::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Monday, March 28, 2011

Movie Time---> WORLD INVASION : BATTLE LOS ANGELES

...Semalam pergi tengok filem lagi..dan kali ni tengok filem ni plak WORLD INVASION : BATTLE  LOS ANGELES. Lagi berselera nak tengok filem mat saleh ni dari nak tengok filem ...Dalam Botol dan Ratu..heheeh (kali ni mode menonton filem bukan dalam mode "Menyokong Industri Filem Tempatan") ooppss sorry..


10 minit pertama cerita ni banyak berbual aja dalam filem ni...Opie dah mengantuk dan bosan..sampai My Dear Little Sister cakap "kak jom kita tukar hall lain..Ratu pun Ratu lah.." Opie pun jawab..."jom..jom...Dalam Botol pun okay gak..hahaha rasa hall diorang pun tak penuh"  hahaha sebab memang dah rasa menyesal beli tiket filem ni.Tapi selepas 10 minit e nak berkedip mata pun rasa rugi..bila dah mula adegan tembak menembak...

Filem ni mengenai askar-askar US yang berhempas pulas nak menyelamatkan orang awam dan Los Angeles dari Makhluk Asing a.k.a aliens bila bumi di serang oleh makhluk hodoh tu..diorang nak merampas sumber utama manusia iaitu air...(mcm kartun BoboiBoy..alien dia nak sumber koko)..tapi alien dalam citer  ni sangat hodoh..body macam kerengga...Dalam cerita ni kononya hanya tinggal Los Angeles aja yang belum ditumpaskan oleh alien yang jahat tuh. Jadi diorg bermati-matian lah nak selamatkan Los Angeles.

Siapa2 yang tak berapa patriotik pada negara sendiri patut tgk cerita ni. Yelah tgk mcm mana askar ni berhempas pulas melawan aliens hodoh tuh semata-mata nak selamatkan orang awam. Sedangkan nasib diorang sendiri belum pasti..hidup atau mati. Pas tuh orang awam nye lima orang je...askar2 nye dari belas2 org tggl 6 ketul aja. Dan ada org awam tuh yang terbunuh sebab nak tolong tembak aliens.

Citer best lah..tapi bergantung pada selera masing2 gak. Siapa yang tak suka citer tembak2 tuh..memang konpem cakap tak best..so tak yah tgk..gi tgk citer Ratu...hehehehe


Poster Filem

NotaKakiDanTangan : Balik rumah try search filem ni untuk donlod..sekali tuh dh ada tuk donlod..hehehe

No comments:

Post a Comment