita kan 1 Malaysia....tak ada untungnya kalau kita bersikap perkauman....:)

Monday, March 28, 2011

Movie Time---> WORLD INVASION : BATTLE LOS ANGELES

...Semalam pergi tengok filem lagi..dan kali ni tengok filem ni plak WORLD INVASION : BATTLE  LOS ANGELES. Lagi berselera nak tengok filem mat saleh ni dari nak tengok filem ...Dalam Botol dan Ratu..heheeh (kali ni mode menonton filem bukan dalam mode "Menyokong Industri Filem Tempatan") ooppss sorry..


10 minit pertama cerita ni banyak berbual aja dalam filem ni...Opie dah mengantuk dan bosan..sampai My Dear Little Sister cakap "kak jom kita tukar hall lain..Ratu pun Ratu lah.." Opie pun jawab..."jom..jom...Dalam Botol pun okay gak..hahaha rasa hall diorang pun tak penuh"  hahaha sebab memang dah rasa menyesal beli tiket filem ni.Tapi selepas 10 minit e nak berkedip mata pun rasa rugi..bila dah mula adegan tembak menembak...

Filem ni mengenai askar-askar US yang berhempas pulas nak menyelamatkan orang awam dan Los Angeles dari Makhluk Asing a.k.a aliens bila bumi di serang oleh makhluk hodoh tu..diorang nak merampas sumber utama manusia iaitu air...(mcm kartun BoboiBoy..alien dia nak sumber koko)..tapi alien dalam citer  ni sangat hodoh..body macam kerengga...Dalam cerita ni kononya hanya tinggal Los Angeles aja yang belum ditumpaskan oleh alien yang jahat tuh. Jadi diorg bermati-matian lah nak selamatkan Los Angeles.

Siapa2 yang tak berapa patriotik pada negara sendiri patut tgk cerita ni. Yelah tgk mcm mana askar ni berhempas pulas melawan aliens hodoh tuh semata-mata nak selamatkan orang awam. Sedangkan nasib diorang sendiri belum pasti..hidup atau mati. Pas tuh orang awam nye lima orang je...askar2 nye dari belas2 org tggl 6 ketul aja. Dan ada org awam tuh yang terbunuh sebab nak tolong tembak aliens.

Citer best lah..tapi bergantung pada selera masing2 gak. Siapa yang tak suka citer tembak2 tuh..memang konpem cakap tak best..so tak yah tgk..gi tgk citer Ratu...hehehehe


Poster Filem

NotaKakiDanTangan : Balik rumah try search filem ni untuk donlod..sekali tuh dh ada tuk donlod..hehehe

Sunday, March 27, 2011

GIRLS DAY OUT...part 1

hehe..baru je sampai rumah..tapi tak baru sangatlah....dah siap mandi....dah siap kemas semua barang2..letak kembali ditempat asalnya...tapi baru sampai dari mana?...sebenarnya 26hbMarch2011 hari sabtu...Opie ada jemputan majlis perkahwinan BFF (kata org zaman skang) di negeri sembilan. Iaitu Shafawati Binti Kamarudin.(roomate dari zaman diploma sampailah degree..kawan baik suka duka masa belajar)

nak dijadikan cerita...Nak pergi sorang memang konpem tak dpt..kecualilah kalau naik bus. Jadi ajaklah My Dear Little Sister n My BFF Dayu temankan gi N.9.

Perancangan bukan hanya nak menghadiri majlis perkahwinan..tapi baanyaakk sangat projek nak meronggeng. Antaranya:
  • Nak mandi kat Air Terjun Ulu Bendul (sebab dah lama tak mandi)
  • Nak gi Istana Seri Menanti
  • Nak gi pusing2 Bandar Hilir lagi.
  • Nak gi Jonker Walk (sebab tak pernah gi lagi)
  • Nak naik Melaka Cruise (sebab tak pernah naik, n nak rasa ala2 kat oversea..hehehehe)
Di sebabkan kekangan waktu..hanya Istana Seri Menanti dan Jonker Walk aja yang menjadi kenyataan.

