::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Friday, July 1, 2011

Perlu ke Berterima Kasih?

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Tadi sehari suntuk gi berbelanja bersama-sama my Lovely Mummy. 

Pas tuh bila dah petang..tempat terakhir Opie beli barang my Mummy leh cakap macam ni.

Mummy : Mak tengok asik awak je yang ucap TERIMA KASIH kalau belanja. Patutnya cashier yang cakap TERIMA KASIH kat awak sebab awak beli barang dia.

Opie : Itu memang la. Opie pun patutnya cakap TERIMA KASIH gak kan. Sebab dia dah bagi "service" kat kita. Walaupun kadang2 "cashier" tu muka macam lepas bergaduh ngan laki atau bini dia.

Mummy : Memang lah kita pun kena cakap. Tapi dia yang patutnya cakap dulu baru kita cakap. Sebab itu kan dah kerja dia, dan dia memang dah di bayar tuk bagi "service" kat kita.

Opie : Tak pe lah Mak, kita kan 1 MALAYSIA...kah kah kah....

Mummy : Ada kaitan ke...

Opie : Ntah...kah kah kah kah


Entahlah dari 100 pengalaman Opie berbelanja Opie rasa cuma 20% je cashier akan cakap Terima Kasih dan kebanyakannya adalah cashier Cina. Opie bukanlah racist, tapi dari segi ni, Opie tengok cashier ni susah sangat nak cakap terima kasih. itu satu hal, belum lagi hal yang bila kita masuk kedai tuh, muka masing2 macam baru lepas dapat penampor ngan hantu, pas tu tgk kita mcm "ko ada duit ke nak masuk kedai ni"...kah kah kah.

Lagi ber budi bahasa makcik2 kat pasar malam tau dari budak2 cashier dan pembantu kedai yg kerja duk dalam aircond tuh. Menyampah betul. Bila dah  Opie dah geram sangat, memang kena kutuk gak.

Banyak pengalaman lah...mungkin Opie yang tak bernasib baik kot bila berdepan ngan pembantu kedai dan cashier ni.

Ada sekali tuh, kat KFC, boleh tak kita nak order ni, cashier tuh sibuk duk borak ngan pelanggan kat cashier sebelah. Memang kena sound lah ngan Opie. Opie cakap "nak borak ke nak kerja? , nak borak tuh nanti2 lah" habis sopan nye sound lah tuh.

NotaKakiDanTangan : Bukan susah sangat pun nak cakap TERIMA KASIH dan SENYUM....nasib baik Opie jenis seorang yang sabar dan bertimbang rasa. Kalu tidak, memang dah ramai pembantu kedai dan cashier makan makian Opie....


No comments:

Post a Comment