::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, December 11, 2011

Maaf DiTerima

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Patah akibat terpijak....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Budak chomell ni yang pijak...muka bersalah...hehehe...Pas pijak My Dear Little Sister wat VC ngan Opie.. Ayat pertama dari budak kecik ni..."Opie Coyi (Sorry) Cipah pijak"
kikikiki

Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Jadi untuk Alisha Qistina dan Andi Shaqifah Azzahra


hehehe. Peristiwa dah berzaman berlalu, tapi baru nak update kat blog.

Nak cerita  pasal bezday dua orang budak kiut miut ni.

Alisha Qistina Binti Muhammad Anwar
Tarikh Lahir : 30 September 2010


Ni Kek bezday Alisha



Tengah syok2 amek gambar kek bezday Alisha. Tiba2 atuk Alisha cakap kat Opie.(merangkap pakcik opie. Sebab bapa Alisha sepupu Opie)
Pakcik Opie : "Opie, bezday Opie tahun depan buat kek macam ni lah"
Opie : "Hehehe boleh jugak, tapi Opie nak baju kebaya."
Pakcik Opie : "hahaha. boleh jugak. lagi chantek"





Andi Shaqifah Azzahra Binti A.Karim @ Cipah
Tarikh Lahir : 1 October 2008



Kali ni, bezday budak kecik ni sambut kat rumah atuk kitaorg.
Bezday dia ni senang ingat, sebab dia lahir bersamaan 1 Syawal. Bezday 1st year dia, ayah dia celebrate kan pada 1 raya. Pas tu tuk thn selepas tuh amek 1 oct je. hehehe.
Pasal budak kecik ni Opie pernah buat entry khas untuk dia kat SINI.


Cipah ni sepupu Opie, Alisha plak anak sedara sebab ayah Alisha dan Opie adalah sepupu. 


Sunday, October 9, 2011

MOVE LIKE JAGGER vs TA RA RUM PUM (Sama Tapi Tak Serupa part 3)


Sangat malas untuk meng hupdate blog sejak kebelakangan ini. Bukannya busy sangat pun, penat? pun tak lah penat sangat, tak ada masa? ada je masa..cuma MALAS. Tak ada isu menarik yang ingin diketengahkan. Cuma bila terdengar lagu Move Like Jagger ni kat radio terasa nak buat entry pasal lagu ni.

First time dengar lagu ni kat radio HOT FM. Opie ni mmg ketinggalan zaman bab2 lagu baru diradio. Opie rasa lagu ni pun mungkin dah lama berminggu2 kat radio kan. First time dengar lagu ni, dengar intro dia, dalam hati leh cakap "eh HOT FM pasang lagu hindustan la". Sebab sangat2 jarang radio HOT FM pasang lagu hindustan. Tapi rupa2 nya lagu Inggeris la...nasib baik bila dah abis lagu, DJ sebut tajuk lagu dan penyanyi. Apa lagi terus search video ni kat youtube, dan cari lagu hindustan yang sama dengan lagu ni. 

INI PENDAPAT OPIE HASIL DARI PENDENGARAN KEDUA BELAH TELINGA OPIE YANG MASIH BERFUNGSI DENGAN BAIK. Lagu "Move Like Jagger" ni lebih kurang sama dengan lagu dalam filem hindustan "Ta Ra Rum Pum"... nak kepastian dengar sendiri la ya....



Lagu dari Filem Hindustan Ta Ra Rum Pum



Move Like Jagger by Maroon 5 ft Christina Aguilera


Sumber video : Semestinya dari YOUTUBE.


NotaKakiDanTangan : Lepas ni nak buat entry pasal SKANDAL... hahaha tengah sibuk mengarang ayat. Sebab apa? sebab geram dengan orang yang suka ber skandal..padahal masing2 dah ada pasangan masing2....hattuuiihhh... tungguuuuu

 

 

Sunday, September 25, 2011

Putaran Hidup Bertukar 360 darjah,

::ASSALAMUALAIKUM::

Cousin : Kak Opie dah lama tak update blog.
Opie : A'ah, Kak Opie tak ada idea nak buat blog. Otak kosong je.