Perancangan awal..kami ingat..dari n.9 gi Melaka..dan bermalam di Melaka. Sebab sebelah malam nak gi Jonker Walk..dan esok paginya sambung pusing2 seluruh Melaka...tapi tak dapat kebenaran dari "pihak atasan"...hehehe..

dan sebelum pergi banyak betul wasiat..pesanan...arahan yang telah diberikan oleh "pihak atasan" kami antaranya
  1. Jangan bertolak dari Melaka lepas Asar.( ala kalau balik lepas asar..tak dpt lah gi Jonker Walk..Melaka-->B.P cuma satu jam lebih perjalanan je...) hehehe :P
  2. Jangan bermalam di Melaka (sebab kami semua perempuan)
  3. Jangan nak meronggeng sangat (hahah kelakor sangat ayat ni)
  4. Bawak kereta jangan laju sangat masa kat lebuhraya..silalah baca dialog lakonan semula dibwah ni:
    • Mak "nanti kat lebuhraya jangan bawa laju sangat, ikut hadlaju yg ditetapkan"
    • Ayah "bawak 120-130 je..jangan lebih.."
    • Opie " ala tak laju pun...160-180 je" hahaha (saja nak usik mak n ayah"
    • Mak "jangaaaan"
    • Ayah "ayah risau tayar kereta je..sebab tayar kalau nak problem tak kira..kereta mahal ke murah ke..baru ke lama..kalau tayar pancit...awak bertiga pun lum tentu dapat buka nut tayar"
    • sambung ayah lagi "mungkin ramai yang singgah. nak hulurkan bantuan.sebab tengok semua anak dara yang ada problem..tapi confirm ke semua org baik"
    • Opie " Yelah...baiklah" nada anak yang baik...

Jadinya...ari sabtu kami menuju ke Seremban.Majlis di Senawang. (masa majlis ni kami kecoh betul..mcm kenduri sedara mara je).Dari Senawang kami ikut jalan kampung ke Melaka..melalui Ulu Bendul, Seri Menanti, Kuala Pilah semua tu lah. Singgah di Istana Seri Menanti. Kemudian sampai di Melaka..dan merayap di Jonker Walk. 

Sampai di Batu Pahat agak lewat malam, jadi kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah My Dear Little Sister di Batu Pahat untuk menyambung ronggeng rokiah kami di Batu Pahat plak... sebelum tuh sori to my member iemah..(iemah telefon opie time opie baru bangun pgi n mamai2..jadi opie pun jwb opie ada kat Melaka..padahal ada kat Batu Pahat, bila dh letak telefon..baru terpikir..apa yg opie ckp td..huhu..kepada faizul sorry tak dpt dtg majlis td, tunggu faizul kawen lah baru opie datang ya...)

Bangun2 tdo cek sms..baru perasan rupanya..Opie ada jemputan lagi di Batu Pahat..alang2 ada kat BP ni..ajaklah adik n Dayu gi teman..tapi alamak baju kurung semua mana ada..hehehe bantai pakai baju semalam...gosok semula...calit2 minyak wangi.then jemur bwh sinaran matahari kejap..pas tuh pakai balik..(hehehe ni kes emergency tau..bukan kes anak dara selekeh)...balik dari pengantin..apalagi movie time...hehe pas tuh baru lah pulang ke pangkal jalan...hehehe

NotaKakiDanTangan : Terima Kasih la sudi buang masa baca panjang2 ni..segala gambar akan diletak di entry akan datang. Sebab sepanjang perjalanan ni..kami tak bawa kamera..semua gambar tangkap guna h.phone aja..dan bukannya h.phone opie..jadi amek masa lah nak letak gambar ya...jadi...TUNGGUUUUUUUUUUUU

Wednesday, March 23, 2011

YUK KITA JADIAN

Hahaha lagu yang best..enjoy je dengar...
Lagu ni boleh bagi kat lelaki/wanita yang kita yakin dia suka kita atau cinta sama kita, tapi tak nak terus terang.
Tapi sebelum tuh kena pastikan kita tak bertepuk sebelah tangan. Cuma dia tak berani nak luahkan perasaan.

