::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Tuesday, May 31, 2011

I don't need your SYMPATHY...

::ASSALAMUALAIKUM::

I don't need your SYMPATHY...
I just need your MORAL SUPPORT for me...
That's just enough for me.....
For those who likes to CONDEMN and HAVE NEGATIVE THINKING...go to HELL...
 I don't need you in my life...shuuuhhhhh

Kereta ku dirampok oleh perampok

::ASSALAMUALAIKUM::

"Sabar Kak Opie ni PERCUBAAN"....kah kah kah..cute kan ayat ni...cute sebab keluar dari mulut kanak2 berusia 8thn darjah dua...hehehe...kat bawah ni lah budaknya...nama Aqil...Bukan percubaan la Aqil...tapi COBAAN...


Rentetan Peristiwa.
  1. Hari Rabu 25 Mei 2011 Opie turun JB sebab hari Khamis ada interview. 
  2. Rabu n Khamis tuh Opie stay umah my Auntie. 
  3. Lepas asar hari Khamis tuh Opie gerak plak gi rumah my uncle. Plan asal nak lepak satu malam je. Jadi lepas asar hari Jumaat tuh plan nak gerak balik semula gi umah my Auntie. 
  4. Tapi disebabkan ada lagi interview pada hari Isnin jadi Opie buat keputusan nak stay umah my Uncle tuk satu malam lagi...
  5. Jadi Opie stay umah my Uncle dua malam. Malam Jumaat dan Malam Sabtu. Dan plan nak balik semula rumah my Auntie lepas asar hari Sabtu.
  6. Tetapi subuh hari sabtu tuh tepat jam 4.50pg. Satu rumah terbangun disebabkan alarm kereta Opie berbunyi. My Uncle yang tersedar dulu. Pas tu dia kejut my Auntie dan my Auntie kejut Opie. 
  7. Try tekan alarm tak leh nak stop bunyi. Jadi bila tengok keadaan selamat. Kitaorg keluar lah. Opie dah agak dah mesti kereta kena pecah. Perkara pertama yang Opie nampak..bonet kereta terbuka. Sebab tuh alarm kereta leh bunyi.
  8. My Uncle nak check dalam kereta. Masa tuh baru tersedar yang tingkap kereta kena pecah. huhuhu. Bodoh nye perampok. 
  9. Perampok tuh bukak semua laci. Ada my GPS kat dalam laci kereta. Huhuhu. Kat bonet ada satu beg berisi resume dan salinan sijil akademik dan ic Opie n My Little Sister punya. Semua perampok tuh kebas....
  10. Tak tunggu lama...masuk rumah gosok gigi basuh muka..terus gi Balai Polis terdekat tuk buat laporan.
  11. Pas tuh balik rumah semula, semayang subuh gi ke Balai Polis ke dua tuk ambil gambar dan laporan ke dua. Sarjan tuh pemalas, apa ke patut kita yg kena gi Balai Polis dia bawa kereta mangsa..habislah bahan bukti (kono ala2 CSI)...Sepatutnya dia lah yg kena pergi tempat kejadian kan kan kan...
  12. Setle semua kat balai polis balik rumah semula. My Uncle cakap kul seploh kita gi buat cermin kereta. Then tak sampai setengah jam kat kedai cermin semua setle. Tapi budak yg pasang cermin tuh buat kerja tak cermat. Habis calar2 leather kereta. Huhuhu..
  13. Balik rumah...semua setle...lepas semayang Zuhur semua pengsan....
  14. Lepas asar balik semula ke rumah my Auntie...

Sebenarnya hari sabtu tuh macam2 plan Opie n my Little cousin dah planning. Yelah first day diorang cuti sekolah. Nak gi tgk wayang, nak gi karok, nak main2, nak shopping....huhuhhu..Geram betul.. baca kat sini betapa geramnya adik sepupu Opie bila plan yang dah di planning tak menjadi. Tak pe Qilah..next time okay. Bila dah jadi mcm tuh memang tak de mood nak berjalan2...

Nasihat dari Boipren My Little Sister plak..dia suh Opie Sabar, Redha dan Ikhlas diatas dugaan tersebut.