Sebemarnya ada je masa nak update blog, cuma otak kosong dan tak idea n isu untuk diketengahkan. Boring gak kalau asik nak cerita tentang hati dan perasaan kan?

Bila kerja tempat baru ni, jadual dan rutin seharian Opie memang bertukar 360 darjah. Masa kerja yg dulu pun tak lah mcm ni sekali rutin bertukar. Terenjat segala urat saraf dan tulang temulang.



SEBELUM

SELEPAS




1

©       Kul 2-3 pagi pun belum tidur lagi.


     ©    Kul 9.30 dah tidur. Kalau tengah   "cuti" sembahyang, 8.30 dah tidur.

2

©       6.15 pg bangun sembahyang Subuh dan tidur semula .

©       6.30 pg bangun dan tak tidur semula. Hari Isnin sebab hantar My Little Dear Sister gi kerja.

©       8.00 pagi hari Sabtu sebab nak gi pasar lambak.

©       Masa kerja kat sekolah dulu   kul 6.15 pg bangun untuk sembahyang dan bersiap ke tempat kerja


©    5.30 pagi dah bangun. Ayam pun tak berkokok lagi tau.




3

©       Dapat tidur anytime bila rasa ngantuk.



©      Mestilah tak boleh nak tidur.

4

©      Tempat kerja lama, 7.45 pg baru nak panaskan enjin kereta.



©       6.30 pagi dengan gigih dah ada dalam kereta tuk pergi ke tempat kerja

5

©      Dari rumah ke tempat kerja jalan bercinta 10 minit je. Jalan biasa 5 minit.



©       Jalan kaki dari tempat parking kereta untuk ke ofis, kalau jalan bercinta tuh 20 minit la, kalau jalan biasa2 seploh minit.
6

©       Tempat kerja lama 100 org perempuan baru 5 org lelaki.




©       Environment kerja totally lain. Agak culture syok disini. Environment kerja yg bila dinisbahkan 100:5. (100 org lelaki dan 5 org perempuan)

7

©    Knowledge bertambah tapi masih dalam bidang yang sama.




©       Knowledge juga bertambah dan sangat lain dengat yg pernah dipelajari dan dialami. Tapi knowledge dari zaman study dan kerja sangat2 membantu.


 
NotaKakiDanTangan : Ini aja yang mampu dikongsi, sebenarnya banyak lagi. Bukan mengeluh, tapi berkongsi pengalaman diri sendiri. Saya buka insan yang mudah mengeluh dan tidak akan mengeluh atas apa yg berlaku ke atas diri saya. Saya redha dan ikhlas dengan setiap apa yang berlaku. Kerana percaya bahawa Allah itu Maha Adil dan Berkuasa.





Sunday, September 11, 2011

Kisah Dongeng OPienk


Best plak lagu Stacy yang baru ni. Ost drama Cinta Elisa lakonan my "kakak" Fasha Sandha dan Botak (budak Juvana). Lirik dia best straight forward je, senang faham.

I want to dedicated this song for "someone bengong" hahahaha. Siapa makan kambing golek dia yg rasa sedapnya kambing golek tersebut..(peribahasa baru...lalalala)






Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba

Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Monday, September 5, 2011

Nervous Tahap Maksima

 ::ASSALAMUALAIKUM::

Today is my first day of work.
Dan saya rasa saya sangat NERVOUS tahap maksima.

Kembali berdikari sepenuhnya, seperti zaman belajar Master.

Semua nya buat sendiri, segala keputusan baik dan buruk berada dalam pikiran dan genggaman sendiri.


 Kembali menjadi seorang Power Puff Girl. hehehehe.