Baris lirik yang best:
  • "Kau pernah tertangkap basah, Sedang menatapku tanpa berkedip"
  • "Kalau cinta sebaiknya diucap,Belum tentu kau masih punya hari esok"
  •  "Di depanku kau pura-pura mikir ,Namun matamu tak mungkin bisa berdusta"
  • "Biarlah aku yang mulai, Yuk kita jadian"


Tajuk : Yuk Kita Jadian
Penyanyi : Melly Goeslow
OST tuk Filem Kabayan jadi Milyuner


Anak kecil main mobil, mobil-mobilan
Main motor juga paling motor-motoran
Jatuh cinta juga paling cinta-cintaan
Belum beneran

Kita yang sudah besar harusnya serius

Jatuh cinta juga harus cinta beneran
Kau pernah tertangkap basah
Sedang menatapku tanpa berkedip

Kalau cinta sebaiknya diucap

Belum tentu kau masih punya hari esok
Banyak gengsi banyak mikir kelamaan
Yuk kita jadian

Di depanku kau pura-pura mikir

Namun matamu tak mungkin bisa berdusta
Sampai mati kau tak mungkin ngaku
Biarlah aku yang mulai
Yuk kita jadian

Kita yang sudah besar harusnya serius

Jatuh cinta juga harus cinta beneran
Kau pernah tertangkap basah
Sedang menatapku tanpa berkedip

Kalau cinta sebaiknya diucap

Belum tentu kau masih punya hari esok
Banyak gengsi banyak mikir kelamaan
Yuk kita jadian

Di depanku kau pura-pura mikir

Namun matamu tak mungkin bisa berdusta
Sampai mati kau tak mungkin ngaku
Biarlah aku yang mulai

Mobilku bukan mobilan

Motorku bukan motoran
Cintaku bukan cinta-cintaan
Tiada yang palsu
Yuk kita jadian

Monday, March 21, 2011

Sayang nyaaa..

Hari sabtu ari tuh, 19 Mac 2011, bersamaan dengan 15 RabiulAkhir 1432H, BULAN SANGAT CANTIK. Malam tuh Opie n My Dear Sister, keluar nak gi beli burger, dongak ke langit bulan mengambang penuh..cantik sangat. 

Cakap kat adik "canteknya bulan malam ni..mengambang penuh, it's time for the vampires" hehehe..pas tuh cakap lagi "zaman2 sekolah dulu, kalau bulan mcm ni, balk tuisyen tak yah pakai torchlight".. Ingatkan ia satu bulan mengambang yang seperti biasa, tapi rupanya pada malam tuh ia merupakan fenomena yang jarang berlaku. Sayang nyaa tak ambil gambar, padahal dalam hati terdetik nak ambil gambar. huhuhu

Pada malam hari tuh, bulan berada hampir dengan bumi nama saintifiknya PERIGEE ataupun SUPERMOON, di mana kali terkahir ia berlaku pada 18 tahun yang lalu. Di dalam setiap pusingan bulan mengelilingi Bumi, ada masanya bulan berada hampir dengan bumi iaitu PERIGEE, dan ada masanya ia jauh dari bumi iaitu APOGEE. Ini disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat tapi bentuknya elpis iaitu bujur sedikit, oleh yang demikian sepanjang laluan bulan di orbitnya maka jarak nya dengan bumi tidak akan sama.


Sebenarnya, jarak bulan dengan bumi ialah 406,300km, dan pada malam sabtu tempoh hari jarak bulan dan bumi adalah 356,700km. Sebab itulah pada malam tersebut, bulan nampak besar dan sangat terang, ia juga bergantung pada keadaan cuaca, dan pada malam sabtu tempoh hari cuaca sangat baik. Di Benut, bulan memang sangat sangat terang dan cantik. 



NotaKakiDanTangan: Sebelum hari kejadian lagi, orang dah sibuk kat internet pasal Supermoon ni, Opie ada baca cuma tak peka. Huhuhuhu..dan akibatnya, sekali lagi jadi orang ketinggalan zaman...

Sumber: dari pembacaan di wikipedia dan fakta sains. hehehe

Movie Time --->3 IDIOTS

Saya sangatla ketinggalan zaman. Filem 3 Idiots ni dah keluar lama 2009, tapi baru petang tadi menghabiskan masa hampir 3 jam menonton filem ini. Opie rasa tak membuang masa 3 jam menonton filem ni. Sebab filem ni sangatlah memberi motivasi dan inspirasi. Lagi terasa sangat buang masa dengan menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah n Jangan Pandang Belakang Congkak 2...heheheh

3 Idiots adalah sebuah filem Bollywood, di mana pelakon utamanya adalah Aamir Khan, my feveret bollywood's actor forever n ever..Opie minat giler ngan Aamir Khan banding Shah Rukh Khan...ooppss sebelum tuh SAYA ADALAH PEMINAT FILEM BOLLYWOOD kah kah kah...so what?..hahaha..Aamir Khan dalam filem ni sangatlah kacak nya..huhuhu banding dalam citer Fanaa...

