::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Wednesday, April 27, 2011

Ku serah segala ketentuan…

::ASSALAMUALAIKUM::

Coretan di bawah ini adalah coretan ke empat Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh March 27th, 2009


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini 

Suka sangat lagu ni time tuh. Lagu nasyid nyanyian In Team (agaknya kot). Pas tu time ni dah fed up sket pasal satu masalah. hehehehe 



NotaKakiDanTangan: Masa ni terima kasih tak terhingga tuk Zuliaty Zulkifly, Peina dan Ana. Sebab sudi dengar kak Opie asik membebel pasal benda yg sama je. Tuk Zulia terima kasih sebab ko tahan dengar cerita aku yg mengarut ni. keh keh keh

Tuesday, April 26, 2011

Bagi Lelaki ni dia Tips tuk mencairkan hati Wanita yang anda suka. Part 2.

::ASSALAMUALAIKUM::


Sambungan dari entry ni. Sekarang ni, bagi Opie bukan lagi zaman cakap2 manis, zaman2 meng“ayat”  perempuan. Itu semua zaman dolu2 punya citer. Setakat dengan kata-kata manis nak bagi wanita terpikat? Kah kah kah wanita lain mungkin kot tapi bukan Opie wanita itu. heheeh silap orang okay. Kita bukan hidup zaman cerita hitam putih atau pun cerita yg warna nak kuning2 tuh. Kita hidup zaman 3D, zaman CGI. Dah tak main kata-kata manis tuh semua. 

Nak bermadah berhelah tu semua boleh. Tapi please lah, tolong iringi dengan USAHA anda sekali. Kalau setakat kata-kata manis nak bg wanita cair dan terpikat?kalau Opie baik Opie terpikat ngan budak2 sekolah yg ushar Opie tu. Ayat diorg lagi terbaeeekk punyer. Memang leh bikin cair lu punya hati.

Opie bagi satu situasi. Masa ni Opie study lagi. Opie ngah further study. Dan memang Opie sebatang kara, cuma harapkan My Litle Dear Sister kat UiTM Shah Alam tu.Okay memang dia cakap dia nak ushar n nak ngorat Opie. Okay fine, Opie terima. Ada satu masa tuh Opie memang demam teruk. Dah masuk seminggu tak baik2 lagi. Dia tau Opie demam, dia tau Opie tak gi klinik lagi. Dan Opie tau dia tak busy. Dan dia ada kereta. Dan tempat dia dan tempat Opie Cuma kurang setengah jam boleh sampai itu kalau ikut had laju. Kalau bawa agak2 nak kena saman plak...15minit leh sampai.

Tapi apa yang dia buat?. Just sms Opie tanya dah makan ke belum? Dah makan ubat ke belum? Ada kawan tak kat situ? Siannya dia demam..rajin2lah makan ubat biar cepat sembuh. Dan macam2 lagi lah ayat2 yang manis2 belaka. Memang bikin cair lah. Tapi dia silap orang okay. Dah tau Opie demam, tanya lah nak gi klinik ke tak nak? Nak saya bawa g klinik ke? Awak nak makan apa? Nak saya belikan  (kata nak ngorat. So u should willing to do anything. At least kata orang tuh berbasa basi lah kalau tak nak wat pun.) 

So start dari aritu..Opie buat keputusan okay you n me just friend not more than that. Or maybe no more friend. Tapi takkan nak putuskan friendship plak kan. Dan konpem Anda bukan jodoh saya. Dan dia sudah pun berkahwin. Cuba bayangkan, situasi simple mcm tuh pun dia tak gheti nak try into it. so mcm mana kan? sendiri pikir lah

Dan start dari ari tuh gak Opie selalu pikir, CINTA dan PERASAAN INGIN MEMILIKI tuh memang secara kasarnya nampak sama..tapi sebenarnya berbeza. Dan apa yang Opie nampak kat that guy tuh, yang dia cuma nak memiliki perempuan. 

Correct me if i am wrong. If you love someone, u’r willing to do anything right? Tak delah sampai lautan api sanggup kurenangi tu segala bagai. Just show ur effort that u really love her. That’s it. It so sweet okay.




"LOVE IS JUST A WORD UNTIL IT IS PROVEN TO YOU" 
 

NotaKakiDanTangan: Mcm ada "cinta monyet" Opie zaman sekolah dulu. Bila dia cakap "saya telefon awak nanti ya, kul 4.30ptg" (dolu-dolu mana ada hp mcm skang). Hujan lebat dengan guruh dengan kilat. 4.30ptg je..kringg kringg kringgg telefon berbunyi...so sweet kan. Ha..tu lah baru best.  risau gak kang tgh telefon kena sambar petir plak anak orang. Tapi apa yg dia ckp? Saya suka awak, so anything for you. Tu zaman sekolah nye cerita. 


Sunday, April 24, 2011

Sedar tak sedar….