Alhamdulillah..Opie memang orang yg mcm tuh. Opie pegang kata kata "Allah tidak akan menduga seseorang hambanya, jikalau kita tidak mampu untuk menghadapinya"...

Yelah...cuba bayangkan, dalam keadaan Opie yang masih menganggur berdikari ni...tensen sebab rezeki masih tidak hadir.. datang plak dugaan mcm ni...huhu boleh menjadi tekanan hidup tau...

Sedih sangat...tapi Opie redha dan ikhlas...huhuhu....






 Shoutout kat wall FB masing2 selepas kejadian hehehehehe



Terima Kasih kepada my Uncle n my Auntie...jasa anda tidak akan Opie lupakan, akan Opie kenang sampai bila2...
kalau Opie terlupa sila lempang Opie laju2...kah kah kah...



NotaKakiDanTangan:Kepada yang memberi nasihat dan sokongan terima kasih banyak2...Opie hargai nasihat dan sokongan korang semua...

Sunday, May 22, 2011

Lepak Semalaman Bersama retissss

::ASSALAMUALAIKUM::
Retis? Retis tuh artis la...ntah bdk2 skang sebut mcm tuh I pun try la follow...

Last night for the first time in my whole life while living with my parents I balik kul 4.30pg sampai rumah. Zaman2 study dulu selalu lah gak...Bila duk ngan mak ayah tak pernah..paling2 lewat pun kul 1 pg...hehehe kali ni terlebih lewat. Opie bukan apa? rumah Opie style lock dari dalam...jadi need someone to open the door from inside. Hehehe dan my daddy sangatlah baik hati. Beliau menunggu kepulangan anakandanya...baru lah beliau masuk tidur.

"oh daddy  tunggu Opie balik ke?" --->"yelah...napa lambat sangat?" hehehe Opie mampu tersenyum. 

Tak pe pagi2 td dah cerita kat my mummy. Cerita details bagaimana, kenapa, leh lewat dan bersama siapa. Ala konpem my mummy cerita kat my daddy...so no need to explain  twice. Sekali sekala...lagipun dah besar...lagipun keluar dengan member yg semua my parents kenal...hehehe so there is no reason for them to marah....giler cool la my daddy n my mummy. kah kah kah....mmuuaahhh.

Mula2 dpt sms ajak lepak kat Pontian je...dalam perjalanan dan setelah bermeyuarah sekejap di Restoran Aliff...so marilah kita ke JB...waaa meriah sungguh...hehehe

Mula2 bermesyuarah di Restoran Aliff pas tu gerak ke JB dan lepak makan2 di Restoran Wak Rado kat JB.


Thank you very much to Dr. Anjah for the satay, yong taufu and beverages
Siapa yang order ni..haha seb baik habis....

Masa ni lum jadi retis lagi...jap gi baru jadi retis.
Sila lihat muka orang kepenatan disini ya....tapi jap lagi dah tak penat dah
Me and Endok



Air Belimbong cik eimah dan encik tunang beliau




Lepas makan gerak ke Giant Tampoi..bukan tuk berbelanja tapi tuk "melalak" sampai kering. Ali Baba Karaoke...hahaha tempat baru tuk karok...Opie first time masuk Ali Baba ni. lgipun bila calculate balik...last opie masuk Giant Tampoi thn 2009 ... hehehehe


Itu unta la yang dibelakang kami...okay Opie baru perasan...Opie sorang budak kelas lain disini...hehehe
Siapa lah yang amek gambar tak terang ni? ish ish ish...konon2 nya kami semua bdk SMKBenut okay...
Sudah transform jadi retis masing2...dah naik sheikh...yg baju coklat tuh dh tak nmpk dia nye ngantuk.



 




Lead singer kita....


NotaKakiDanTangan : Thanks korang sebab sudi ajak Opie join malam semalam. Best n happening la ngan kuar ngan korang.




Saturday, May 21, 2011

Opie Melekat Di TV

::ASSALAMUALAIKUM::


Opie melekat di TV?
Ala itu pun tak faham...ala2 peribahasa tuh. Bukannya Opie yang melekat di TV . Itu cuma istilah untuk orang yang duk depan TV pas tuh dah tak gheti nak bergerak2...hehehehe...Semalam ari Jumaat..punyalah banyak rancangan yang best kat channel2 TV. Baik channel Malaysia dan juga channel Singapore. 