Filem ini mengisahkan tentang suka duka 3 orang sahabat di dalam mengejar impian dan cita cita masing-masing.Persahabatan lebih penting dari segalanya. Watak utama Rancho (Aamir Khan) sanggup buat apa sahaja untuk kawan2 dia. Ini bukan cerita cinta, dalam filem ni dia ada sentuh pasal, belajar bukan untuk lulus periksa dan dapat gred yg baik, tetapi untuk ilmu pengetahuan yg akan dipraktikkan dalam alam pekerjaan. 

Cuma ada 3 lagu kot dalam filem ni, dan tak ada babak romantis pun dalam filem ni. Tapi banyak babak mengenai persahabatan dan kekeluargaan yang menyentuh perasaan. Banyak juga babak yang kelakar.
Poster Filem
Lagu yang best dalam cerita ni.Enjoice...

Sunday, March 20, 2011

TAK BISAKAH (Sama Tapi Tak Serupa part 2)

keh keh keh..nak gelak dulu. Tak nak tulis banyak-banyak layan je la video kat bawah ni ya..Tengok apa yang sama tapi tak serupanya....

Tajuk Lagu : Tak Bisakah
Artis : Peter Pan
Filem : Alexandria..
Negara : Indonesia



Tajuk Lagu :Kya Mujhe Pyaar Hai
Artis :Tak Tahu tapi yang pasti dari India
Filem : Tak tahu jugak..sama ada lagu ni Soundtrack filem atau pun tidak
Negara : India


NotaKakiDanTangan: keh keh keh akan ada lagi selepas ni ya...
Sumber Video : dari YouTube

JAM 3.30 PAGI...20 MAC 2011....

Jam 3.30 pagi...tapi masih tak tidur lagi...keh keh keh

Saturday, March 19, 2011

nak hadiah MUSIC BOX atau KOTAK MUSIK

Music Box atau Kotak Musik...kenapa? Sebenarnya dah lama teringin nak ada Music Box terutama sekali Music Box Ballerina. Ala Music Box yang ada penari ballet tuh. Macam kat gambar2 bawah ni. Hmm birthday tahun ni, special request kat my dear sister suh dia belikan music box sebagai hadiah. hehehe...

Selalu nak beli sendiri music box tuh,tapi mesti tak ada yang berkenan. Kalau ada pun yang berkenan mesti harga dia leh beli 2-3 pasang kasut ngan handbag. Macam tak berbaloi plak nak beli sendiri dgn harga yang mahal. Tapi kalau orang belikan atau hadiahkan takpelah dan kalau ada yang sudi bagi..tak kisah murah atau mahal. Sebab pemberian orang ni..memang dihargai sepenuh hati.

  • Kalau boleh Memang teringin nak Kotak Music or Music Box.
  • Nak Music Box yang ada Ballerina. Ada penari ballet. Tak kisah lah penari ballet tu menari automatic ke tak. maksudnya petung tuh time kita buka box dia terus menari, atau pun kita kena letak kat atas platform then baru dia leh menari.
  • Pas tuh kalau boleh TAK NAK WARANA PINK. Sebab yang ada ballerina mesti banyak yang warna PINK. Kalau boleh Nak warna GOLD or BLACk or GOLD n BLACK .
  • Tak nak yang guna bateri, nak yang kita kena pusing baru ada musik...hehehehehe
So My Dear Litle Sister (kat internet banyak jual yang cantik2)..bila mau belikan? or ada sesiapa willing to give me this, as a present. (hadiahmu akan dikenang sampai ku menutup mata) keh keh keh

Yang macam ni pun cantek gak

Tak nak warna PINK. Design ni kalau ada kaler GOLD n BLACK pun cun gak

Yang ni simple sangat.

Kepada bakal suami saya, yang ni jadikan hantaran pun saya terima.

sapa2 yg nak bagi hadiah yang mcm ni pun okay apa..,keh keh keh



Wednesday, March 16, 2011

SUBHANALLAH AKU MENYINTAINYA....

Ya Allah, 
Jika aku jatuh CINTA, 
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan CINTAnya pada Mu, 
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu.

Ar-Rahman,
Jika aku jatuh hati pada seseorang,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut kepada-Mu,
Agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.