Sepanjang duduk dengan parents ni, Opie tidak dibenarkan untuk memandu seorang diri untuk perjalanan jauh. Walaupun ke Johor Bahru, bukan jauh sangat pun 45 minit je kalau ikut highway PLUS. Mesti kena berteman, kalau tak ada kawan pasti My Daddy yang akan temankan.

Tapi disebabkan semua urusan yg berkaitan kerja ni berlaku di bulan Ramadhan dan masa ni My Daddy memang tengah super duper busy, dan kawan2 lain semua bekerja. Paksa rela My Mummy and Daddy lepaskan Opie untuk settle kan semua perkara sensorang.

Bermula dengan pergi amek offer letter bersendirian.

Pergi medical check up pun sorang2. (then pas med checkup gi shopping raya sensorang)

Dan bila dah settle semua, pergi return back offer letter to that company.

Benut >> Johor Bahru >> Pasir Gudang >> Johor Bahru >> Pontian >> Benut

Perjalanan Opie sepanjang nak settlekan hal kerja ni. dalam seminggu tuh 3 hari duk berulang alik perjalanan yang sama. 
*PENGSAN*...

Sampai rumah terus lepak...tak bertenaga. Yelah kan time ni waktu puasa.

 Okay kembali kepada tajuk asal. Entry ni adalah auto post ya.

Today is my first day of work.  

 Excited? 
yeah i'm really2 excited

Happy? 
Of course i'm happy. after 8 month okay!

Scared?
hahaha reallly scared. Scared on people expectations and working environment.

Anxious and nervous? 
hahaha tahap dewa dewi punye nervous tau. Cannot be described by word.

Crying? 
Maybe yes. But of course not. I am a heart tough women (new term by me)..

Sad? 
yes...usually on first day working, you are on ur own. No one cares, no one speaks, and luckily if there is someone are going to have a conversation with you. It really likes ur first day at school or university.
 Its going to be a long day and become a sad day. huhuuhu



Hopefully everything will be okay and under my control

Saya budak baru belajar, kalau salah atau tak tahu jangan marah2 ya....hehehehe

Sunday, September 4, 2011

1 SYAWAL 1432 H / 30 OGOS 2011



Biar gambar sahaja yang berbicara.



Si Montel

LOVE is RIGHT

Mereka Adik Beradik

Jom ikut kami ke rumah

Pagi 1 Syawal tuh, mcm kami berdua je yg sambut raya kat rumah ni. Kami je yg banyak posing.



Ini hanya separuh / suku dari gambar2 kami berdua.




Gambar kat tiang rumah plak

Macam dah tak cukup laman rumah kan, duk bergambar kat tiang rumah plak


I LIKE Candid Camera

Warna baju raya sama warna ngan kereta.


Kah kah kah gelak tergolek. MAX 24:7 pui....


Hahahaha nak tiru gaya MAX 24:7 konon...tak dapat jek./ diorg lagi best (puiii) ko mana ada ada.




Kenapa Raya Tahun ni tak meriah? suram? kelam semacam je? dah tak macam tahun2 yang sudah berlalu?

:: ASSALAMUALAIKUM ::