::ASSALAMUALAIKUM::

Coretan di bawah ini adalah coretan ke empat Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh March 8th, 2009


Sedar tak sedar…tinggal tak sampai sebulan je lagi dah habis semester nih…dalam erti kata lain…aku habis study…hopefully and InsyaAllah….tapi semester nih macam tak sedar je masa berlalu…hmmm kenapa ya? sem ni jugaklah sem yang paling malas aku rasa dari byk2 sem sejak diploma sampailah ke master nih…

Dah la sem paling malas, tambah lagi aku rasa sem paling banyak sekali aku tidur…dan yang paling best sekali sem ni sem yang paling byk sekali aku demam n sakit…siap leh cuti mid sem wat kali kedua (cuti wat sendiri tp seb baik ada MC)…Apalah nasib…semester last jadi mcam nih…huhuhuhuhu
Hmmm tak sabar nak habis study…dah penat rasanya..penat sangat…


NotakakiDanTangan: Last semester ni, memang aku byk kali demam yang panjang. hmmm dah  dua tahun berlalu punyer cerita.


Friday, April 22, 2011

Jemputan Tunang dan Kahwin…

::ASSALAMUALAIKUM::



Coretan di bawah ini adalah coretan ke tiga Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh February 8th, 2009. Jauh betul jarak masa antara coretan ke dua dan yang ketiga. Kalau yg kedua bertarikh August 11th, 2008. Hehehehe

Assalamualaikum…..

Tahun 2009 menyaksikan sungguh banyak jemputan tunang dan kahwin yang Opie terima…planner Opie dari bulan January sampai bulan Jun penuh dengan jemputan2. Sama banyak plak ngan assignment2 yang akan disubmit..( hehehehe)

Bak kata member “apa nak wat Opie, semua dah Tua…” kelakar gak statement tu tapi memang betul pun…
.
Pembukaannya member sekampung akhir bulan January ari tu. Wat Siti Norhafiza dan Suami Selamat Pengantin Baru…untuk member UiTM pula majlis tunang Watie sebagai pembuka 1Feb2009 (gambar pun dah upload). Opie pun jadinya dah ada hobi baru skang ni…mengumpul kad2 jemputan hehehehehe.

Bulan 3 ni ramai…tak tahulah…bulan tiga pulak tengah sibuk ngan assignment n test…ari Jumaat plak ada kelas…tak taulah…Buat kawan2 yang opie tak dapat hadir kat majlis korang sepuluh jari disusun (especially wat majlis ERMA, aku ak sure dpt dtg ke tak majlis belah ko)

Bulan enam Kak Long Opie(Cousin)..ni lagi satu tak sangka…Dari apa yang jadi kat Kak Long…OPie dapat satu …apa ya nak cakap…pengajaran ke?mcm bukan…alasan tak ada pakwe bukanlah satu alasan yang relevance bila org tanya pasal “bila nak kawen” (betul tak Kak Long) hehehehehe

Adios

hahaha tuk post ni Opie dah ganti kata ganti nama dari Saya ke Opie. Dah tak berapa nak skema la. Sebab Opie tak suka guna aku lah.

Thursday, April 21, 2011

HENTIAN PUDURAYA

 ::ASSALAMUALAIKUM::




Keratan akhbar utusan kot. Bertarikh 17 April 2011


Pengalaman pertama Opie kat Hentian Puduraya ni memang agak memenatkan dan menakutkan. Masa tu Opie study diploma kat UiTM Machang lagi. Kami "batch siput" ni ada lawatan akademik ke Kuala Lumpur dan Selangor. Lepas habis lawatan leh terus balik kampung sebab cuti semester dan cuti raya cina. Lepas lawatan akademik selama 3 hari kot. Diorang drop kami yg nak blk kg ni kat hentian puduraya.

Mengucap panjang Opie...Ramainya manusia. Macam ada konsert. Nak jalan pun tak boleh. Semua orang nak beli tiket. Dan cara orang nak beli tiket time tuh mcm berebut kan bantuan kemanusiaan. Memang scary. First time gi Hentian Pudu dapat plak suasana mcm tuh. Tiket Opie untuk balik ke Batu Pahat dan Pontian dah habis. Yang tinggal ke JB tuh pun yg smpai larkin dalam kul 3-4 pagi. Siapa nak amek kat stesen? tak nak menyusahkan mak ayah. So ikutlah member Opie balik rumah dia kat Muar. Ingatkan sok pagi2 nak balik Pontian naik bus sangkut2 je dari Muar-Batu Pahat-Pontian. Tapi Alhamdulillah Mak Ayah dia kebetulan nak ke Pontian. So ikut je lah. So many thanks to along @ Nur Jihan Binti Abu Hasan. Sebab tumpangkan Opie tidur di katil mu pada mlm itu.


Last Opie gi Pudu tahun lepas. Time tuh dah cantek, dah ada tempat menunggu yang ber aircond, dan toilet yg kering tanpa bau (sebab tak ramai lg yg guna). Hopefully cara penjualan tiket pun makin terurus. 

Punyalah serik masa pertama kali gi Hentian Pudu tuh, sampai Opie keluar statement "inilah kali pertama dan terkahir Opie gi Pudu ni"..gile bertaubat tak nak gi lagi. Tapi tak boleh nak elak. Skang ni pergi sensorg Pudu pun dah pernah. Huhuhuhuhu

“Aku hanya akan hidup hari ini….”