Lagu : Di Atas Satu Cinta (OST Syurga Untukmu)
Penyanyi : Dewi Pertiwi

Tuesday, March 15, 2011

A PERFECT GATEWAY hari terakhir..mari kita pulang ke pangkal jalan..

Sambungan cerita yag dah lama, hari terakhir..lepas konvo kitorg balik semula ke Putrajaya. Hari terakhir, dalam perancangan, ingat nak singgah KLIA dan Melaka. Last2 singgah Melaka je. Sebab dah tak sempat nak singgah KLIA .Kali terakhir pergi Melaka pada tahun 2003 kot. Masa abg konvo diploma dia. Lama giler tak pergi. Sekali lagi kami kumpulan budak jakun ni, suka pergi tempat bersejarah (macam poyo tak?). Tapi seriously, bila masuk je Melaka satu feel yang tak dapat digambarkan. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata menusuk kedalam lubuk sanubari. Masuk je Melaka lepas tol (tak igt tol apa) dah dapat rasa betapa bersejarah nya negeri Parameswara itu. Setiap kali gi Melaka mesti ada feel tu. 

Lain tau dengan feel gi KLCC..itu feel BANGGA+jakun. Kat Melaka ni feel dia lain. Perasaan  betapa Melaka memang BANDARAYA BERSEJARAH (hah amek ko caps lock lagi). Ya memang itulah rasannya perasaan itu. Tapi adik Opie cakap "memang kak, tapi kalau kita, bila masuk Muar je dah rasa dah feel tuh sket"..hmm betul lah tuh. Sebab Bentayan (Muar) dan Melaka memang sangat berhubung kait ketika zaman2 kesultanan Melayu Melaka. 

Wah kalau nak cerita sejarah Melaka, sepuluh tahun ber blog pun tak habis...Tapi kami sempat pusing kat Bandar Hilir je. Ayah cakap "kalau nak gi Melaka, tak boleh main singgah2 mcm ni, kena peruntukan cuti tuh hanya tuk Melaka je. Lain kali kita gi" wah...ku tuntut kata-kata mu wahai ayahanda. Layan je lah gambar..

Okay, saya sangat selekeh pada hari tersebut. Malas nak pegang payung, jadi kita sangkut kat beg, mcam zaman sekolah dolu2.

Ayah melayan kesengalan anaknya.



Pokok Ini Tidak Boleh diBinasakan dalam apa jua bentuk sekalipun. Apakah maksud ayat tersebut. Adakah disebabkan nilai sejarah yang terdapat dipokok tersebut, dan kerana itulah pokok itu tidak boleh dibinasakan samada ditebang, dibakar atau pun di bom?. Ataupun kerana pokok ini memang tidak boleh dibinasakan walaupun telah mencuba pelbagai cara. Adakah terdapat ke angkeran dipokok ini? Pokok ni kat tengah2 bandar Melaka kot...kalau nak besarkan jalan mcm mana?


Sila arahkan mata anda ke jejaka dibelakang itu. Dari kami kat bawah sebelum naik ke atas, smpi lah kami dari atas dan turun ke bawah, jejaka mat saleh itu masih leka dan ralit mengambil gambar kucing yang berada di bawah meriam itu. Bukan dibawah Mariam okay.

Muka penat panjat tangga. Pancit, nampak sangat tak byk exercise, baru berapa anak tanggai dah mengah


Kami yang selekeh pada hari itu.Panjat tangga pakai heel, seb baik wedges. huhuhu Kesilapan teknikal.

Habislah cerita "A PERFECT GATEWAY"..ntah bila akan berlaku lagi. SEKIAN TERIMA KASIH, kerana meluangkan masa terluang anda untuk membaca.



Nak baca apa yang berlaku pada hari2 seterusnya? just click on the title below.

Monday, March 14, 2011

A SWEET WEEKEND

This weekend very the sweet weekend. Hehehe.On Saturday, it start with the "Majlis Potong Jambul" my niece Alisha Qistina (my cousin's daughter) ,and then  from Majlis Potong Jambul, me and my uncle's family went to "The SouthernMost Tip of Mainland Asia" (Penghujung Selatan Tanah Besar Asia) which is located at Tanjung Piai, Pontian Johor. There is a lot of fun here. with the monkeys la, so many monkeys here..besar-besar plak tuh, with the bridge yg senget la.. and the best part is when Opie n Auntie pakai baju kurung n me..with the 3 inch high heels. Wear the high heels, does not become a big problem for me but when you need to jalan kaki for almost 1500 metres..plus keadaan muka bumi yg tak berapa nak stabil...huhuhu kesian kat kasut baru I...hehehehe.. sangat kelakar di sini..
Hai Qistina..My name is Cippahh..hehehe Gambar gelap sebab snap guna h.set cikai je


I wanna to hug you coz ur so cute...