~~ 4 SYAWAL 1432 HIJRAH / 2 SEPTEMBER 2011 ~~
 Raya tahun ni bagi Opie tak semeriah tahun2 yang sudah. Walaupun seperti tahun2 yang lepas kami sedara mara tetap berkumpul di rumah atuk. 
Mula2 tuh ingatkan Opie je yang feel mcm ni. Tapi bila buka Facebook, Twitter, ngan baca blog. Masing2 update status yang raya tahun ni tak semeriah seperti tahun2 yg sudah dan suram semacam je.
Masa shopping raya aritu feel raya tuh memang meluap2. Tapi start je malam raya mcm bosan semacam. 
  • Dengan ucapan sms dah tak banyak macam dulu2, tahun2 lepas sms ucapan raya sampai inbox full dan sampai tak cukup kredit nak reply balik. Tahun ni...heh..leh dikira dengan jari.
  • Malam raya, kami sepupu sepapat ni, tiba2 leh jadi baik semacam, masing2 duk mengadap depan TV je. Pergh raya dalam sejarah betul. Sebab tahun2 sebelum ni, tak cukup laman rumah kitaorg main mercun n bunga api. Dan ada sekali tuh, PAK POLISI mampir ke rumah dan SOUND DIRECT kat kitaorg jangan main mercun.(nasib badan rumah tepi jalan dan dekat dgn balai polis dan sebelah petronas.)
  • Pagi raya plak..mak aih..kelam kabut semacam je Opie rasa, orang dah balik sembahyang raya pun yang ladies ni masih tak siap2 lagi bersiap dan bersolek. Ada yg belum mandi pun ada. Kalau tahun2 yg lepas tuh, sebelum habis sembahyang raya semua dah cun melecun. Planning nak gi sembahyang raya semua lebur mcm tuh je. hehehehehe

  • Hahaha tahun ni Opie dapat duit raya, tahun lepas tak masuk dalam list pun. Sebab tahun lepas Opie yg bg duit raya.

hmmmm ntah la...makin lama kemeriahan hari raya semakin suram dan kelam. Kenapa?

  • Mungkin sebab masing2 semakin besar dan dewasa jadi semangat raya tuh semakin menurun.

  • Kecanggihan teknologi pada hari ni. Ramai yang suka memerap di rumah melayari internet dari pergi kunjung mengunjung.

  • Ramai kawan2 yg dh kawen dan  beraya dirumah mertua masing2. Nasib baik tahun lepas Opie dan kengkawan beraya sakan. Tahun ni masing2 dah ada life sendiri  ramai yang dah kawen.

  • Kita2 yg lahir thn 80-an dan kebawah ni yang untung dapat merasa kemeriahan hari raya yg real. Budak2 sekarang ni especially yg lahir tahun 2000 ni..hmmm macam tak thrill je diorg kan...

  • Yelah nak ke diorg main mercun yg merbahaya tuh? bunga api yg byk asap dn membuatkan badan berbau asap? baik diorg main gadget2 diorg yg canggih manggih tuh tanpa perlu mengeluarkan walau setitik peluh pun.
hmmmm perubahan zaman, peredaran masa serta kemajuan teknologi mengheret sekali kepada perubahan adat dan budaya. Itulah harga yang perlu kita bayar, dan hakikat yang perlu kita hadapi. Apa yang diakutkan ia terus ditengelami oleh kemajuan dan kecanggihan teknologi.


Wednesday, August 17, 2011

Cinta 247 by 24:7







::ASSALAMULAIKUM::










Entah macam mana, Opie leh TERJEBAK secara TAK SENGAJA TERTENGOK video ni. 

Gila GELAK TERGOLEK dibuatnya.

Apakah sungguh video klip ni.

Tengok video POCO-POCO atau J-ROBIK lagi bagus.

Rasa kesian sangat dengan budak2 yang terlibat dalam kumpulan ni. 

Adakah diorang ni mangsa keadaan ataupun memang nak kejar glamer?

Vokal memang sah2 out. 

Cara menari lagilah out.

Kalau betul nak buat cara K-POP tuh, ikut lah style diorg polish budak2. 

Ni main hentam keromo je. 

Apa yang Opie tahu kat Korea tuh, tuk build satu kumpulan nyanyi dan menari ni, diorang 

akan polish budak2 ni betul2 ada tuh yang makan bertahun baru leh kuar single atau video 

klip




Please la...kalau nak ikut K-POP tu try come out with something yang very berkualiti. 


Jangan sebab nak ikut trend....ayoooo


















Opie itu Sofi Mariam

::ASSALAMUALAIKUM::


Alhamdulillah Sujud Syukur PadaMU atas rezeki yang diberi.