:: ASSALAMUALAIKUM ::



Coretan di bawah ini adalah coretan ke dua  Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh August 12th, 2008


Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:
Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi.

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan

Kata-kata ini diambil dari buku yang sedang saya baca "Don’t Be Sad". Entah mengapa kata-kata inilah yang paling meninggalkan kesan didalam hati, perasaan, dan pemikiran saya…. 

Mungkin selama ini saya sering teringat-ingat kepada perkara-perkara yang telah berlalu dan sering membayangkan apa yang akan berlaku di kemudian hari……

Jadi renung-renungkanlah…..

NotaKakiDanTangan: Mengingati masa lalu adalah tidak salah, tapi jangan sampai kita hanyut bersama masa lalu itu. Jadikan masa lalu sebagai panduan hidup dan cikgu kepada hari-hari yang akan kita lalui pada masa hadapan. 

Wednesday, April 20, 2011

Bagi Lelaki ni dia Tips tuk mencairkan hati Wanita yang anda suka. Part 1.

::ASSALAMUALAIKUM::

Opie tak tahulah tajuk tuh berkaitan tak dengan cerita yang Opie nak kongsi ni. 

Masa Opie kerja kat sekolah, ada seorang budak ni dia datang kat Opie dan dia cakap kat Opie mcm ni

“Saya tak nak apa-apa dari akak, apa yang saya nak hanylah cinta dan kasih sayang akak dan perhatian akak tuk saya”

Sebelum ayat kat atas tuh adalah sesi perbualan antara Opie dan budak tuh. Dia dok puji Opielah, kononnya Opie ni baik (memang baik pun) , Opie ni cantik (cantik? Juling ke apa budak ni). Baik leh terima lagi. Catik? Mcm tak logik je..mcm2 lagilah yg dia puji. Jadi Opie tanyalah..

“awak ni puji2 akak, awak nak apa? Nak duit raya lebih ek” (masa tuh bulan pose kot)..jadi tu yg dia kuar dialog kat atas tuh.

Secara jujurnya, memang Opie terkesima dan speechless. Tak tahu nak cakap apa.  Dalam hati Berani nya budak ni.  Perasaan bercampur baur sebenarnya. Tapi perasaan nak marah tuh yang lebih. Memang rasa nak marah sangat.  Sebab apa rasa nak marah? 

1. Sebab dia budak lagi. Masih menengah rendah lagi kot. Kalau menengah atas tuh leh terima logik akal lagi. 
2.  Dia sekolah lagi. Bukan Opie nak menafikan yang budak sekolah tak leh cakap mcm tuh. Tapi ko sekolah lagilah. Apa kejadahnya nak cakap mcm tuh kat aku yg dah tak sekolah lg ni?. (tapi bdk sekolah memang kena belajar kan? mana leh cintan cintun ni)
3. Ko dah kenapa budak? Dah gatal sangat? Dah tak de budak2 sebaya yg lain ke?.

Tapi memang marah. Mengucap panjang Opie. Bila Opie tanya balik awak dah kenapa? Dia  leh tanya Opie balik, salah ke perasaan saya kat akak ni. “Saya ikhlas, orang lain belum tentu leh suka akak mcm saya suka akak.”.. Pergh budak ni memang menguji kesabaran Opie sebenarnya. Opie tak tahu nak cakap apa. Sebab dia leh cakap mcm ni. “kalau akak tolak cinta saya, saya terjun bangunan mcm mana?”. Mak aih main ugut2 plak. Opie jawab mcm ni “nak terjun? Terjun lah akak tak heran pun. Tapi sanggup ke awak nak terjun?..Akak tahu lah awak tak kan terjun punya. Awak bukan bodoh nak terjun kan? Lagipun awak kan budak baik. Takkan lah nak buat benda2 yg tak berfaedah ni”.. dalam hati kang budak ni terjun betul mampos aku...yelah budak2 sekarang ni perangai pelik2.

Dan semua tuh tak berakhir mcm tuh je. Dia memang berusaha tuk “try ushar”.  Dia leh cakap lagi. “saya sanggup tunggu akak” hahaha. Dan member Opie cakap, “memanglah dia sanggup tunggu ko Pi, masalahnya, ko sanggup ke tunggu dia?” hahaha..konpemlah tak sanggup. Dah la baru menengah rendah, pas tuh nak spm lagi, dh hbs spm masuk U plak, pas tuh kerja, pas tu nak kumpul duit. Berapa lama tuh? Seploh tahun pun lum tentu lagi. Opie plak? Konpem2 la dah tua sket time tuh.