ASTRO? oooo Opie tak ada ASTRO....Apa? Opie ketinggalan zaman...hahaha..biar ar..tak kisah pun. Tak mengganggu gugat kehidupan Opie pun ASTRO tuh...tak de perasaan pun nak jadi pelanggan ASTRO. dan tak pernah gatal2 mulut suh ayah langgan ASTRO. Orang lain yang gatal2 mulut suh Opie langgan ASTRO adalah. Tak kuasa lah rasanya...channel yang ada pun Opie tak terlayan tengok.

Memang lah kadang2 tuh bosan bila tak de rancangan TV yang menarik. ASTRO pun bukan sentiasa rancangan dia menarik tertarik dan debooom kan?

Eh ni bukan entry nak cerita pasal langgan ASTRO. Jumaat malam (20 Mei 2011)...tiba2 plak semua rancangan TV di saluran yang ada menarik perhatian Opie nak tengok.

  1. Mula-mula macam biasa lah Buletin Utama (tapi tgk sampai 8.30 je) sebab...
  2. Pastu 8.30 sambung tengok NTV7, ada rancangan Amazing Race China Rush. (Amazing Race one of the my favourite TV show included Malaysia's version nye). Sampai 9.30.
  3. Tapi dok gilir2 tgk ngan Channel 5 (saluran TV Singapore)..ada rancangan Parkour (ala dia tunjuk bdk2 yang suka main lompat2 antara satu bangunan ke satu bangunan yang lain).
  4. Pas tuh 9.30- 10.00 tak de rancangan yang best sebab tuk NTV7 dan Channel 5 tengah berita. Tapi duk gilir2 tgk Drama Keranamu Laila kat TV3 ngan Galaksi kat TV9. (tgk drama tv3 tuh sebab perempuan dia cantek la).
  5. Pas tu kul 10.00 tgk The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Walaupun dah 18juta kali Opie tengok cerita ni kat laptop tapi bila kuar TV mesti nak tgk gak. Tapi tgk kat TV wat sakit ati je. Banyak dia potong adegan.
  6. Tukar2 tengok dengan Channel 5. Kat channel 5 ni ada American Idol 2011. Kat Channel 5 ni dia advance satu episode ngan TV8 Malaysia. Malam semalam malam pemilihan ke final two. Meh bagi pecah rahsia sket. Yang dapat ke final two ialah....Scotty Mc Creery (yang suara klasik dolu2 tuh, muka mcm student opie) dan Lauren Alaina. Tapi Opie nye favourite contestant sebenarnya James Durbin. Tapi dia sampai final 4 je.
  7. Pas tu dok berebut channel ngan mak. Mak nak tengok Tanyalah Ustazah TV9...hehehe seb baik tajuk malam tuh tak menarik perhatian beliau.
  8. Pas tu kul 11.00 ada final Survivor:Redemption Island. Straigth dua jam cover dua episod terus. Pemenang nya ialah Rob. Rob ni dah 4 kali masuk survivor dan baru ni dia menang. dia dulu mula2 masuk dulu dia tak menang...tapi dia kawen dengan pemenang survivor Amber. Bercinta dalam survivor..sweet gilor. Pastu couple ni masuk plak amazing race. Tapi tak menang.
  9. Survivor n Prince Caspian habis kul 1 lebih gak. hahaha
  10. Dah habis..pas tuh masuk bilik..sambung main FB...dah habis main FB kul dua lebih...bantai tgk Never Say Never filem Justin Bieber.

NotaKakiDanTangan : Opie kan orang Johor. So semua channel Singapore masih dapat coverage. Dan beberapa channel Indonesia.