Mercu Tanda

Us in Baju Kurung




My name is Cipppah..

We're the Cute Gurls

On Sunday (13 March 2011),ada dua jemputan kawen yang perlu dihadiri. Dua2 kawan, jemputan kawen pertama Nurul Faizin, kawan masa sekolah dan juga sedara. Jemputan kedua Yunasril, kawan sekolah jugak. dua2 pun sekelas masa zaman menengah rendah. Apapun tahniah untuk anda berdua. Haha. 

Nak gi umah Yus tuh dengan muka tak tahu malu ajak Ismail gi saing2, n mintak tolong dia amek kat umah., sbb Opie malas nak drive dan secara KEBETULAN, kami leh pakai baju yg sama kaler plak ari tuh dlm erti kata lain sedondon. ulang perkataan KEBETULAN...hahaha. dah lah dtg berdua , sedondon plak tu. Jadi nya, kami menjadi bahan gosip pada hari itu. hehehe. (senyum sumbing)..oopss jangan buat gosip ya...he's my friend n we're friend since kindergarden lagi. keh keh keh


Gambar tak brp nak clear sebab guna h.set je. Opie tak bawa kamera. Hanya sekeping saja yang dapat di snap
Nama Pengantin : Yunasril dan Izan 

Nama Pengantin : Nurul Faizin. Ni pun snap guna h.set je. dah la memang dh hitam, tak de pengcahayaan mkin hitam jdinya.


Lepas dari pergi majlis kawen, pas asar hntr adik balik umah dia kat BP, dan sambil tuh dh plan nak gi tengok wayang. refer entry ni http://sofimariam.blogspot.com/2011/03/hikayat-merong-mahawangsa.html


Apa yang buat sweet lagi weekend ni bila ramai org dirumah..hehehe

Sunday, March 13, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA<---- Movie Time

Hari ni, hari ahad, seperti biasa menjadi driver tak bergaji hantar My Dear Sister balik rumah dia. Perancangan hari ni nak tgk wayang, nak tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..hahah dan perancangan telah berjaya.hehehehe

Poster Filem.

Apa yang Opie leh komen pasal Filem ni?
Berapa thumbs up nak bagi? ==Semestinya sepuluh ibu jari tangan dan kaki opie bagi untuk filem ni
Dan Berapa bintang nak bagi ?== Bukan lima bintang atau sepuluh bintang Opie nak bagi kat filem ni tapi semua bintang-bintang yang begermerlapan di langit ketika malam hari nak Opie nak bagi kat filem ni.

Opie dah lah minat cerita2 epik ni. Bila KRU Studios secara amnya dan Yusri KRU secara khasnya berani mengeluarkan dan mengarahkan cerita macam ni tuk Malaysia, perasaan bangga dan syabbass inspektor shahab tuk tenaga produksi. Tahniah KRU Studios apabila mampu membuat cerita yang keluar dari kotak ("Out of box)..kalau tak asyik2 cerita hantu je..tak pun cerita cintan cintun..yang mana cerita tuh buat drama pun boleh lagi nak jadikan filem.

Kalau nak dibandingkan dengan cerita2 Hollywood tu memanglah jauh..Tapi sebagai permulaan untuk berjinak2 untuk buat filem macam ni ,  dengan budget yang dikira celah gigi mat saleh je, tp bg kita rakyat Malaysia dah mahal sngtlah tuh, memang dan sememangnya Filem ini patut diberi pujian. 

Nak komen pasal teknik CGI yang digunakan, tapi tak tahu sebab bukan terer sgt pun pasal2 bda2 tuh. Tapi hopefully next time punya cerita leh lah dipertingkatkan lagi, diperkemaskan lagi. 

NotaKakiDanTangan: Kalau diorg tipu ckp itu cerita bukan Yusri yang direct, mestii leh percaya. So tahniah untuk Yusri, KRU Studios, para pelakon, dan tenaga produksi Hikayat Merong Mahawangsa.