::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Monday, June 27, 2011

Movie Time --->Heart 2 Heart


Filem Heart 2 Heart ni, My Little Dear Sister yang suruh tengok. Dia pun terjumpa filem ni kat youtube. Filem ni filem Indonesia. 



Poster Filem


Bagi Opie filem ni okaylah. Best tu best lah, filem ni berkisarkan percintaan remaja, di mana ia menggambarkan percintaan di dunia anak remaja yang amat meyakini cinta. Kekuatan cinta antara dua watak utama iaitu Pandu dan Indah yang tidak dapat dipisahkan hanya kerana penyakit mereka hidapi. 

Kalau korang rasa nak nangis2 dan nak feel jiwang2 Opie cadangkan tengoklah cerita ni. Sedih...lagi sedih dari cerita Heart (Acha dan Irwansyah)...Tapi sorry Opie tak reti nak nangis bila tengok cerita...keh keh keh.

Apa yang jelas mesej yang di bawa dalam filem ni adalah......
  1. Sanggup berkorban apa sahaja demi Cinta terhadap orang yang di sayangi.
  2. Kalau sudah jodoh tak ke mana. Suka bila lelaki tu cakap kat perempuan tu "KALAU ADA JODOH, PASTI KETEMU"
  3. Lagi satu kata-kata lelaki tu "MANUSIA BOLEH PERGI, TAPI CINTA KEKAL DISINI"...sweet okay. Sebab kalau ikutkan dalam cerita diorg bawa watak budak sekolah yang baru 17tahun

Watak utama perempuan dalam filem ni macam LISA SURIHANI...cantik..lelaki nya pun cute. 

Macam Lisa Surihani tak? Apa yang buat dia nampak macam Lisa Surihani, sebab gaya rambut dia sama macam gaya rambut Lisa dalam Lagenda Budak Setan.



Salah satu babak dalam Filem. Macam Lisa kan.

Lisa Surihani


Irish Bella


Lagu2 dalam filem ni semua best best..biasalah Melly Goeslow kan.





Ni SINOPSIS nya Opie copy bulat2 dari website ni. http://fathur-net.blogspot.com/2010/11/film-heart-2-heart.html

Sinopsis:
Semua berawal dari pertemuan tak sengaja antara Pandu (Aliff Alli) dengan Indah (Irish Bella), di sebuah danau nan indah. Tiga hari pertemuan ini berlanjut, Pandu Dan indah menemukan kebahagiaan yang diisi keindahan hutan, kebun teh, danau, dan cinta. saat itu indah sedang berlibur di villa bersama orang tuanya.

kebersamaan pandu dan Indah terus terbawa dalam hati asing-masing ketika keduanya kembali ke Jakarta. Pandu Yakin apabila jodoh mereka aan bertemu kembali. Indah memang bersekolah di Jakarta sedangkan Pandu baru akan pindah ke Jakarta.       

Laksana jodoh, garis hidup sudah idtuliskan Tuhan, Indah bertemu kembali dengan Pandu, dan cinta itu tetap ada walau kini ada rintangan. Indah sudah memiliki pacar, dan tepatnya jodoh pilihan mamanya (Wulan Guritno), bernama Ramon (Miradz).

Hingga kemudian, sebuah kecelakaan merenggut sebagian hidup Indah. Penglihatannya dan pita suaranya. Saat itulah, Clara (Arumi Bachsin) kembali setelah selama ini pergi, karena menolak jadi boneka ibunya. Indah ibarat boneka rusak, menolak ditemani orang tuanya, apalagi pacar pilihan orang tuanya. Pandu kembali muncul. Pandu melepaskan sekolahnya di Jakarta untuk kembali ke desa, menyusul Indah yang memilih menghabiskan kesendiriannya di villa. Pandu dan Gita, sahabat Indah bersama berusaha mengembalikan senyum Indah.

Dan di situlah, di tempat awal mereka bertemu, Indah dan Pandu pun kembali bersatu, namun waktu tak memberinya lebih. Pandu yang menderita sebuah penyakit jantung kronis tak memberinya waktu untuk terus bersama. Seperti sebuah kalimat, "manusia boleh pergi, tapi cinta tinggal selamanya", beghitulah kisah kasih mereka pun abadi.

No comments:

Post a Comment