::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, September 4, 2011

Kenapa Raya Tahun ni tak meriah? suram? kelam semacam je? dah tak macam tahun2 yang sudah berlalu?

:: ASSALAMUALAIKUM ::

~~ 4 SYAWAL 1432 HIJRAH / 2 SEPTEMBER 2011 ~~
 Raya tahun ni bagi Opie tak semeriah tahun2 yang sudah. Walaupun seperti tahun2 yang lepas kami sedara mara tetap berkumpul di rumah atuk. 
Mula2 tuh ingatkan Opie je yang feel mcm ni. Tapi bila buka Facebook, Twitter, ngan baca blog. Masing2 update status yang raya tahun ni tak semeriah seperti tahun2 yg sudah dan suram semacam je.
Masa shopping raya aritu feel raya tuh memang meluap2. Tapi start je malam raya mcm bosan semacam. 
  • Dengan ucapan sms dah tak banyak macam dulu2, tahun2 lepas sms ucapan raya sampai inbox full dan sampai tak cukup kredit nak reply balik. Tahun ni...heh..leh dikira dengan jari.
  • Malam raya, kami sepupu sepapat ni, tiba2 leh jadi baik semacam, masing2 duk mengadap depan TV je. Pergh raya dalam sejarah betul. Sebab tahun2 sebelum ni, tak cukup laman rumah kitaorg main mercun n bunga api. Dan ada sekali tuh, PAK POLISI mampir ke rumah dan SOUND DIRECT kat kitaorg jangan main mercun.(nasib badan rumah tepi jalan dan dekat dgn balai polis dan sebelah petronas.)
  • Pagi raya plak..mak aih..kelam kabut semacam je Opie rasa, orang dah balik sembahyang raya pun yang ladies ni masih tak siap2 lagi bersiap dan bersolek. Ada yg belum mandi pun ada. Kalau tahun2 yg lepas tuh, sebelum habis sembahyang raya semua dah cun melecun. Planning nak gi sembahyang raya semua lebur mcm tuh je. hehehehehe

  • Hahaha tahun ni Opie dapat duit raya, tahun lepas tak masuk dalam list pun. Sebab tahun lepas Opie yg bg duit raya.

hmmmm ntah la...makin lama kemeriahan hari raya semakin suram dan kelam. Kenapa?

  • Mungkin sebab masing2 semakin besar dan dewasa jadi semangat raya tuh semakin menurun.

  • Kecanggihan teknologi pada hari ni. Ramai yang suka memerap di rumah melayari internet dari pergi kunjung mengunjung.

  • Ramai kawan2 yg dh kawen dan  beraya dirumah mertua masing2. Nasib baik tahun lepas Opie dan kengkawan beraya sakan. Tahun ni masing2 dah ada life sendiri  ramai yang dah kawen.

  • Kita2 yg lahir thn 80-an dan kebawah ni yang untung dapat merasa kemeriahan hari raya yg real. Budak2 sekarang ni especially yg lahir tahun 2000 ni..hmmm macam tak thrill je diorg kan...

  • Yelah nak ke diorg main mercun yg merbahaya tuh? bunga api yg byk asap dn membuatkan badan berbau asap? baik diorg main gadget2 diorg yg canggih manggih tuh tanpa perlu mengeluarkan walau setitik peluh pun.
hmmmm perubahan zaman, peredaran masa serta kemajuan teknologi mengheret sekali kepada perubahan adat dan budaya. Itulah harga yang perlu kita bayar, dan hakikat yang perlu kita hadapi. Apa yang diakutkan ia terus ditengelami oleh kemajuan dan kecanggihan teknologi.


No comments:

Post a Comment