::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, March 13, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA<---- Movie Time

Hari ni, hari ahad, seperti biasa menjadi driver tak bergaji hantar My Dear Sister balik rumah dia. Perancangan hari ni nak tgk wayang, nak tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..hahah dan perancangan telah berjaya.hehehehe

Poster Filem.

Apa yang Opie leh komen pasal Filem ni?
Berapa thumbs up nak bagi? ==Semestinya sepuluh ibu jari tangan dan kaki opie bagi untuk filem ni
Dan Berapa bintang nak bagi ?== Bukan lima bintang atau sepuluh bintang Opie nak bagi kat filem ni tapi semua bintang-bintang yang begermerlapan di langit ketika malam hari nak Opie nak bagi kat filem ni.

Opie dah lah minat cerita2 epik ni. Bila KRU Studios secara amnya dan Yusri KRU secara khasnya berani mengeluarkan dan mengarahkan cerita macam ni tuk Malaysia, perasaan bangga dan syabbass inspektor shahab tuk tenaga produksi. Tahniah KRU Studios apabila mampu membuat cerita yang keluar dari kotak ("Out of box)..kalau tak asyik2 cerita hantu je..tak pun cerita cintan cintun..yang mana cerita tuh buat drama pun boleh lagi nak jadikan filem.

Kalau nak dibandingkan dengan cerita2 Hollywood tu memanglah jauh..Tapi sebagai permulaan untuk berjinak2 untuk buat filem macam ni ,  dengan budget yang dikira celah gigi mat saleh je, tp bg kita rakyat Malaysia dah mahal sngtlah tuh, memang dan sememangnya Filem ini patut diberi pujian. 

Nak komen pasal teknik CGI yang digunakan, tapi tak tahu sebab bukan terer sgt pun pasal2 bda2 tuh. Tapi hopefully next time punya cerita leh lah dipertingkatkan lagi, diperkemaskan lagi. 

NotaKakiDanTangan: Kalau diorg tipu ckp itu cerita bukan Yusri yang direct, mestii leh percaya. So tahniah untuk Yusri, KRU Studios, para pelakon, dan tenaga produksi Hikayat Merong Mahawangsa. 



Saturday, March 12, 2011

A PERFECT GATEWAY hari kejadian @ hari konvo dan malamnya (hari 3 )..

Sambungan lagi kepada cerita yg dah lama..cerita tahun lepas punya..Hari ketiga adalah hari Konvokesyen (1 Disember 2010) nye My Little Sister. Tahniah kepada beliau kerana Diploma sudah berada digenggaman. Walau bermacam dugaan yang beliau hadapi....Layan je lah gambar2 nye..

Minuman dan makanan yang disediakan ketika hari konvo. Tapi time Opie konvo master slot makan2 tak ada. Alasannya, sebab time tuh musin H1N1, so tak nak org kumpul ramai2. Dah lah lapar. Kat kepala dh tergmbr kuih muih yg sedap2, seperti majlis2 konvo sebelum ni. Bila kuar..tak ada..hampa betul

Budak konvo ngan mak ayah dia

Hahaha..gambar tak jadi. Bila balik tgk2 semula gmbr2 time konvo ni. Tak ada pun gmbr Opie n budak ni yg okay.Semua out. Kalau gmbr tak blur, muka yg out, tak ready lah sememeh la...

Budak Konvo ngan keluarga dia

UiTM's products. hehehe Kami tiga beradik adalah keluaran UiTM. hehehe

Tak cukup berjalan semalam, malam nya kami round Putrajaya plak, sebab kawan budak konvo ni datang. Hehehe join sekali diorg round.

Muka yg kepenatan tapi masih tak puas nak berjalan

Posing dengan kereta orang. Sebab tak mampu nak beli kereta ni lagi.

InsyaAllah one day..hehehe



Nak baca apa yang berlaku pada hari2 seterusnya? just click on the title below.


Wednesday, March 9, 2011

A PERFECT GATEWAY hari kedua (malam nye)..

Sambungan cerita lama lagi, hari ke tiga sebelah malamnya, Opie n My Little Sister memang beria ia nak gi I-City Shah Alam. Masa belajar kat Shah Alam, tak de lagi tempat ni. So kami kumpulan jakun ni pun beria-ia nak pergi. Lepas makan malam berdesup ke sana. hehehe... Mak n Ayah n Abg sgt cool n tak jakun. Kami berdua je yg jakun. Kalu boleh semua tempat nak amek gmbr. Padahal, bak kata ayah "lampu je pon...kat Danga Bay pun ada" hahaha ayat yg sgt tidak jakun. "ala itu lain, itu Danga Bay, ini kat Shah Alam" ayat untuk membela kejakunan kami ataupun ayat yg agak glamer sket keterujaan.

Ngan my Lovely Brother.

Abang dan adik saya

Saya yang tiada disitu kerana saya yang mengambil gambar

Hahaha..mula2 dia duduk atas pelantar tuh..sekali penjaga kat situ tiup wisel daa...prittt prittt

Muka keterujaan

Anak yg teruja @ jakun dan ayah yang tak jakun langsung

Like this picture.

Putera yang disumpah menjadi katak lampu.