::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman Bersalin


Kita bermula dengan pengalaman bersalin dulu. Pengalanan mengandung, Alhamdulillah semua dipermudahkan.
Bila dah selamat bersalin, Opie cakap kat My Encik You..."kalau tak disebabkan I sakit round ligament aritu, i tak rasa pun sakit pregnant."

Alhamdulillah, Opie tak mabuk, tak mengidam yang bukan2, tak morning sickness cuma evening sickness je. Tu pun dalam dua minggu je. Muntah semula lepas makan, kalau baby tak suka je kot makanan tuh. Baru lah muntah. Dan the most interesting part is....tak boleh makan ayam...dalam apa jua bentuk masakan. Padahal Opie adalah penggemar tegar
ayam. Bila mengandung boleh jadi penggemar ikan, dan kambing. Hehehe

Kembali ke cerita untuk tajuk utama nya.
Alhamdulillah, perjalanan bersalin juga dipermudahkan.

Tarikh dijangka bersalin adalah 19Nov2014. 5 hari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Hehehe. Tapi Cik Ton selamat dilahirkan pada 13Nov2014.

Pagi 13Nov tuh, Opie masih pergi bekerja.
Padahal masa mandi pagi tu, dah kuar tanda secotet. Cakap dekat My Encik You,  pas tuh tanya, nak gi kerja tak? Opie amek keputusan pergi je lah kerja. Bukan sakit pun. (Dlm pemikiran igtkan tanda akan keluar mcm period). Hahahaha

Sampai kat ofis, gi toilet dalam kul 9. Tanda kuar lagi. Cakap dengan My Encik You, dia tanya ada sakit tak. Memang tak sakit pun, dan dia ajak gi klinik. Yang Opie ni, boleh plak cakap. Tak yah kuar sekarang lah. Lunch nanti lah baru keluar. Lagipun My Encik You tgh meeting dgn GM dan SM. Malas nak kacau. Tapi akhirnya kuar gak dari ofis kul 10pagi.

Dah kuar dari ofis, masih tak buat keputusan nak gi klinik ke nak terus go hospital.
   (1)Kalau gi klinik, akan suh gi spital gak.             Sebab dah keluar tanda.
   (2) Kalau gi klinik, belum tentu doktor.kat         klinik tuh boleh cek jalan.
(3) Kalau gi hospital terus, doktor leh cek              jalan dan takut doktor suh balik.

Adalah dalam 20 minit duduk dalam kereta bincang. Akhirnya ambil keputusan pergi hospital terus. 10.30 sampai kat klinik OnG... kul 12 lebih baru dpt jumpa doktor. Padahal patient dpn Opie cuma sorang je. Dia buat pap smear kot.

Tup tup bila jumpa doktor jalan dah 3cm.
Doktor tanya "ada sakit tak?"...mestilah tak ada. Okay doktor suruh gi labor room untuk buat CTG.Keputusan CTG yg akan menentukan Opie boleh balik rumah atau tinggal.kat hospital.
Alhamdulillah barang Mummy dan baby mmg dah standby dalam kereta sejak 7bulan lagi.

Keputisan CTG, rupanya.Opie dah ada contraction tapi Opie tak rasa. Dan paling best, contraction dah cecah 80 90 tapi Opie tak rasa sakit. Dan sebenarnya Opie tak tahu memulas tuh adalah contraction Mungkin sebab Opie pernah kena sakit perut yg lagi dahsyat dari contraction.

Bila doktor nampak je result contraction tu. Dia suh stay je kat hospital. Bukan warded ya....terus stay dalam labor room.

Tagih simpati kat doktor..
"Doktor saya belum lunch. Dah nak kul dua ni"
" Tak pe nanti kita buatkan milo makan dgn biskut, saya tak nak awak gi mana2 dan saya tak nak awak bersalin kat kedai makan atau pun awak dtg semula hospital bukaan dah 8cm"

Dalam hati...mana kenyang biskut dan milo. Cian kat My Encik Yoy pun lapar. Sebab sementara tunggu turn td...dah berangan nak gi makan nasi ayam sedap kat Taman Mawar. Hehehe...
Cakap kat My Encik You..gi amek mak ngan ayah kat rumah. Seb baik hospital dengan rumah dekat.

Doktor pecahkan air ketuban kul 3ptg kul 5.23ptg. Cik Ton pun selamat dilahirkan.

Nurse, Kak Bidan (sebb muda mak bidannya) doktor asyik offer Opie nak amek epidural ke tak. Macam mana nak amek kalau tak sakit. Hehehe...last2 Opie terima offer diorg tuk sedut gas je. Tak de beza pun sedut dgn tak sedut. Hahaha...lalok je.

Bersalin dgn mekap masih lekat dimuka, hahaha ala2 Che Ta. Kad kerja pakai sampai dalam labor room. Doktor tuh cakap, saya tau awak terkejut kena bersalin hari ni. Tapi pas kerja kena lah bukak ya..hahaha okay kelakar.

Belanja gambar CikTon.



NotaKakiDanTangan:
Nanti sambung lagi cerita ya.



Setahun Berlalu

Hahaha....gelak dulu sket...
Last post adalah 20 January 2014...
Masa taip last entry, punyalah berjanji yang blog ni akan sentiasa diupdate dgn cerita yang tertangguh...

Janji tinggal janji.

Selepas setahun berlalu...
Dah setahun 3 bulan jadi seorang isteri.
Dah 3 bulan menjadi seorang mummy.
Banyak benda nak cerita.
Pengalaman menjadi seorang isteri, Pengalaman mengandung, melahirkan.
Hahaha.... macam macam...

Apa kata kita letak untuk sentiasa update blog ni sebagai salah satu azam atau pun cita-cita untuk tahun ni.

Blog ni Opie anggap secara tidak langsung adalah diari. Untuk Opie bercerita dan berkongsi kisah dan cerita yang tak dapat dilupakan. Yelah sedangkan hard diak dan memori card boleh corrupt apatah lagi memori manusia. Hahaha... Opie rasa, sekarang ni Opie ada short term memori lost. Hahaha..

Sekejap je lupa terus. Contohnya, nanti bila turun nak amek coklat dalam peti ais dgn botol susu baby. Tup tup bila naik semula ke bilik. Terus lupa. Bila nak makan itu coklat dan nak pakai itu botol baru teringat yg semua itu sudah terlupa untuk diambil.

Hehehehe....