Apakah perasaan anda bila terperangkap selama 127 jam dengan tangan yang tersepit oleh batu, dengan tiada bekalan makanan dan minuman yg mencukupi. Nak tambah best lagi, anda terperangkap di gurun dan tiada siapa tahu anda telah pergi kesitu...
Berdasarkan kisah benar seorang yang bernama Aron Ralston, ia telah diterjemah ke layar perak. Bagi aku okaylah cerita ni. Lagipun aku suka cerita berdasarkan kisah sebenar. Pengarah filem ni adalah orang yang sama mengarah filem "Slumdog Millionaire" , Danny Boyle. Sama mcm Slumdog Millionaire, kita sentiasa tertanya2 apa kesudahan cerita nya, mcm tu juga dengan 127 Hours , apalah nasib si Aron ni bila dia dah terperangkap mcm tuh sekali.
Disebabkan aku tgk yg dah download (maknanya bukan tgk wayanglah) jd aku pengelat sket, hehehe aku terus tgk last citer ni...sebab tak sabar. Lagi pun..pertengahan cerita agak boring sket, kalau tgk panggung confirm dh tertido rugi separuh duit tiket..hehehe sebab tgk kat panggung tak leh lajukan cerita..kikikiki..dan pengakhiran cerita agak mengilukan peha dan perut aku...heheheh Sian si Aron ni..dah la ensem...yg pelakon dia lah...Aron betul, tak berapa nak hensem la...
Pengajaran dari filem ni yang aku dapat :
- Sentiasa bagitahu orang sekeliling ke mana anda mahu pergi. Kalau perlu bgtahu pihak polis, bgtahula. Siap leh bg pesan kat org2, "kalau aku tak balik dlm masa bla, bla, bla, cari aku, kat sini or telefon polis, bomba, rela tuk cari aku". Kalau dapat segala jenis askar pun boleh. Espescially bg diorg2 yg suka gi mendaki, menyelam, masuk hutan keluar hutan tuh.
- Dari mati tak ada org tahu, lebih rela kehilangan anggota tubuh badan yg lain. Cthnya, hilang kaki sebelah, masuh ada lg sebelah yg boleh digunakan.
- Semangat untuk meneruskan kehidupan. Semangat kena kuat.
- Jangan mudah berputus asa. Biar putus tangan, tapi jangan putus asa...hehehe
Ini poster filem |
Keadaan Aron masa tersepit dan terperangkap |
Aron betul belah kiri, Aron pelakon baju coklat.. Mamat hensem dalam Spiderman. |
No comments:
Post a Comment