Channel TV Singapore 
  1. Channel 5 (banyak filem2 mat saleh best2 tak kira apa event or cuti umum mesti ada. Tak yah tunggu raya)
  2. Channel 8 (banyak cerita cina je kat sini)
  3. Channel U (cover berita, National Geography, documentary)
  4. OKTO (macam TV9...memanjang kartun, ada gak National Geography dan dokumentari...movie2 diseney selalu tayang kat sini)
  5. Suria (Satu satunya channel melayu kat Singapore. Suka tengok realiti show dia Anugerah. Kat realiti show ni lah lahirnya Aliff Aziz. Bila tgk channel ni..baru dapat tahu betapa glamournya Aaron Aziz di Singapore dan juga Suhaila Salam ala..dia ni konon2 nye penampilan istimewa dalam cerita Dua Alam tuh)....
  6. Vasantham (Channel India...suka ari Ahad n Sabtu je...sebab ada cerita Hindustan yang best2)....

Channel TV Indonesia

Channel Indon ni macam berhantu sket..kalau musim hujan n angin kencang sket..semua channel dapat n terang2 mengalahkan channel Malaysia. Biasanya yang dapat Channel SCTV dan RCTI...banyak sinetron2 yang best2...pas tuh leh tgk citer India, Mat saleh, citer Jackie chan yang semua pelakon2 dia pandai cakap Indonesia. Pas tu bangga dapat tengok Upin Ipin ada subtitle Indonesia...hehehehe

Sweet la citer dokumentari Never Say Never tuh.....siapa2 yang tak suka Justin Bieber..silalah tengok itu cerita ya...sebab dari situ terbukti yang Justin Bieber itu sangatlah berbakat.

Friday, May 20, 2011

Soft Toy For Sale

::ASSALAMUALAIKUM::


This is sticky post until all the items sold out keh keh keh. To read new entries..Please scroll down yeah...down down




For those who are interested and require any further information, can drop your comment here or you can PM me in facebook or my email pikachu_girla@yahoo.com.my.



Teddy Bear. ---> A (RM 90), B (RM 80), C (RM 90)

Yummy Burger---> A (RM 20.00), B (RM 30.00), C (RM 48.00)

Cutty Turtle ----> A n B (RM 28.00 each), C,D,E (RM 48.00 each)



Saturday, May 14, 2011

"Put Yourself In Her Shoes"

::ASSALAMUALAIKUM::

Apabila tajuk entry ni diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Letak diri anda di dalam kasut dia. Okay..memanglah tak muat nak letak diri anda yang besar gedabak tu dalam kasut dia. Ini salah satu peribahasa orang Mat Saleh. Kalau peribahasa melayu tu contohnya "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Okay kita bukan nak belajar peribahasa pada hari ini. Cuma nak berkongsi cerita sebenar yang berkaitan dengan peribahasa Mat Saleh ni.

Situasi nya di sini, bila seseorang tuh ada degree (dalam bahasa melayu "Ijazah"). Bila dah ada degree tuh kiranya dah masuk Universiti la kan. Ada degree, tapi masih menganggur (maksudnya tak ada kerja la...duk tanam anggur je kat rumah).

Untuk situasi 1-3 sila baca di SINI

Situasi 4

Mereka : Opie mcm mana sekarang? dah dapat kerja?
Opie : Belum, masih kat rumah.Opie dah boring dah, tiap minggu gi interview. Tapi tak dapat gak kerja.
Mereka2 : BELUM LAH tu...InsyaAllah ada tuh, cuma lambat je.


Rasa nak nangis bila dgr diorg jawab mcm tuh. Terharu sangat. Jawapan yang sangat tidak kejam dan tidak mengguris perasaan. Tanpa soalan yang bertalu2. Itu jawapan yang diberi.

Situasi 5

Opie : Bestnye ko dh kerja.
Dia: Sabarlah Opie. InsyaAllah ada cuma mungkin lambat. Allah nak test ko tu. Doa je banyak2. InsyaAllah Opie.
Opie : Tapi aku rasa mcm dah lambat sangat ni.
Dia : Sabar Opie. Dugaan tuh. Allah nak tengok tahap kesabaran ko tuh.

Masa ni memang dah meleleh dah airmata. Opie yang susah nak kuarkan air mata. Terus jadi cengeng.


Situasi 6 

Uncle2 n Auntie2 : Opie dah apply kerja mana2?
Opie : Dah. Tiap2 minggu Opie gi Interview, tapi tak dpt gak.
Uncle2 n Auntie : Bagus2. InsyaAllah ada. Apa yang penting banyakkan doa, sabar dan jangan jemu.
Opie : Ntahlah..Opie kadang2 rasa dah jemu dah.
Uncle2 n Auntie2 : Jangan. Jangan sekali2 rasa jemu. Mintak je. 

Terharu sangat. Terima Kasih kerana memahami.

Situasi 7.

Opie : Ada kawan Opie kan, tak sampai seminggu kontrak dia hbs. dia dapat kerja lain.Tapi bukan kerja mcm Opie lah.
Emak : Jalan rezeki Allah tuk hambaNya lain2.
Opie : Ada kawan Opie tuh, apply kerja ikut internet je terus dapat kerja. Dia tak macam Opie pun gi sana gi sini hantar resume. Sebab Opie fikir, kalau tak ada usaha mcm mana nak dapat hasilnya.
Emak : Belum. Allah belum nak bagi.
Ayah : Dia nak suh awak duk umah je berehat.
Opie : Ada kawan Opie tuh....(tak habis cakap lagi)
Emak : Dah..tak yah cakap lagi...Tak yah merungut. Banyakkan doa, sabar.InsyaAllah ada.  Jalan rezeki awak mcm tuh. Jalan rezeki kawan2 awak mcm tuh. Jangan ckp mcm tuh, nanti dah lain jadinya. Takut nanti bunyinya mcm awak mempertikaikan ketentuan Allah tuk awak.
Opie :....tapi...(tak terkata, nak nangis tapi tahan. Masuk bilik je..huwaaaa..)




NotaKakiDanTangan : 
Saya Sofi Mariam hargai setiap nasihat, pandangan, teguran daripada anda semua. Saya ucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga kerana sudi mengambil berat mengenai saya ini..

Yang baik saya jadikan panduan dalam kehidupan manakala yang buruk (pada pendapat saya) saya akan jadikan pengajaran supaya saya tidak akan menjadi seperti anda di dalam memberi nasihat kepada orang lain.

Sebelum berkata apa-apa cuba fikirkan jika anda berada ditempat mereka.

"Renung2kan dan selamat beramal"
Saya hanya manusia biasa, saya juga mempunyai banyak kelemahan, tapi itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk memberikan nasihat dan pandangan.





Pengalaman Sering Mematangkan Kita

::ASSALAMUALAIKUM::


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul

Put yourself in her shoes

Cakap senang ar...cuba ko yang rasa....

"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah"

Cuba anda baca situasi yang pernah saya alami kat bawah ni

Situasi 1.

Opie : Dah masuk 3 bulan aku menganggur berdikari ni.
Mereka : Mak aih lamanya. Ko tak bosan ke? Ko wat apa je kat umah? Ko tak apply mana2 ke? Aku tgk byk je kerja kosong kat paper n tenet. Ko tak try ke?

Situasi yang lebih kurang sama 

Opie : Believe it or Not i'm still "menganggur berdikari" kat umah.
Mereka : Napa awak TAK GI CARI KERJA.....

Org gila je yg tak kan apply kerja tapi..orang gila pun tau nak cari kerja tuk makan. Opie bukan anak orang kaya yang tak kerja seumur hidup pun tak pe. Anak orang kaya yg berdedikasi pun bekerja. Memanglah kerja kosong banyak. Opie nye degree bukan free access, yg guna degree tuh semua kerja leh apply. 

Rasa nak nangis bila dgr soalan soalan mcm tuh. Dari tak ada tekanan terus tak leh tidur malam disebabkan soalan2 yg sangat tidak ilmiah itu tekanan.


Situasi 2.

Mereka : Ko kat ne skang Opie? Wat pe skang? keje mana?
Opie : Kat umah je. Jadi suri rumah sepenuh masa dan jadi anak yg baik (mmg ni jwpn standard Opie tuk semua org)
Mereka : Oh yeke. Ko tak try apply company tu? company ni? company sana?company sini?
Opie : Dah. 
Mereka : ooo. Tak bosan ke duk rumah. Kalau aku, tak tahulah. mesti bosan giler. (jwpn Opie dalam hati,ko nak jadi giler pun ada aku kisah--> jawapan yang memang tahap geram gaban...gaban pun tak geram mcm tuh)..


