::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, April 17, 2011

The Chronicles of SIPUT : GABAN


::ASSALAMUALAIKUM::

The Chronicles of SIPUT : GABAN, apa ni? keh keh keh..macam tajuk filem je. Filem baru ke? Lepas Hikayat Merong, KRU buat filem pasal Siput pulak ke? Siput apa? Siput sedut ke Siput Babi?..hehehe...

keh keh keh memanglah ia tajuk cerita..tapi cerita lama zaman2 Opie study kat UiTM Machang lagi, cerita ni dah keluar. Apa? Tak pernah dengar..memang sah korang ketinggalan zaman. Hehehe. 

Tak de lah main2 je. Tajuk ni adalah berdasarkan video2 lakonan Kami Pelajar Information Management Batch 2002-2005. Kami digelar "SIPUT" oleh our "lovely" lecturer Cik Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi. (Betul ke ejaan ni, zaman study dulu siapa salah eja kena potong markah)..Cik Ezza agak "angker" bagi kami. Dia sangat tegas dalam kelas..tapi sebenarnya boleh buat geng pun. 

Napa dia gelar batch kitorg Siput? sebab dia cakap kitorg ni bergerak lambat. Buat assignment lambat, gi kelas lambat, dalam kelas senyap...tapi...result Gempak...dan kami boleh organize dan handle majlis dengan jayanya. Keh keh keh. Sampai sekarang kitorg gelar kita-kita ni Batch Siput.

Kan kalau setiap kali dinner fakulti, setiap batch atau part kena wat persembahan. Dan kami ni tak suka lah nak memperbodohkan diri sendiri wat persembahan live atas pentas tuh. Jadi kami buatlah video hasil dari lakonan kami sendiri. Bukan acting mcm drama tu. Just image transition je. Tapi siapa sangka..kami lah batch pelopor menghasilkan drama image transition ataupun video persembahan ni.

Kat bawah ni adalah Video kami yang pertama. Masa ni kami di semester dua kot. hehehe zaman muda remaja lagi.


Hah ni gambar kitaorang gi main kat Time Square tuh..kat Cosmic World. Cik Ezza gelar kitorang "Geng Roller Coaster". Dia lah kepalanya...

Ada lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Selangor. Sebelum balik kita singgah enjoy dulu di sini.Yang bertudung hitam tu lah Cik Ezza.

NotaKakiDanTangan: Nantikan sequel yang seterusnya. Tuuunggguuuu













No comments:

Post a Comment