Apa yang Opie lalui selama LAPAN BULAN ni, menjadi seorang yang menganggur berdikari (PENGANGGUR TERHORMAT) memang betul2 mematangkan Opie. 

Lapan bulan okay...bukan lapan hari atau lapan minggu. Kau ada? tak adakan....jadi duduk dan baca...hehehe

Ia Menjadikan Opie seorang :

  • Lebih dekat kepada ALLAH.(itu pasti)
  • Lebih TABAH, 
  • SABAR yang makin menebal. Lebih sabar dari biasa. Sabariah dan Sabarudin pun tak sesabar Opie tau.
  • REDHA dan IKHLAS dengan setiap perkara yang Opie hadapi sama ada ianya buruk atau pun baik.
  • Lebih BERUSAHA.
  • Lebih TENANG. Bila kita REDHA dan IKHLAS kita akan jadi tenang. Walau sehebat mana pun dugaan yang datang. Alhamdulillah Opie dikurniakan oleh ALLAH sifat dan sikap ni sejak dari zaman sekolah lagi.
  • Positive Thinking.
  • Tidak cepat menghukum atas apa yang berlaku. Pasti ada alasan atau sebab mengapa ianya berlaku.
  • Lebih baik bila berhadapan dengan manusia yang MULUT BERBAU LONGKANG.
  • GEMUK. hahahah duk umah bantai makan aja.
  • RAJIN. hahahah duk umah jadi suri rumah.
  • PEMANDU yang berhemah. asik jadi cik supir je, bawa org gi sana lah gi sini lah.
  • CHEF memasak. Walaupun tak terer.. Untuk tekak sendiri dah lulus la.Kalau tekak sendiri mengidam n ngada2 nak makan sesuatu tu dah tak de hal la....hahahha
  • Lebih mengenali siapa yang patut digelar seorang KAWAN. Kawan susah dan senang.

Tuesday, August 16, 2011

Ku Ingin Miliki Mu

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Ku Ingin Miliki Mu Atas Restu Allah
Ku Berharap Kau Jadi Yang Terakhir.
Atas restu Allah ku Mencintai Dirimu


Sangat sweet ayat kat atas tuh kan. 
Teringin nak bagi kat my Mr. Right, Prince Charming, or My Romeo....hahahaha
Tapi hmmm nan hado.
Tak ada siapa yang nak kat I pun.

Nyanyi sorang2 je la. Lagu nye.
Itu petikan lirik dari lagu Rossa duet dengan Pasha Ungu.
Lirik dia best la. Sangat Islamik
Tajuk lagu dia "KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH"







Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah



Sunday, August 14, 2011

MUSIBAH yang membawa kepada REZEKI

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Masih terngiang2 dan berpegang kepada kata2 seorang member :

           "Allah tidak akan menzalami Hambanya, Doa dan Sabar Opie. Minta kat DIA InsyaAllah"



Allah berfirman yang bermaksud : "Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah 94:5-6)


Rezeki kalau Allah nak bagi memang dalam pelbagai cara. Untuk Opie, Allah tak bg direct macam orang lain. Terus terang Opie cakap, rezeki Opie tak macam orang lain. Opie kena berusaha 18 kali ganda dari orang lain. Kalau orang lain, sekali interview je dah sangkut kerja. Tetapi bukan untuk Opie.


Sampai Opie pernah terfikir, tak kan lah dengan kelulusan yang ada , tambah pengalaman kerja sket dan soft skill yang ada satu kerja eventhough kerja cikai pun tak sangkut? Tak kan lah aku ni teruk sangat.


Bayangkan kerja "cikai" pun tak sangkut. Opie pernah cakap kat seorang member ni 
"kalau awak tahu, usaha saya nak cari kerja, mesti awak nanges punye. Konpem punya".


