::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Wednesday, May 4, 2011

A Non Stop Fun n Laugh Gateway...part 1

::ASSALAMUALAIKUM::

Tak sabar nak tulis cerita pasal holiday last week, tapi kemalasan dan ketandusan ayat-ayat amatlah membelenggu. Tapi kemalasan tuh yang pengaruh utama. Biasanya kalau lepas gi mana2, sampai je rumah tak sampai satu jam, mesti barang2 Opie dah habis kemas. Baju2, alat mekap dan toiletries akan kembali tersusun di tempat asal. Tapi kali ni, dah masuk hari kedua, baju2 masih ada dalam beg pakaian, hanya baju kotor yang sudah dikeluarkan dan sudah dibasuh, tapi masih belum dilipat. Huhuhuhu...ada "hantu malas" yang ikut balik kot....kemalasan melanda....

Disebabkan 1 Mei telah jatuh pada hari Ahad dan kemudian di forwardkan ke Isnin, jadi cuti hujung minggu menjadi panjang. Dan My Uncle karim and his wife Auntie Azizah, telah membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka bercuti di Sunway Lagoon. Apa yang best, mereka telah mengajak Opie n My Little sister to join them. waaa..sangatlah seronok. Offer yg best..konpem lah kami tak tolak. hahahaha...

Untuk part 1 ni kita layan dulu gambar2 yg Opie telah mengrajinkan diri untuk meng edit nya.


Nama budak ini Andi Nur Aqilah, dia suka Justin Bieber. Baca kat sini untuk pengalaman percutian KAMI.

Ada ramai pengarah kat depan kitorang time amek gambar ni

My two little cute cousins

Famili My Uncle

Adeq Cipah..."layi...layi.." (lari...lari..)
Part 2 more exciting pictures...


Monday, May 2, 2011

Terima Kasih...

::ASSALAMUALAIKUM::

Sempena percutian kali ini..Opie nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua orang yang terlibat...Check it Out....

Orang yang pertama...jeng..jeng..jeng.. Uncle Karim....
  1. Terima Kasih sebab sudi bawa Opie n Connie ikut family bercuti.
  2. Terima Kasih sebab bawa Kami ke Sunway Lagoon dan main sampai lebam. (bila balik semua org jalan mcm lepas pantang).
  3. Terima Kasih  sebab belanja "burger" Sunway Lagoon. (burger yg special...smpai burger Adeq Cipah menjadi idaman semua orang...)
  4. Terima Kasih sebab belanja donut Jco. (habis jugak donut tu...)
  5. Terima Kasih sebab belanja makan malam kat Umai's Cafe Putrajaya. -walaupun air minuman(fresh orange da abes ganti tembikai pon abes tp tak cakap), nasi putih dan nasi tomato tambah yang ditunggu tak kunjung tiba-
  6. Terima Kasih  sebab bawa pusing2 gi Kuala Lumpur...pusing sampai ke Gombak...(dapatlah tengok Batu Caves, Tugu Negara sebab mmg tak pernah tengok)
  7. Terima Kasih sebab belanja makan tengahari kat Kampung Bharu KL.
  8. Terima Kasih  sebab belanja Nasi Beriyani kat Pokok Sena.(actually untuk fuang jer)
  9. Terima Kasih sebab wat gigi n gusi kitorang lenguh2 asik ketawa.
  10. TERIMA KASIH SEBAB IKHLAS DAN SABAR dengan KAMI

Yang kedua...adalah...Auntie Azizah.

  1. Terima Kasih sebab sudi ajak Kami ikut famili auntie bercuti.
  2. Terima Kasih sebab buat Surprise Birthday kek untuk my Mama.
  3. Terima Kasih sebab sudi layan kami bercerita.
  4. Terima Kasih sebab sudi dengar kami bergosip.
  5. Terima Kasih sebab sama-sama "tambah dosa" mengumpat...(kah kah kah...mengumpat yang lawak...)
  6. Terima Kasih sebab join sama-sama main sampai lebam kat Sunway Lagoon.
  7. Terima Kasih sebab kongsi cerita..sampai tidur kul dua pagi.
  8. Terima Kasih sebab tolong jemur kain. (sebab Opie masih tidur...)
  9. Terima Kasih sebab SABAR layan karenah Kami. (Dr. Fazdilah Wilcha)
  10. Terima Kasih sebab IKHLAS dengan Kami. (Dr. Fadzilah Come To Me)...

Yang ketiga....Kak Ina....

  1. Terima Kasih sebab sudi menaja penginapan Kami selama 3 hari 3 malam.(sbb jumaat tu sampai da mlm..so tak kira hari..hahaha)
  2. Terima Kasih sebab buat nasi goreng dan jemput2 untuk sarapan pagi hari pertama.
  3. Terima Kasih sebab bagi basuh n jemur kain.
  4. Terima Kasih sebab ada kamera yang canggih...(gambar yg sememeh..jadi tak berapa nak sememeh).
  5. Terima Kasih sebab bagi bilik, bantal, tilam dan selimut. (nyenyak tidur).
  6. Terima Kasih sebab sudi layan bercerita smpai kul dua pagi.
  7. Terima Kasih sebab bagi pinjam blusher.
  8. Terima Kasih sebab belikan nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan hari kedua.
  9. Terima Kasih sebab belikan roti canai pada hari ketiga (Opie kena paksa makan sampai dua keping)
  10. TERIMA KASIH...sebab buat percutian kali ini happening habisssss....

Yang ke empat....My Lovely Dear Sister.

  1. Terima Kasih sebab bagi skit deodorant. (nasib baik deodorent dia spray...terlupa nak bawa deodorant sendiri)
  2. Terima Kasih sebab belanja ikan bakar masa makan tengah hari.( hehehe ikan bakar tuh sebenarnya duit Kak Onnie sebab dia IKHLAS...dia tak sebut...)
  3. Terima Kasih sebab bayarkan souvernier kat Sunway Lagoon. (hehehe...konon2 kuar kan duit sendiri tapi dia nak belanja...layankan je...)
  4. Terima Kasih sebab bagi pinjam eyeliner..(sebab eyeliner saya semua tak best).
  5. Terima Kasih sebab belanja jajan kat Petronas. (jajan tuh sebenarnya..separuh duit Kak Onnie gak...)
  6. Terima Kasih sebab pinjam kan tuala...di kala tuala ku basah.
  7. TERIMA KASIH sebab IKHLAS....ikhlas ker?....

Yang Ke Lima....Andi Nur Aqilah...

  1. Terima Kasih sebab happening duduk kat belakang sama-sama. (panik giler time adeq tertelan gula-gula)
  2. Terima Kasih sebab asik amek gambar candid Kak Opie yang sememeh.
  3. Terima Kasih sebab sudi tolong tutupkan lampu time dah nak tidur.
  4. Terima Kasih sebab ajar Kak Opie berenang n Kak Onnie berenang.
  5. Terima Kasih sebab asik cubit Kak Opie n Kak Onnie dalam tengah berenang.
  6. Terima Kasih sebab asik tarik kaki Kak Opie time berenang.
  7. Terima Kasih asik gelakkan Kak Onnie nyer stokin (Kak Onnie yg suh cakap)
  8. Terima Kasih tak panggil Kak Onnie kaki alien sebab pakai stokin (kak onnie cakap)
  9. Terima Kasih sebab ajar Kak Opie cara posing "cute"..(kecikkan mata dan muncungkan bibir)
  10. Terima Kasih sebab IKHLAS terima Kak Opie n Kak Onnie dalam kereta..(tak merungut sempit)

Yang Ke enam....Dr. Abang Am.
  1. Terima Kasih sebab join...dan bikin holiday ini happening.
  2. Terima Kasih meng "hack" facebook Kak Onnie (Pesanan Kak Onnie)...hehehehe
  3. Terima Kasih bagi peluang Kak Opie jawab soalan kaji selidik dan bagi komen.
  4. Terima Kasih sebab beli kura-kura..abg pelanggan pertama Kak Onnie (Kak Onnie suh tulis).
  5. Terima Kasih sebab beratur belikan donut Jco.
  6. TERIMA KASIH......

Yang Ke Tujuh, Ke Lapan dan Ke Sembilan.....Qihah, Aqil dan Adeq...

  1. Terima Kasih sebab bikin happening.
  2. Terima Kasih sebab bergaduh dalam kereta dan bikin Kak Opie panik(bak kata ayah jangan panik)
  3. Terima Kasih kat Qihah sebab ajar Kak Opie berenang jugak.
  4. Terima Kasih kat Aqil sebab wat Kak Opie asik gelak.
  5. Terima Kasih kat Adeq Cipah sebab cute, sporting, bg pinjam pelampung tangan, sebab asik jadi model, sebab asik wat kitorg gelak...dialog adeq.."dah ati...yeaahh...layi..layi.." (dah mati...yeaahh..lari...lari..)

Gambar mula2 sampai.

Konpius tak tahu nak gi yg mana satu



NotaKakiDanTangan:...Opie dan Connie ucapkan TERIMA KASIH daun keladi buat Fak Karim sekeluarga, atas percutian yang sangat happening dan best....

Wednesday, April 27, 2011

Ku serah segala ketentuan…

::ASSALAMUALAIKUM::

Coretan di bawah ini adalah coretan ke empat Opie di Friendster's Blog (zaman2 main friendster dulu2). Bertarikh March 27th, 2009. 


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini 

Suka sangat lagu ni time tuh. Lagu nasyid nyanyian In Team (agaknya kot). Pas tu time ni dah fed up sket pasal satu masalah. hehehehe 



NotaKakiDanTangan: Masa ni terima kasih tak terhingga tuk Zuliaty Zulkifly, Peina dan Ana. Sebab sudi dengar kak Opie asik membebel pasal benda yg sama je. Tuk Zulia terima kasih sebab ko tahan dengar cerita aku yg mengarut ni. keh keh keh