::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, January 15, 2012

Dugaan yang Merapatkan lagi Ikatan Kekeluargaan.

:: ASSALAMUALAIKUM ::

14 January 2012, Kami sekeluarga telah kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat. Iaitu allahyarham Harun Bin Pabik. Allahyarham adalah Pak Long Opie, husband kepada Mak Long. 

Pak Long pergi genap 2 tahun 1 minggu setelah pemergian arwah Pak Ngah pada 7 January 2010. 

Opie pernah cerita pasal arwah kat entry ni Sehari Sebelum Valentine dan kat entry ni Semoga Pak Long Cepat Sembuh. Pak Long masuk hospital pada 2 Muharam 1433H dan 19 Safar 143H Pak Long menghembuskan nafas yang terakhir. Hampir dua bulan Pak Long sakit dan sehingga hembusan nafas yang terakhir arwah masih tidak sedarkan diri.Allah tidak mahu Pak Long terseksa, kalau arwah sedar mesti dia rasa sakit. 

Tapi apa yang jelas, setiap kali dugaan yang datang untuk kami sekeluarga, semakin merapatkan lagi hubungan dan ikatan kekeluargaan kami. "Siapa lagi, kalau bukan kita adik beradik" kata Pakcik Opie, bila Mak Long mengucapkan ucapan "Terima Kasih" kepada nya. 

Buat Mak Long sekeluarga, sepupu yang Opie sayang Kak Ina, Kiah dan Ierah, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Kami semua sentiasa ada untuk anda semua.

Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah, bangga dengan ahli keluarga sendiri.Masa Opie amek gambar ni ada orang tegur, jangan amek gambar. Tapi... ye ke tak boleh? Habis kalau ada artis atau orang kenamaan yang meninggal ada je gambar kat paper or LIVE kat TV?

NOTAKAKIDANTANGAN :
MATI ITU PASTI. AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment