::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Friday, June 17, 2011

Fasha Sandha

::ASSALAMUALAIKUM:


Opie bagi nisbah ya...kalau dalam 100 orang yang TAK SUKA Fasha Sandha...tiba-tiba ada sorang yang suka dia..yang sorang tu adalah Opie.


Opie ingat lagi zaman2 belajar dulu member2 gelar dia kakak Opie. Sebab Opie minat dia. Dia cantek apa. Lantaklah ngan dia nye personal life. Tu dia punyer hal. 






Dulu bila ada member Opie dapat amek gambar ngan dia. Balik je rumah dia terus tunjuk gambar tuh kat Opie..kah kah kah jeles okay.


Ada sekali je kes yang Opie terus tak suka dia. Bila cerita keluar yang dia ada skandal ngan kerabat Johor. Okay itu Opie memang tak leh terima okay. Terus tak suka. Tapi sekejap je. Suka balik pas tuh kat dia.


Ingat lagi kata2 orang bila dia orang tahu Opie peminat Fasha. "Carilah artis lain Opie, ramai lagi artis lain"...kah kah kah




Dia BERBAKAT okay. Biarlah suara dia menjadi ejekan orang. Apa saja watak yang diberi mesti dia leh buat yang terbaik.


Sekarang ni mcm nak suka kat Neelofa ngan budak yang berlakon Keranamu Laila...Ixara Aishah. Cantek dan berbakat diorang ni. Kalau ada cacat cela diorang berlakon pun, sebab diorang pelakon baru dan masih banyak lagi yang perlu diorang belajar serta kurang pengalaman.





Neelofa                          Ixara or Izara?



Erra Fazira,...Dia seorang Pelakon dan Penghibur yang baik. Tetapi bukan penyanyi yang baik. Pernah jumpa dia. Masa jumpa dia tuh. Opie rasa macam nak cium dia. Dia sangat cantek. Opie yang perempuan pun leh feel mcm tuh apa lagi lelaki. kan kan kan....Anak dia makin lama makin cute. Opie tak minat dia macam Opie minat Fasha Sandha. Cuma suka tengok dia. sebab dia CANTIK. Suka tengok dia berlakon zaman2 citer Sembilu dan Janji Diana.

Maya Karin. Mula2 terpikat tengok gambar dia kat majalah yang suka letak gambar artis lelaki kat swimming pool. Dia sangat cantek tanpa mekap tebal. Gambar ni antara gambar terawal dia. Dia pun berbakat. Suka tengok mata dia yang kecik tapi besar tuh. Keh keh keh



Paris Hilton...hehehe yang ni pun kawan2 pernah gelar "kakak opie" sebab Opie minat dia dan gambar dia pernah jadi wallpaper pc Opie. Tapi dia ni harap CANTIK dan KAYA je... bakat..totally out. baik nyanyi atau pun berlakon. Tapi body dia awesome.heheheh



NotaKakiDanTangan :Lumrah manusia suka tengok perkara yang cantik. Tetapi CANTIK itu subjektif. Cantik di mata kita tak semestinya cantik juga di mata orang lain.



1 comment: