Salam 1 Ramadhan.
Terlampau lama tidak menaip di blog ni.
Tapi apa yang berlaku dan perkara yang telah diceritakan, membuatkan Opie ingin meluahkan nya di sini.
Perasaan bercampur baur, otak terasa ketat, hati terasa pilu, air mata masih bergenang.
Tidak pernah terpikir kah mereka, dari kata-kata yang dikeluarkan mampu "menjatuhkan" hidup seseorang itu.
Tidak adil rasanya, jika kita menghukum seseorang itu berdasarkan kisah silam dia sebagai seorang yang bukan muslim. dan sekarang ni dia adalah seorang muslim yang memang jelas, telah menjadi seorang "manusia" yang jauh lebih baik dari kita yang Islam kerana keturunan.
Dan "hukuman" yang di jatuhkan itu sekaligus telah mengHINJAK maruah seseorang....
Begitu rendah Maruah Sebagai Seorang Wanita di Mata dan di mulut mereka.
Tanpa mengetahui cerita sebenar, Maruah seseorang telah "TERGADAI" hanya dengan "hukuman" berdasarkan kisah silam seseorang. Adilkah itu?
MAAF yang dihulur, disambut dengan dada yang lapang.
Alhamdulillah, kesilapan yang dibuat akhirnya diakui.
Tetapi Mampukah dengan perkataan MAAF, maruah yang telah "TERGADAI" itu pulih kembali?
No comments:
Post a Comment