::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, September 12, 2013

Menganyam RINDU....

:: ASSALAMUALAIKUM W.B.T ::

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, 
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia.. 
Tabahkan hatinya, 
Teguhkan imannya, 
Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya. .
Ya RABBI,
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu, 
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian. .
Ya RABBI,
Ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya, 
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang..


NotaKakiDanTangan:

Aku Mencintainya kerana-Mu,
Aku Bersyukur diatas HidayahMu keatasnya...
Biar orang mempertikai, bagaimana dan siapa...
Apa yang penting HidayahMu membasahi hatinya.
Terima Kasih Ya Allah, Allahuakbar....

Teguhkan Imannya Ya Allah,
Supaya Dia Sentiasa Berada dijalanMu....
Menjadi HambaMu yang Sentiasa Sujud KepadaMu...
Supaya Dia yang akan Membimbingku kejalanMu...
Satukan Kami menuju jalanMu,Ya Allah...

Amin....Ya Rabb...


Tuesday, September 10, 2013

Buat Calon ImamKU....

::ASSALAMUALAIKUM W.B.T::



Buat Calon ImamKU....

Untukmu Calon Imamku yang tertulis di Lauhul Mahfudz..

Aku sedang mempersiapkan diri ,

menata hati supaya kelak menjadi yang terindah bagimu ,

Belajar daripada SITI HAJAR yang dengan sabar dan tanpa

mengeluh menghadapi cubaan ,

Belajar pada SITI KHADIJAH yang setia dan tanpa lelah

menemani Rasulullah dalam perjuangannya .

Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi bahagian utama yang akan terpasangkan olehku kerana aku potongan tulang rusukmu ,

Aku selalu berdoa agar nanti aku menjadi isteri solehah yang setia ,

Dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu keranaNya....

'JEMPUT AKU JIKA WAKTUNYA TIBA'

NotaKakiDanTangan :

Counting days...Weeee