Situasi ni pun leh mendtgkan tekanan dan high blood preasure sbnrnya.


Situasi 3

Mereka : Ko dah keje Pi?
Opie : Lum lagi. Masih kat rumah.
Mereka : Apa?!!! tak kerja lagi? dah nak lama kan? hbs tuh ko tak apply mana2?

Tak yah lah nak terkejut mcm tuh sekali. Terkejut mcm dengar menteri yg sehat walafiat tiba2 meninggal dunia....Memang sakit hati. Apa motif ko wat intonasi terkejut mcm tuh sekali. 

Okay, dia tak ada niat apa2. Opie je yg buruk sangka. 


Untuk situasi seterusnya silalah klik di ---> SINI


NotaKakiDanTangan : Orang sekeliling pandai je bercakap..mentang2 ko dah ada kerja...plak tu tak pernah merasa menganggur berdikari macam aku ni...sedap mulut je cakap aku tak cari kerja...

NotaKakiDanTangan : 
Saya Sofi Mariam hargai setiap nasihat, pandangan, teguran daripada anda semua. Saya ucapka TERIMA KASIH tidak terhingga kerana sudi mengambil berat mengenai saya ini.

Yang baik saya jadikan panduan dalam kehidupan manakala yang buruk (pada pendapat saya) saya akan jadikan pengajaran supaya saya tidak akan menjadi seperti anda di dalam memberi nasihat kepada orang lain.

Sebelum berkata apa-apa cuba fikirkan jika anda berada ditempat mereka.

"Renung2kan dan selamat beramal"


Saya hanya manusia biasa, saya juga mempunyai banyak kelemahan, tapi itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk memberikan nasihat dan pandangan.


P/S ::: Entry ini ditulis...masih sama dengan mood di entry ini --->http://sofimariam.blogspot.com/2011/02/tabahkan-aku-ya-allah.html












Saturday, May 7, 2011

Mimpi Mainan Tidur...

::ASSALAMUALAIKUM:

Malam Khamis Punya Mimpi (5hb Mei 2011)

Suasana ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA...suasana sebiji macam kat dalam cerita Puteri Gunung Ledang tuh...ala yang Datin Seri Tiara Jacquelina dan M.Nasir berlakon tuh....sebijik.... Istana yang tersergam indah bila di lihat dari luar, bila masuk dalam plak..(dalam mimpi tuh Opie masuk Istana Melaka tau)..ukiran2 yg terdapat pada dinding dan tiang2 sangat cantik...hiasan yg mewah...dari emas dan tembaga..

Hulubalang2 (kalau zaman skang panggil pak guard) yg segak berpakaian bak pahlawan siap dengan tombak dan keris segala bagai. Setia berada disetiap penjuru pintu dan tingkap istanan.Dayang2 istana yg cun melecun. Dengan busana yg sangat cantek...Opie pun tak tahu mcm mana Opie  boleh ada dalam istana Melaka tuh...tiba2 je ada dalam istana...namapun mimpi kan...

Pas tuh Opie nampak sayup2 dari jauh Sultan dan Permaisuri Melaka gah duduk di atas singgahsana dengan persalinan serba kuning. Semakin hampir Opie dengan mereka..semakin tampak jelas begitu indah busana songket mereka...cantek yg sukar digambar dengan kata-kata. Dan Opie berjalan semakin menghampiri mereka...dan bila dah dekat dengan mereka...bila dah start borak dengan diorang (gila tak gila...dalam mimpi tuh Opie borak mcm member dengan Sultan dan Permaisuri Melaka)...semakin jelas wajah mereka...


aik tak hensem pun sultan melaka ni....aik napa macam kenal...muka permaisuri pun macam kenal...sah memang kenal...muka Sultan sebiji muka ADLIN AMAN RAMLI...Permaisuri plak...sebiji muka NORISH KARMAN...dua pelakon yg berbakat dalam industri lakon di Malaysia pada zaman sekarang...tapi Opie je tak berapa nak minat diorg...kah kah kah kah gila spoil punya muka Sultan dan Permaisuri....