Sebab cara dia cakap, suh Opie pergi cari kerja, macam Opie ni duk goyang kaki je kat rumah tunggu rezeki turun dari langit.  Itu belum lagi ada ayat tanya dari member  "kenapa awak tak gi cari kerja?". Pergh menusuk kalbu ayat2 tersebut.


Memang betul kata member Opie, "Allah tengah uji kesabaran dan sejauh mana keimanan ko kat Dia. Kau Sabar Opie, InsyaAllah ada, mungkin lambat je Allah nak bagi"


Setelah LAPAN BULAN menganggur berdikari, ulang suara LAPAN BULAN okay bukan lapan hari. Ko ada? tak ada kan...so duk senyap2. Barulah rezeki yang ditunggu itu hadir. Itupun setelah Opie lalui pelbagai dugaan, musibah, cobaan,  dan yang seangkatan dengan nya. Bila citer kat sini kang jadi novel plak, then leh buat drama.


LAPAN BULAN menganggur..pergh...mulut2 manusia yang berbau longkang memang tak leh nak diwangikan. Macam mana Opie menahan perasaan, menahan telinga, dan menahan mulut bila mulut2 longkang ni bersuara. Hanya Allah yang tahu. Nak tahu bacalah kat SINI, kat SINI pun ada gak, SINI  dan kat SINI



MUSIBAH yang menimpa Opie merupakan PETUNJUK dan jalan kepada REZEKI yang telah ditentukan oleh NYA. Ingat tak yang Opie pernah cerita, kereta opie kena pecah. Cuba baca kat SINI. Musibah ini merupakan jalan rezeki Opie.



Alhamdulillah REZEKI yang hadir ni buat Opie berkata. Kalau ini lah perancangan yang ALLAH telah  tetapkan untuk Opie, Opie memang bersyukur sangat2, dengan segala musibah dan dugaan yang diberi.


Allah lebih tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya. Allah tidak memberi sesuatu yang kita minta bukan kerana Dia ingin melihat hambaNya susah, tetapi Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.





NotaKakiDanTangan : SABAR , REDHA , IKHLAS , dengan setiap apa yang berlaku. Sentiasa BERUSAHA dan TIDAK PUTUS ASA. Tidak putus untuk berDOA kepada yang ESA, minta hanya kepadaNYA. YAKIN akan perancangan dan ketentuan dari ILLAHI. Sebaik baik perancangan adalah perancangan oleh ALLAH S.W.T.....Itu yang Opie PEGANG selama ni. InsyaAllah berdasarkan pengalaman Opie sendiri, kita tak akan panik dan sentiasa tenang, dengan setiap DUGAAN yang diberikan.






Thursday, August 4, 2011

Cinta Mengapa Harus Rumit???

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Lagu yang berjaya mencuri hati dan pendengaran ku.

Lagu lama gak. Tapi tak lama sangat lah.

Raffi Ahmad dan Laudy Chintya Bella. Diorang pernah pacaran. 




Jodoh Di Tangan Tuhan
Raffi Ahmad ft Bella


Aku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Mata
Ku Punya Telinga

Jangan Anggap Ku Batu
Yang Tanpa Perasaan
Melihatmu Dengannya
Aku Panas

Ku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Hati
Punya Perasaan 

Coba Raba Batinku
Coba Tatap Mataku
Melihatmu Dengannya
Ku Cemburu

Cinta Mengapa Harus Rumit
Biar Begini Wanita Ku nanti Satu
Siapa Dia Biar Hatiku Yang Tahu
Ku Pasti setia Tapi Nanti

Cinta Bisakah Jadi Mudah
Kau Bersamanya Masa Aku Harus Diam
Biar Aja Kita Jalan Masing Masing
Jodoh Di Tangan Tuhan

Biar Saja
Ku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Hati
Punya Perasaan
Coba Raba Batinku
Coba Tatap Mataku
Melihatmu Dengannya
Ku Cemburu