::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, August 4, 2011

Cinta Mengapa Harus Rumit???

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Lagu yang berjaya mencuri hati dan pendengaran ku.

Lagu lama gak. Tapi tak lama sangat lah.

Raffi Ahmad dan Laudy Chintya Bella. Diorang pernah pacaran. 




Jodoh Di Tangan Tuhan
Raffi Ahmad ft Bella


Aku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Mata
Ku Punya Telinga

Jangan Anggap Ku Batu
Yang Tanpa Perasaan
Melihatmu Dengannya
Aku Panas

Ku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Hati
Punya Perasaan 

Coba Raba Batinku
Coba Tatap Mataku
Melihatmu Dengannya
Ku Cemburu

Cinta Mengapa Harus Rumit
Biar Begini Wanita Ku nanti Satu
Siapa Dia Biar Hatiku Yang Tahu
Ku Pasti setia Tapi Nanti

Cinta Bisakah Jadi Mudah
Kau Bersamanya Masa Aku Harus Diam
Biar Aja Kita Jalan Masing Masing
Jodoh Di Tangan Tuhan

Biar Saja
Ku Punya Dunia
Duniaku Begini
Ku Punya Hati
Punya Perasaan
Coba Raba Batinku
Coba Tatap Mataku
Melihatmu Dengannya
Ku Cemburu







Mari Masuk Dapur Bersama Opie...(episod 2)

:: ASSALAMUALAIKUM ::

IKAN MERAH GORENG TEPUNG MASAK LEMON


Satu perkara lagi yang Opie suka bila bulan puasa ni ialah Opie akan ter rajin masuk dapur.

Kalau hari2 biasa tu mungkin hanya 35% je tapi bila bulan puasa akan jadi 95% Opie akan masuk dapur. Masuk dapur bukan untuk makan je, tapi masuk dapur untuk memasak dan mencuba resepi2 baru. 
Tak kiralah resepi lauk pauk ataupun resepi kuih muih

Semalam 3 Ramadhan / 3 Ogos.
Tiba tiba terasa nak makan ikan masak lemon. 
Hehehe dulu ada sekali masa belajar kat Shah Alam ada orang belanja makan ikan masak lemon ni.
Pergh first time makan memang sedap.
hehehehe.

Jadi semalam main masak2 n campak2 dengan harapan jadilah rasanya.

MALU LAH PLAK. Masak benda simple tapi nak gebang yang lebih. 
(patern2 org tak pandai masak mcm ni kot)




Ini untuk sos / kuah lemon nya.

Opie guna bahan2 yang ada kat rumah je.

Lemon tak ada, jadi opie ganti dengan Sunquick.

Mula mula tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang putih.
(tak yah letak bahan2 ni pun tak apa, sebab at las bawang2 tu tak makan pun, nak amek bau wangi dia je)

Bancuh sunquick dengan perahan limau nipis dan air. (suka hati lah nak banyak mana)

Bila tumisan tadi dah naik bau, letak lah bancuhan sunquick tadi tuh.
(kalau nak pekat letak lah tepung jagung)

Masukkan sedikit gula untuk rasa sweet sour.

 Untuk ikan

Opie guna ikan merah yang dipotong kecil2

Opie buat goreng tepung. Guna tepung jagung je. Pas tu letak black pepper sket. Bagi ada rasa pedas2 sket.

Pas tu goreng bagi garing. Jangan hangus plak.



Hiasan2 ni kerja my Mummy la. Dok melayan anak dia ni dok nak gebang nak amek gambar bagai.

Mari Masuk Dapur Bersama Opie...(episod 1)
Klik lah kat sini --->> Ayam Masak Lemak Cili Padi






NotaKakiDanTangan : Amek gambar guna handphone cikai je. Tu gambar tak best. hahaha. Lauk simple boleh lah...wakakakaka.



Wednesday, August 3, 2011

Spoil yang membawa kepada hampeh...

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Setiap hari sabtu, jam 2 petang TV3 akan ada slot Bollywood. Dok tayang filem2 hindustan.

Hari Sabtu hari tuh TV3 tayang filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Pelakon utama adalah Shah Rukh Khan dan Kajol.

Cerita lama, Opie dah tengok 18 juta kali cerita ni.

Tapi hari tu tengok lagi sekali dengan my cousin dan my auntie.

Lambat buka tv sebab dok main tenet. kul 2.30 baru buka. Tgk2 eh cerita dilwale lah. Terus layan cerita tuh.

Pelakon


Apa yang best cerita ni banyak lagu yang best.

Yang paling best mestilah lagu utama filem ni kan.



Hahaha bila my cousin first time tgk video dan dengar lagu ni. 
kelakar dengar komen dia yg dok membebel sepanjang lagu ni
"heee meremang seh dengar lagu ni"
"Meremang bulu roma tgk...best nyer..romantik"
Okay dia baru form 2.


Lagu yang Opie memang akan tunggu setiap kali tengok cerita ni kat tv adalah lagu kat bawah ni.





Apa yang spoil, tengah best2 duk layan n feel lagu ni. 

Tiba2 masuk BERITA TERKINI.

Gila SPOIL n hampeh je.

Feel dia macam ni lah, bila korang dok best2 layan game bola kat tv, nak2 team feveret plak tu yg main, tak pun final world cup. Tup2 tanpa disangka2 time nak free kick tuh, tiba2 blackout. 
kah kah kah tak ke hampeh namanya tuh?

Kitaorang punya jeritan...alaaaa... Sebijik macam tengah tengok bola yang agak2 nak goal tapi tak jadi nak goal..
wakakaka...

Sampai hati TV3 buat kitaorang mcm ni kan. 
Lain kali, nak letak berita terkini janganlah time ,nyanyi2. Spoil mood tau tak.

Bila dah frust, terus tutup tv, terus keluar rumah menjalankan arahan yang telah diberi. Nak tahu apa dia sila la klik kat SINI.
Frust habesss.