Baik2 MIMPI INDAH....bila muka Sultan dan Permaisuri jelas kelihatan....terus jadi MIMPI NGERI...bongok betul..mcm mana diorg leh masuk mimpi...tak de plak Opie terbaca atau ter tgk lakonan diorg...kah kah kah....

NotaKakiDanTangan:...Opie mimpi zaman kesultanan Melayu Melaka masa zaman Hang Tuah tau...Opie tak tahu mcm Opie tau itu zaman Hang Tuah...tp dalam mimpi tu ada ckp...cumanya..dalam mimpi tuh Opie tak ada jumpa Hang Tuah...kalau jumpa Opie nak tanya...Hang Tuah ni sebenarnya orang mana?..sebab Opie baca kat Mastika..Lima Hang bersaudara asal dari Kedah. Jangan Hang Tuah pun muka M.Nasir sudah....


Malam Jumaat Punya Mimpi (6hb Mei 2011)

Opie mimpi Opie kahwin dengan seseorang yang Opie suka dalam diam.(lebih kurang lah...suka je bukan CINTA tau...lain tau..)Opie mimpi yang kitaorg kahwin, mcm mana leh kahwin pun Opie tak tau..tiba2 je dia dah jadi suami Opie dalam mimpi tu. Giler best kan bila kita mimpi orang yang kita suka. Memang mimpi indah.  

Pas tuh dalam mimpi tuh gak Opie leh nampak dengan jelas, yang lepas je nikah dia terus kena gi outstation, seminggu pas tuh baru dia balik rumah. Apa yg tak best lepas dia gi outstation, dia balik rumah, dia cakap kat Opie yang dia dah bincang ngan mak dia...yg lepas setahun dia kawen dengan Opie...dia akan ceraikan Opie...(boleh plak dia tak bincang dengan Opie, dia gi bincang dengan mak dia. Ko kawen dengan mak ko lah mcm tuh, Igt aku barang ke hapa) hahaha emo plak..mimpi je pun..tapi opie dalam mimpi tuh leh cool je dengar.

Gila bodoh punya mimpi...mula2 dah memang lena di buai mimpi indah...tup2 jadi mimpi ngeri. Dalam mimpi tuh gak, gila jelas, Opie duk tanya dia kenapa? tapi tak clear plak apa jwpn dia. Bongok punya mimpi. Seb baik Opie tak nangis2 dalam mimpi tuh. Terus terjaga, sebab dengar azan subuh.

Bestlah kalau mimpi yg best itu menjadi kenyataan...keh keh keh (gelak gatal)...*sigh*

"Ku Ingin Menjadi Mimpi Indah Dalam Tidurmu"


NotaKakiDanTangan: Cerita kat My Dear Sister pasal mimpi ke dua tuh..dia leh cakap..."tu lah mimpi akibat dari langgar lari Ular Senduk"...apakah...terlanggar ular senduk itu..dah cukup menyeramkan dan rasa berdosa...bila mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri..wahhh lagi seraaammm...Nauzubillah Min Zalik....


"MIMPI MAINAN TIDUR" 




A Non Stop Fun n Laugh Gateway...part 2

::ASSALAMUALAIKUM::

atas ni link2 yg berkaitan ngan entry ni..check it out...

Hari sabtu 30hb April 2011, tujuan utama percutian adalah nak main sampai lebam di Sunway Lagoon. Lepas sembahyang subuh, masing2 tak tdo balik. Kak Ina dan Auntie buat sarapan. Opie n Qilah n Adeq Cipah tolong jenguk2 je kat dapur, tolong buat kecoh2 kat dapur, kecoh kat dapur mcm nak kenduri.

Sebelum masing2 berebut nak mandi...baik Opie mandi dulu. Hehehehe..so mandi...pack2 barang yang nak dibawa..mekap sket2...yg penting calit eyeliner dan sunblock. Kang tak pakai eyeliner mcm orang sakit plak main kat Sunway. So dah setle semua...sarapan pun dah siap jom kita makan...Nasi Goreng dan jemput2...yummy..bekalan tenaga yg amat cukup sehingga tengahari. 

