::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Tuesday, August 2, 2011

Saya CINTAKAN Awak....Aishiteru... I LOVE YOU

:: ASSALAMUALAIKUM ::




Minat giler kat lagu ni. Kat laptop, dalam kereta, kat hp, dok replay lagu ni. Wakakakaka

Nak cakap AISHITERU dekat siapa ya?

Itu MR.RIGHT or PRINCE CHARMING masih belum ketemu.

Bak kata member2 Opie

Member : "tak apa Opie, ntah2 dapat Dato' kaya tak hengat, time tuh dah tak hengat kat kitaorang dah"

Opie : "hish mana boleh tak hengat, mesti hengat punyer, sebab korang kena datang rewang"

Member : "kalau kawen dengan dato' mana ada rewang2 dah"

Opie : "kah kah kah...mana ada dato' bujang kat Malaysia ni plus diorang nak yang seksi meksi, aku ni seksa. kakaka"

Member : "ala opie ni aku tau sangat, dia nak anak pak imam2 je...hahahaha"

Opie : "napa plak?"

Member : "yelah baru suci bersih"

Opie : "konpem ke suci bersih?" kah kah kah



I dont want much I just want seorang lelaki yang...ooppppsss RAHSIA.....
Yelah yelah...1 point je leh letak..dia SAYANG Opie.
Tatapan matanya hanya untuk Opie walaupun Angelina Jolie, Megan Fox, Lisa  Surihani yang lalu depan mata....(uweeekkk geli doh nak tulis ayat ni...meremang bulu roma tengkuk ...tapi itulah yang saya cari.)

Monday, August 1, 2011

Aku MERINDUI Mu

:: ASSALAMUALAIKUM ::


RINDU.

Rindu adalah satu anugerah perasaan.

Beberapa individu yang betul-betul saya RINDU ketika ini. 
Sehinggakan ada satu tahap bila bangun pagi, atau bila nak tidur malam,
saya betul2 mengharapkan mereka berada di sisi saya.


Nama wanita ini ialah Ecah.
Opie RINDU sangat beliau.
Opie  kenal dia dah lama dari zaman belajar diploma kat UiTM Kelantan.
Kitaorang jadi rapat bila kami satu rumah masa Opie belajar Master.
Dia sentiasa ada untuk saya bila saya ada benda untuk bercerita.


Wanita ni namanya Zuliya
Kami kenal pun dah lama dari zaman belajar di UiTM Kelantan.
Dari Diploma kami rapat, sebab geng dia dan geng Opie satu kepala.
Bila Opie belajar Master kitaorang satu rumah, dan kitaorang sama2 sampailah Opie habis belajar.
Last semester Opie belajar, Opie satu bilik dengan Zuliya.
Dia seorang GOOD LISTENER. Semua yang berlaku pada Opie masa study Master, dia tahu.
Thanks Zu, sebab sentiasa sudi dengar cerita2 aku yang merepek2. hehehehe


Budak dua orang dalam gambar ni takyah cerita lah. Memang rindu giler.,
Kita orang jadi roomate dari start hari pertama menjejakkan kaki di UiTM Kelantan sampai lah hari terakhir di UiTM Puncak Perdana.
Tinggal Opie je yang solo.
Yang tengah nama dia Atie, yang kanan tuh nama dia Watie. Hari perkahwinan dia Opie pergi. Opie ada cerita kat SINI
Segala susah senang, suka duka semasa belajar memang banyak dengan diorang berdua ni.
Ada yang gelar kitaorang 3 Stoogers. Yelah gi mana2 bertiga.
Kalau kurang sorang mesti jenuh nak menjawab, mana pergi lagi sorang. hehehehe



Masa belajar adalah saat yang paling best bersama kawan2.

Masa belajar kat Kelantan paling happening. 3 tahun kat sana memang pengalaman yang akan sentiasa terpahat diingatan.







Masa kami Part 5. Seminar akademik masa ni. 
Masa ni memang happening.


Nak tengok video hasil dari batch kami "SIPUT"
Sila la klik kat SINI dan kat SINI 



Menjelang Ramadhan

::ASSALAMUALAIKUM::


Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Maksudnya esok dah puasa, malam ni dah start tarawih, dan awal pagi esok dah kena bangun sahur.

Suasana kat rumah ni, dah macam nak raya. Happening giler2.

Semalam hari sabtu, tiba2 je tengah syok tengok hindustan Dilwale Dulhan Hum Le Jayenge (Shah Rukh Khan n Kajol) kitaorang dapat kerja mengejut dari my Uncle. 

Kitaorang ditugaskan untuk mengecat dinding luar rumah. Apakah? kami yang hanya menurut perintah.

Sangat happening, sangat syok, sangat best, bila dapat berkumpul dan bergotong royong macam ni.

Tadi siang plak (Ahad), pagi dah plan menu minum petang dan makan malam merangkap sahur cuma lauk2 seperti biasa. 

Tapi, tengah syok2 layan lagu kat bilik, kita orang dipanggil untuk kerahan tenaga di dapur. Rupanya menu sudah bertukar. 

My Uncle nak buat nasi beriyani. Nasi beriyani untuk makan malam merangkap sahur. Minum petang plak kuew tiao goreng. Jadi bersilat dan berkungfu la kami di dapur. 




Hari Sabtu 30 Julai 2011

Sangat gigih mengecat dan menyapu


Giler rajin budak ni mengecat dinding.



Nampak badan sebelah je. Tapi cukup untuk dijadikan bukti.
Aktiviti mengecat bila dah lepas frust. Nak tau kenapa frust. baca kat SINI




Hari Ahad 31 Julai 2011

Ayam yang menunggu untuk digoreng

Menu makan malam tadi. HEAVEN giler. Menu minum peteng plak kuew tioa goreng dan pisang goreng ngan air sunquick  sejuk.





NotaKakiDanTangan : Macam baru semalam je dok gi beraya ngan kawan2. Sebab tahun lepas memang raya sakan. Dan macam baru minggu lepas je, asik gi masjid Benut gi terawih sensorang. Alhamdulillah pada Yang Maha Esa, kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat Ramadhan pada tahun ini.