Apa yang Opie kagum usaha dia tuh. Dia bukan sekadar bermain kata2, tapi dia berusaha. Setiap hari jumaat sebelum dia balik sekolah mesti dia akan singgah kat tmpt Opie kerja.  Dan setiap kali Opie wat xtvt dia mesti join. Apa lagi ek dia buat? ada..hmmm..(okaylah kan...ala usaha bdk2 baru nak ushar...apalah yg diorg leh watkan. nak wat lebih2 masih bawah umur. nak wat lepas waktu sekolah, terikat ngan jadual disiplin mak n ayah) keh keh

Kadang2 terpikir..kan best kalau ko bukan bdk sekolah, wahai bdk sekolah. Ko sebaya Opie ke. Yelah dia bukan sahaja "sweet talker" tapi dia bg sekali dengan effort. Tu yang Opie rasa napa budak2 leh buat dan orang dewasa tak boleh buat?



NotaKakiDanTangan: Tak semua perempuan inginkan seseorang yang "sweet talker"...termasuklah saya. Saya lebih suka kalau anda seorang yang berusaha dan bertanggungjawab atas segala apa yang diucapkan. Dan bila beliau seorang "sweet talker" itu adalah satu bonus. 







Monday, April 18, 2011

Don’t Be Sad….

::ASSALAMUALAIKUM::


Coretan di bawah ini adalah coretan pertama Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh August 11th, 2008.



Assalamualaikum…

Saya ingin memulakan blog saya dengan "Don’t Be Sad"
Dua tiga hari ini saya membaca buku "Don’t Be Sad" yang ditulis oleh Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Kata-kata yang amat menarik perhatian saya di dalam buku ini ialah mengenai " apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi". Di mana ia menyatakan bahawa mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila….


Mcm skema sket, sebab kat blog ni Opie bahasakan diri Saya. Bila guna blogspot ni plak Opie bahasakan Opie. keh keh keh.

Sunday, April 17, 2011

The Chronicles of SIPUT : GABAN


::ASSALAMUALAIKUM::

The Chronicles of SIPUT : GABAN, apa ni? keh keh keh..macam tajuk filem je. Filem baru ke? Lepas Hikayat Merong, KRU buat filem pasal Siput pulak ke? Siput apa? Siput sedut ke Siput Babi?..hehehe...

keh keh keh memanglah ia tajuk cerita..tapi cerita lama zaman2 Opie study kat UiTM Machang lagi, cerita ni dah keluar. Apa? Tak pernah dengar..memang sah korang ketinggalan zaman. Hehehe. 

Tak de lah main2 je. Tajuk ni adalah berdasarkan video2 lakonan Kami Pelajar Information Management Batch 2002-2005. Kami digelar "SIPUT" oleh our "lovely" lecturer Cik Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi. (Betul ke ejaan ni, zaman study dulu siapa salah eja kena potong markah)..Cik Ezza agak "angker" bagi kami. Dia sangat tegas dalam kelas..tapi sebenarnya boleh buat geng pun. 

Napa dia gelar batch kitorg Siput? sebab dia cakap kitorg ni bergerak lambat. Buat assignment lambat, gi kelas lambat, dalam kelas senyap...tapi...result Gempak...dan kami boleh organize dan handle majlis dengan jayanya. Keh keh keh. Sampai sekarang kitorg gelar kita-kita ni Batch Siput.

Kan kalau setiap kali dinner fakulti, setiap batch atau part kena wat persembahan. Dan kami ni tak suka lah nak memperbodohkan diri sendiri wat persembahan live atas pentas tuh. Jadi kami buatlah video hasil dari lakonan kami sendiri. Bukan acting mcm drama tu. Just image transition je. Tapi siapa sangka..kami lah batch pelopor menghasilkan drama image transition ataupun video persembahan ni.

Kat bawah ni adalah Video kami yang pertama. Masa ni kami di semester dua kot. hehehe zaman muda remaja lagi.


Hah ni gambar kitaorang gi main kat Time Square tuh..kat Cosmic World. Cik Ezza gelar kitorang "Geng Roller Coaster". Dia lah kepalanya...

Ada lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Selangor. Sebelum balik kita singgah enjoy dulu di sini.Yang bertudung hitam tu lah Cik Ezza.

NotaKakiDanTangan: Nantikan sequel yang seterusnya. Tuuunggguuuu













Friday, April 15, 2011

Memilih ni...

:: ASSALAMUALAIKUM::


Masih solo? 
Tak percayalah.
Bohong ar masih single.
Mesti memilih ni.

Ooopss ayat last tuh memang tak boleh blah. Memilih ke?
Jawapan Opie : 
  • Mana ada memilih.
  • Orang lelaki yang tak pandang Opie.
  • Orang lelaki sekarang nak yang cun2 je.
  • Opie tak cun..so diorang tak nak Opie. Bukan tak nak Opie pun. Pandang Opie pun tak.
Ini cerita sebenar. Dari pengalaman hidup selama ini. Opie tak cantik, tapi Opie bersyukur sebab Opie sempurna. Dari alam persekolahan, ke alam universiti, ke alam pekerjaan, sampailah ke alam menganggur berdikari ni, Opie dikelilingi oleh teman-teman dan member2 yang cun. Jadi bila kita dah bersama orang2 yang cun dan cantik ni, kita yang tak cantik ni terus makin jadi tak cantik lah. So orang tak pandanglah.