Bebel banyak tak guna..layan je gambar2 pada hari pertama dari pagi sampai ke malam kat bawah ni.  Kitaorang memang main sampai lebam, masuk kul 10.30pg dan keluar 6.30ptg. Korang pernah buat? hahaha..Nasib baik ada surau kat dalam Sunway...so tak de masalah.Semua permainan kitorg main...amusement park, wild wild west dan yg penting water park.. Disebabkan kamera kami tak ada yang kalis air...dan semua tak kuasa nak pegang2 ikut turn..semua nak main penuh khusyuk..jadi gambar2 yg ada..hanyalah gambar sebelum dan selepas kami bermain. Tak kuasa nak beli gambar yang bangla sunway  snap RM 35 sekeping. aik td ckp dah tak nak bebel2...okay2..jom layan gambar...




Cuci mata dulu ngan gambar dak chomell ni...sebelum tgk gmbr2 kami yang lain

Baru sampai di Sunway Pyramid

Masih didalam Sunway Pyramid...jumpa Duck Blue yg comel..tapi adeq Cipah takut...

Spot at Adeq Cipah...yang lain2 tuh main jauh2...shhuh

Spot at Adeq Cipah again....

Konon2 khusyuk tgk peta Sunway Lagoon...

Jam tiket sudah ditangan

Kita wat gambar zaman2 P.Ramlee..black n white...uncle dah jumpa awek baru

Gambar yang disnap oleh abg bangla sunway..."photo..photo..."

Konpius...tak tahu nak gi mana satu dulu...Adeq Cipah pun join konpius gak

Auntie...jagn lah tdo...taulah penat main....hehehe gambar lepas dah cun2...selepas puas bermain

Pegang kali terakhir sebelum pemulangan jam tiket..Jom main teka2 tangan...start dari tangan yg ada jam merah..ikut pusingan jam ya......eh eh eh..tangan adeq Cipah pun ada gak...

Duck Blue yang glamer pada hari itu....adeq nak kena dukung..sebab takut ngan patung

Mummy dan Adeq yang kepenatan...

Selepas solat maghrib....kami tak balik rumah...kami terus gi dinner tapi singgah dulu dimajid besi untuk solat maghrib

Dalam masjid pun nak posing2

Adeq takut bila berada dikawasan ni....this time spot at Qifah plak...

Masa ni aku rabun ayam....sebab tak nampak orang yang jauh...seb baik gak...sebab masa ambil gambar ni...ada lelaki2 sedang mencangkung menghayati air pancut...dan kami dtg merosakkan suasana...hahaha

Dalam masjid besi pun nak main cium2

Repeat caption : posing Qilah yg dah berjangkit kat mummy

Keluarga bahagia....oopss gurau je...akhirnya pada makan malam abng I yg buzy mengalahkan menteri belia dan sukan tuh join kitaorg. Kitaorang dinner kat Restoran Umai..kat monumen bunga raya putrajya..makanan sedap...harga berpatutan...tapi servis lembap..sebab kekurangan kakitangan

Wat aksi comel Qilah...tapi tak jadi...Anak dara sebelah I tuh lah namanya Qilah...Kami suka Justin Bieber

Nak pilih menu pun konpius...sori abang waiter lama tunggu...tapi kami lagi lama tunggu...especially air fresh orange...tunggu punyalah lama...tup tup oren habis...order jus tembikai.,..tunggu pun bapak punya lama...tup tup dpt jawapan yg tembikai habis....adooohai...dah hbs tak reti ckp...seb baik tak tercekik...

Sila fokus kepada jejaka berkemeja biru itu...beliau sangatlah busy....Menteri belia dan sukan shaberry chik pun tak se buzy beliau...

Mummy jadi model air...

Lihatlah aksi2 kami menunggu makanan yg lambat tiba...perut kami hanya berbekalkan burger Sunway yg bapak mahal dari tghari...tp tak sedap tuh...sedap lagi burger tepi jalan...kah kah kah..anyway thanks to Uncle...


NotaKakiDanTangan: Punyalah melantak masa makan malam, sampai tak sempat nak amek gmbr makanan...tapi harga makan malam tersebut masih tidak sama mahalnya dengan harga makan burger Sunway...keh keh keh..Sebab tulah Sunway tak bagi bawak masuk makanan..sebab diorg leh bengkrap, kalau semua org dtg bawak bekal....kah kah kah....