::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Monday, March 21, 2011

Movie Time --->3 IDIOTS

Saya sangatla ketinggalan zaman. Filem 3 Idiots ni dah keluar lama 2009, tapi baru petang tadi menghabiskan masa hampir 3 jam menonton filem ini. Opie rasa tak membuang masa 3 jam menonton filem ni. Sebab filem ni sangatlah memberi motivasi dan inspirasi. Lagi terasa sangat buang masa dengan menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah n Jangan Pandang Belakang Congkak 2...heheheh

3 Idiots adalah sebuah filem Bollywood, di mana pelakon utamanya adalah Aamir Khan, my feveret bollywood's actor forever n ever..Opie minat giler ngan Aamir Khan banding Shah Rukh Khan...ooppss sebelum tuh SAYA ADALAH PEMINAT FILEM BOLLYWOOD kah kah kah...so what?..hahaha..Aamir Khan dalam filem ni sangatlah kacak nya..huhuhu banding dalam citer Fanaa...

Filem ini mengisahkan tentang suka duka 3 orang sahabat di dalam mengejar impian dan cita cita masing-masing.Persahabatan lebih penting dari segalanya. Watak utama Rancho (Aamir Khan) sanggup buat apa sahaja untuk kawan2 dia. Ini bukan cerita cinta, dalam filem ni dia ada sentuh pasal, belajar bukan untuk lulus periksa dan dapat gred yg baik, tetapi untuk ilmu pengetahuan yg akan dipraktikkan dalam alam pekerjaan. 

Cuma ada 3 lagu kot dalam filem ni, dan tak ada babak romantis pun dalam filem ni. Tapi banyak babak mengenai persahabatan dan kekeluargaan yang menyentuh perasaan. Banyak juga babak yang kelakar.
Poster Filem
Lagu yang best dalam cerita ni.Enjoice...

No comments:

Post a Comment