Jadi...memang kita ni tak dipandang langsung. Okay, hanya orang yg pernah rasa je faham. Opie dah rasa dari zaman sekolah lagi. Bila kita duk jalan secara berkumpulan ke mana2 pun. Even lelaki tu muka tak semenggah mana pun..bak kata auntie Opie, muka macam bola melambung (ntah mcm mana ghupenya) pun tak pandang kita gak. Diorang tetap gak pandang mereka yang cun melecun tuh. Okay..(ayat pasrah)... Jadi nak gak cakap yang Opie ni memilih?

Itu belum lagi kes yang dia baik ngan kita sebab nak ngorat kawan kita yang cun tuh. Tambah parah plak tuh, ko bukan hensem pun. Pas tuh nak tergedik2 plak. Adooi hai..Lagi perit benda nih....


Thursday, April 14, 2011

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

::ASSALAMUALAIKUM::

  1. Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
  2. Kerana Allah maha mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon. 
  3. Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti : Tidak ikhlas, tergesa-gesa. tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.
Bagi No.1 dan 2 adalah diluar kawalan kita. Tetapi No.3 dibawah kawalan sedar kita sebagai seorang umat Islam. Opie yakin yang Opie memenuhi syarat yang ke tiga itu. Dan doa Opie masih belum dimakbulkan oleh yang Esa. Jadi Opie kembali kepada No.1 dan 2...dengan itu Opie yakin Allah adalah perancang yang terbaik untuk umatnya.  

Sehingga hari ini, Opie sentiasa muhasabah diri, berpikir, mencari kesilapan dan kekhilafan diri, dan sentiasa berdoa semoga diampunkan dosa-dosa yang telah Opie lakukan. Allah sedang menduga Opie (itu yang Opie selalu set dalam otak pemikiran Opie). Dan sentiasa bersyukur kerana dengan apa yang Allah telah berikan kepada Opie. 

Dan sentiasa mengingatkan diri, bahawa jika kita menghadapi kesusahan dan kesukaran, ada lagi insan yang dugaan nye lagi hebat dari apa yang Opie lalui ini.

NotaKakiDanTangan : Sumber dari Buku : Indahnya Hidup Bersyariat. Penulis: Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azru; Azlen Ab. Hamid. 

Wednesday, April 13, 2011

888

::ASSALAMUALAIKUM::


888, 
Lapan Lapan Lapan, (Melayu)
Bā Bā Bā, (Cina)
Delapan Delapan Delapan,(Indonesia)
Yeodeolb Yeodeolb Yeodeolb, (Korea..tak tahu sebut nye mcm mana)
Eigth Eight Eight.

Apa ada pada nombor ni?...bukan nombor ekor..tapi...jeng jeng jeng....

Itu dia..."Jumlah Pelawat, Pembaca & Penengok" blog Opie...Tak tahu lah dia count macam mana kan...Tapi itulah angkanya. Mula ber blog 31 Januari 2011. Jumlah di atas adalah pada hari ini 13 April 2011. Apa?!!!!..Opie klik sendiri sampai cecah 888..hahaha giler ke apa..banyak lagi kerja lain nak buat..baik klik2 main game...kah kah kah

Suara sumbang "eleh itu pun nak jakun, aku nye viewer dah juta2 lemon..tak kecoh pun"
Opie jawab "eleh jeles..sebab ko tak sempat nak print screen time viewer ko 888 kan kan kan"...hahahahaha

NotaKakiDanTangan: TERIMA KASIH...kepada yang sudi menjadi pelawat, pembaca dan tengok2 blog saya ni. Tak ada yang best pun.Blog ni adalah curahan dan luahan hati saya je, berdasarkan daripada pengalaman dan apa yang terjadi di sekeliling saya.

Mari Masuk Dapur Bersama Opie...(episod 1)

::ASSALAMUALAIKUM::



Keh keh keh....Apa kabar pemirsa semua..Hari ini kita bertemu di dalam rancangan baru iaitu Mari Masuk Dapur Bersama Opie. Rancangan yang berkisar kepada masak-masakan (okay baca dalam loghat Indonesia)..

Alamak!!! Masa taip ni kedua2 belah  tangan dah gatal...dari tapak tangan, belakang tangan dan jari jemari sudah start pijar. Pijar tangan kerana siang lada dan cili padi tuh biasa kan?...pernah dengar orang allergic kepada lesung batu? haaa..sayalah orangnya...kalau lepas guna batu lesung or lesung batu (quite confusing here) tapak tangan mesti gatal...jadi biasanya kalau nak guna Opie akan balut anak lesung tuh ngan kain. Sian kan...tangan plak..kena percikan lada je dah gatal dan pijar. Belum lagi kalau dah dok main2 siang tuh...uit..sehari suntuk pun lum tentu hilang.

Tapi bak peribahasa dolu-dolu "ala bisa tegal biasa"..wat tak tahu je benda tuh semua kan...kita kan perempuan..eceh eceh..keh keh keh..

