::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, September 12, 2013

Menganyam RINDU....

:: ASSALAMUALAIKUM W.B.T ::

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, 
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia.. 
Tabahkan hatinya, 
Teguhkan imannya, 
Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya. .
Ya RABBI,
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu, 
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian. .
Ya RABBI,
Ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya, 
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang..


NotaKakiDanTangan:

Aku Mencintainya kerana-Mu,
Aku Bersyukur diatas HidayahMu keatasnya...
Biar orang mempertikai, bagaimana dan siapa...
Apa yang penting HidayahMu membasahi hatinya.
Terima Kasih Ya Allah, Allahuakbar....

Teguhkan Imannya Ya Allah,
Supaya Dia Sentiasa Berada dijalanMu....
Menjadi HambaMu yang Sentiasa Sujud KepadaMu...
Supaya Dia yang akan Membimbingku kejalanMu...
Satukan Kami menuju jalanMu,Ya Allah...

Amin....Ya Rabb...


Tuesday, September 10, 2013

Buat Calon ImamKU....

::ASSALAMUALAIKUM W.B.T::



Buat Calon ImamKU....

Untukmu Calon Imamku yang tertulis di Lauhul Mahfudz..

Aku sedang mempersiapkan diri ,

menata hati supaya kelak menjadi yang terindah bagimu ,

Belajar daripada SITI HAJAR yang dengan sabar dan tanpa

mengeluh menghadapi cubaan ,

Belajar pada SITI KHADIJAH yang setia dan tanpa lelah

menemani Rasulullah dalam perjuangannya .

Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi bahagian utama yang akan terpasangkan olehku kerana aku potongan tulang rusukmu ,

Aku selalu berdoa agar nanti aku menjadi isteri solehah yang setia ,

Dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu keranaNya....

'JEMPUT AKU JIKA WAKTUNYA TIBA'

NotaKakiDanTangan :

Counting days...Weeee

Wednesday, July 10, 2013

Adil Kah?

Salam 1 Ramadhan.

Terlampau lama tidak menaip di blog ni.
Tapi apa yang berlaku dan perkara yang telah diceritakan, membuatkan Opie ingin meluahkan nya di sini.

Perasaan bercampur baur, otak terasa ketat, hati terasa pilu, air mata masih bergenang.

Tidak pernah terpikir kah mereka, dari kata-kata yang dikeluarkan mampu "menjatuhkan" hidup seseorang itu.

Tidak adil rasanya, jika kita menghukum seseorang itu berdasarkan kisah silam dia sebagai seorang yang bukan muslim. dan sekarang ni dia adalah seorang muslim yang memang jelas, telah menjadi seorang "manusia" yang jauh lebih baik dari kita  yang Islam kerana keturunan.

Dan "hukuman" yang di jatuhkan itu sekaligus telah mengHINJAK maruah seseorang....
Begitu rendah Maruah Sebagai Seorang Wanita di Mata dan di mulut mereka.

Tanpa mengetahui cerita sebenar, Maruah seseorang telah "TERGADAI" hanya dengan "hukuman" berdasarkan kisah silam seseorang. Adilkah itu?

MAAF yang dihulur, disambut dengan dada yang lapang.
Alhamdulillah, kesilapan yang dibuat akhirnya diakui.
Tetapi Mampukah dengan perkataan MAAF, maruah yang telah "TERGADAI" itu pulih kembali?






Sunday, January 27, 2013

Opie Telah Kembali...

~~ASSALAMUALAIKUM~~

Berkurun Opie biarkan blog ni tanpa sebarang entry baru.

Bersawang...

Berhabuk...

Kesibukan bekerja di siang hari dan keletihan setelah balik bekerja di waktu malam merupakan faktor penyumbang utama, blog ni terbiar....hehehe

Idea untuk menulis tuh banyak, tapi hehehe penyakit MALAS tuh lagi menguasai diri.

Tapi salah satu azam tahun 2013 ni, nak bagi blog ni kembali bernafas. hehehe.



Gambar masa pergi Melaka heee~~~

NotaKakiDanTangan : 

Masih mencari kekuatan dalaman untuk mencoret dan menaip mengenai Arwah...