Opie bukanlah pandai masak, tapi bolehlah tuk kenyangkan perut sendiri n famili. Biar tak sedap pun. Biasanya kalau Opie yang masak..My Litle Sister akan cakap "kak, biar awak makan dulu, kalau awak pengsan kitorang tak yah makan".."eleh pengsan sebab sedap sangat"...biasany ni terjadi tuk resepi percubaan yang baru nak buat sebab lepas tgk kat majalah, internet atau tv. Tapi kan 2-3 menjak ni apa yang Opie masak semua sedap. Lagi2 nasi goreng..menjilat bibir nyer sedap...kah kah kah (gelak kenyang..)..

Lauk hari ini. 

Ayam masak lemak cili padi

Sambal belacan

Pertama kali nak letak gambar hasil masakan sendiri..hehehe malu la...Gambar siap letak watermark lagi...


NotaKakiDanTangan :Opie tak pandai makan nasi ngan lauk banyak2..nanti nasi dah habis..lauk banyak lagi..Ada ayam goreng pun dah okay (feveret ayam goreng)

Tuesday, April 12, 2011

Separuh Mati.....

::ASSALAMUALAIKUM::


Dah la semalam siang ikan macam nak buat kenduri. Bukan tak biasa siang ikan banyak2..cumanya  semalam Opie siang sambil berdiri. Sudahnya penat tulang belakang. Keh keh keh.

Tadi dalam kul 3ptg, tengah surf2 tenet dan ber blogwalking, Mak masuk bilik.
Mak: Ma nak gi kebun ambil tanah.
Opie : ooo gi lah..ajak ayah...
Mak : Memanglah nak gi ngan ayah..awak jaga rumah tau,,dengar2 kalau ada org datang.
Opie : Okay...(dalam hati...baik ikut..duk umah pun bukan buat apa pun)...Ma nak gi skang ke? Nak ikut.
Mak : la..nak ikut plak..

Sambil bersiap2 tuh..terdengar perbualan Mak n ayah...

Mak : Opie nak ikut.
Ayah : ..la nak ikut plak...

Masa nak pergi tuh..

Opie : Banyak nyamuk tak kebun nanti?
Ayah : Nama pun kebun..mestilah ada nyamuk. Ni kasut but kebun n sarung tangan tuk awak..nanti pakai kasut ni...kang langgar batu tak luka...ada rumput panjang2 nti tak gatal...
Opie : ooo kena pakai ke..okay (waaa sayang gak Encik Bahar kat kaki anak dia ni)..keh keh keh

Sudahnya bila sampai dah start main korek2 n cangkul2 tanah tuh...Opie rasa dah mcam orang tua dah..Orang tua pun kuat.Baru 15 minit dah semput giler..Penat. Peluh tak yah cakap la...berjujuran kat muka. Dengan cacing besar2..eewww. Mak n Ayah steady lagi....Diorang cakap..ni baru sikit.3bulan duduk rumah membuatkan badanku sangat tidak energetic. keh keh keh


Ayah gi cari kelapa muda...OPie yang cangkulkan tanah tuk Mak dan dia plak masukkan dalam beg2 plastik. Tanah2 ni semua tuk memenuhi hobi My Mama la..dia suka tanam bunga2. My Father plak dia suka tanam sayur2. Mak cakap asik beli je...kita gi amek kat kebun lah tanah sabut. Fuh....

Hasil nya...12 kampit tanah saiz kampit beras 10kg tuh. 2 guni beras. Dan satu beg plastik air batu tuh. Semua penuh. Nak angkat masuk kereta lagi. Dah sampai rumah..nak bawak turun lagi. Adoooiii hai...habis terkejut dan  terenjat semua otot sendiku ini.

Opie cakap kat mak."Nikena belanja aiskrim ni"..Mak: "eleh setakat aiskrim..berapa byk awak nak?"...huhu "dah separuh mati opie ni"...Belum sampai satu jam dah separuh mati...tu lah byk sangat makan ayam...hahahahaha..kelakor la mak Opie ni...

NotaKakiDanTangan : Bila peluh keluar..badan rasa segar sangat. Bila peluh keluar pas tuh disimbah dengan sinaran matahari dan dihembus dengan angin sepoi2 bahasa ditambah plak dengan udara kampung. Segar sangat rasanya tadi. Berbaloi penat separuh mati Opie tadi. Keh keh keh

Sunday, April 10, 2011

Nak Kurus ke Nak Gemuk?

 ::ASSALAMUALAIKUM::

Petua nak kurus dan kekalkan kelangsingan anda:

  1. Anda haruslah mempunyai tahap metabolisma yang sangat tinggi.
  2. Tahap kemelantakan yang rendah.
  3. Skala selera yang sangat rendah. 
  4. Ruang perut yang tidak stretchable (ada ke perkataan ni) maksudnya kantung perut yang keci. Kecil dan tak meregang. Hahahahaha. Ada gak orang perut kecik tapi kuat makan.
  5. Tidak mempunyai pakwe / makwe /suami/ isteri/anak-anak yang boleh mempengaruhi tahap pemakanan anda.
  6. Jangan jadikan perut anda sebagai  "Lori Majlis Perbandaran". Maksudnya di sini, kalau orang sekeliling anda tak habiskan makanan mereka, anda yang kena habiskan. Tapi anda ada petua no.1 tuh tak apalah.... 
  • Semua petua di atas yang Opie ada, rasanya yang no.1 tu je...keh keh keh.
  • Kurus ke dengan berat 49kg tuh. Hmm bergantung pada mata masing2 kot. Ada yang ckp dh okay, ada yg ckp kena gemuk lagi. ntahlah..tp opie rasa dh okay..yg ckp Opie kurus SANGAT tuh..mata anda mesti suka tengok orang gemuk2 dan montok2 kan? kan? kan? (eleh ngaku je..especially yg lelaki2 tuh). Yang perempuan tu plak korang jeles kan? tak jeles banyak..jeles sikit tuh mesti ada..kah kah kah..(gelak kaya).
  • Apa ada dengan selim melim ni..Opie memang slim..tapi Opie tak ada muka cantek macam korang2 semua (yang girls la)..so tak yah nak komen2 Opie ni kurus sangat okay.
  • Opie jarang buat kawalan, atas kuantiti makanan yang Opie makan. Makan selagi perut tak kenyang. (eleh korang pun sama kan?).Tapi Opie akan pastikan yang Opie ikut pemakanan yang sihat. Contohnya: Opie makan je semua segala manis2, lemak2 ni..tapi Opie akan pastikan Opie minum 8 gelas atau lebih air putih (mineral water) dalam masa sehari. 
  • Seimbangkan pemakanan anda. Seimbangkanlah makanan yang sihat dan tak sihat yang korang makan.
  • Bersenam. Hahaha..jogging ke skipping ke..gelung ke..sapu sampah dari pintu depan sampai pintu dapur. Sapu dan mop lantai rumah atas dan bawah. Bila peluh keluar badan pun sihat. Hahahaha. Basuh kereta sendiri, takyah hantar carwash.
  • Sehari sebiji epal. Itu wajib.Macam mat saleh selalu cakap tuh "ONE APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY"..kah kah kah. Opie buat yang ni tau.
  • Nak perut yang leper? Tak berlipat2?Tak ada spare tyre? Mcm ada member Opie ckp.."kitorg ni ada spare tyre, bila tayar pancit leh amek kitorg punya spare tyre ni."
  • Untuk point di atas ni memang Opie buat. JANGAN makan nasi  atau apa saja makanan yang berbentuk karbohidrat selepas pukul 7 malam!!!!!..yang ni Opie buat. Memang berkesan. Korang cubalah. Esok pagi selepas atau sebelum buang "hajat besar" tu tgk perbezaan kalau makan nasi n tak makan nasi.
  • Kalau lapar? makanlah buah-buahan ke salad ke, minum susu ke hot coklat ke, biskut serat ke..byklah yang boleh buat kenyang selain nasi. Tapi jangan plak roti canai..kolestrol tuh tgh2 mlm buta. Lapar gak?..ikat perut korang then tido je..hahahaha...(ni Opie tak buat!!)
  • Bila perut kempis..nak pakai kebaya ke..baju t-shirt ke..tak da masalah. Orang yang gemuk tak semestinya perut pun kena boroi. Ada je orang gemuk tapi perut cantek je terletak. 
  • So segalanya pilihan anda. Yang penting sihat.
  • Jangan susahkan diri hanya untuk kurus. Tak semua orang suka orang kurus. Kah kah kah...
  • Dan tak yah juga susahkan diri dengan nak makan banyak2 sebab ada orang cakap korang ni kurus sangat. Vitamin nak gemuk bukan murah..mahal kot. 
  • Daripada beli vitamin atau susu untuk korang kuruskan atau gemukkan badan...baik korang beli vitamin atau susu untuk sihatkan badan. Apa yang mat saleh cakap tuh? Supplement? hahahaha...lagi bagus..badan pun jadi sihat. Ni beli vitamin tuk kurus or gemuk. Tapi tak kurus2 gak.. tak jugak gemuk2...kah kah kah....   
Renung-renugkan dan selamat menyihatkan badan...........


NotaKakiDanTangan: Allah menciptakan manusia dengan sesempurna kejadian. Ada alasan kenapa Allah jadikan anda seorang yang gemuk atau kurus. Dan tugas kita sebagai hambaNya adalah bersyukur kepadaNya.  



Thursday, April 7, 2011

Ikhlas Ke?

::ASSALAMUALAIKUM::


Budak A : Ko Ikhlas tak ni?
Budak B : Ikhlas la..ko ni..aku Ikhlas la tolong ko ni...
Budak A : Betul ni? terima kasih la wei..
Budak B : Sama-sama..lain kali ko tolong aku plak...


Biasa dengan adegan dan dialog di atas. Apa maksud Ikhlas sebenarnya? Ikhlas ke tak? hmmm

Opie pernah berdepan dengan situasi, di mana dari situ Opie dapat lihat dengan jelas Ikhlas nya seseorang menghulurkan bantuannya kepada Opie yang amat memerlukan bantuan seseorang dari segi ilmu dan kemahiran.

Citer nye baru je tak sampai setahun pun lagi. Opie ada projek, kena wat video...dan opie nak guna perisian yang memang Opie tak tahu nak guna langsung. Dan mustahil tuk belajar through phone or chatting. Memang kena belajar secara face to face ni. Kawan2 yg expert ni semua duk KL nun...

Member A
Opie :Limah ko pandai kan perisian ni. Boleh tak ko tolong ajar aku?.
Limah: pandai. Macam mana nak ajar ko?
Opie : ko dtglah rumah aku. keh keh keh
Limah: Jauh tu..ko lah yg dtg sini.ko yg nak belajarkan. Ko boleh je tumpang umah budak2 yg ada kat sini.
(okay, prinsip tuk mendapatkan ilmu, murid yg kena pergi kat cikgu. Betul jugak tuh..)
Opie : ala. ko lah dtglah sini. Lagipun dh lama kan tak dtg sini. (bergurau je sbnrnya..kalau tak de choices mmg lah kena gi sana)..
Limah : boleh je..kalau ko nak tanggung duit minyak dan tol aku...
(termangu seketika...dalam hati memang niat nak bg duit minyak dan tol pun...yelah kita yg berhajat kan..kenalah sediakan apa yg patut)
Limah : Boleh je...tak de hal la...

Member B
Opie : Temah ko pandai kan perisian ni. Boleh tak ko tolong ajar aku?.
Temah : bolehla sikit2. tak pandai mana pun
Opie : ala..at least lebih pandai dari Opie..
Temah : tak lah..lebih kurang ko je..
Opie : Boleh ajar aku tak?
Member B : Boleh je..tapi mcm mana nak ajar..susah sket kalau nak chatting2 je ni.
Opie : Datang umah aku la..hehehe
Temah : Boleh je..nanti aku cek jadual aku..kalau adik aku tak de hal..aku leh je gi..tp bukan minggu ni la..ko nak cepat ke?
Opie : tak lah..dateline lambat lagi..kalau susah Opie yg ke sana..
Temah : Takpe2..nanti aku ke sana..ko bukan ada transport kan..pas tu nanti nak duk mana plak..susah nanti..(member A yg td pun tau Opie tak ada transport.)
Opie : terima kasih la..buat susah ko je.
Member B : taklah..mana yang aku leh tolong aku tolong lah.

Agak2 mana yang ikhlas nak tolong? kalau ikut usia persahabatan.. Opie dah kenal lama si Limah daripada si Temah tuh. Limah plak dah pernah dtg rumah Opie dan kenal famili Opie. Manakala si Temah plak..first time nak dtg umah Opie

Opie pun bukanlah nak kat yg Opie ni baek sangat. Kang ada plak suara2 sumbang yg ckplah "ala..mcm lah Opie tuh baek sangat nak komen2 org" . Tapi Opie masih belajar tuk menjadi lebih ikhlas dari biasa. bukan selama ni tak ikhlas..Opie ikhlas.. 

Opie pegang kata2 yang mak selalu cakap kat Opie...Kalau Allah tak bagi kat dunia ni balasannya...DIA akan bagi kat akhirat nanti..dan balasan yang Allah bagi bila di akhirat nanti lebih indah dan manis. 

NotaKakiDanTangan: Ikhlas ke kita?

Wednesday, April 6, 2011

::Koleksi Opie::


::ASSALAMUALAIKUM::


Suka kumpul anak patung dan permainan..Koleksi terdiri daripada pemberian orang atau yang di beli sendiri...keh keh keh..Antara koleksi opie...semua ni dah bermastautin dalam kotak..sebab tak de tempat yg best nak letak..

Suka permainan ni..agak mahal dengan saiz nya yang kecik ni...Rm17 beli kat pasar lambak je

Koleksi Hello Kitty..dua ekor dah bg org..satu bg Cipah satu lagi bagi kawan Connie... Patung Hello Kitty Limited Edition keluaran McD pada tahun 2000 kot. Ingat lagi masa Hello Kitty ni dijual kat McD, orang beratur panjang nak beli..sebab setiap hari Hello Kitty berlainan jenis yang dijual.Hello Kitty ni edisi perkahwinan. Tapi yang best nya..Opie bukan beli kat McD..Opie beli kat Bundle..(ala kedai jual barang2 terpakai tuh..dengan harga 6 ekor RM10..hehehe..paling best lagi sebab semua anak patung ni masih elok dalam plastik McD.masa Opie jumpa kat kedai bundle tuh..,mcm kalau kita beli Happy Meal..dapat permainan dalam plastik McD..mcm tulah rupanya..

Permainan ni plak beli kat Bazar Karat Jb dengan harga Rm23 kot.

Popo.. Anak patung ni hadiah bezday dari housemate..kira adik angkat la kot..hehe Peina Miss You...Yang love warna pink tu bila tarik akan kuar lagu dari perut Popo tuh..


NotaKakiDanTangan: Masa kecil2 dulu tak banyak anak patung. Bila dah besar..balas dendam lah beli permainan kanak-kanak. Nasib baik hobi ni mendapat restu dari ayah bonda..haha...Banyak lagi permainan yang nak teringin tapi tak beli lagi..antaranya..ikan pancing tuh, ngan play dough...