Benarlah apa yang dikatakan oleh setiap orang..Allah menguji hamba-Nya di dalam pelbagai cara...
Tabahkan aku Ya Allah...Tetapkan hatiku untuk menerima setiap dugaan dari Mu dengan Redha....
Aku Redha dengan ketentuan MU...tapi aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari menyoal kenapa dan mengapa ini yang berlaku kepada ku....(Astagfirullah)...
Kecewa dan Sedih...
Apabila kita mengharap dan harapan itu musnah..KECEWA adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan. SEDIH untuk menggambarkan perasaan....Menangisi apa yang berlaku serta mencari kekurangan dan kesalahan diri kenapa ini yang terjadi..Apakah HIKMAH disebalik kejadian dan dugaan yang diberikan....
Dah lama tak menangis(sebab tak suka nangis dan muka hodoh giler kalau nangis)...kali terakhir air mataku tumpah ketika arwah Pak Ngah meninggal dunia setahun yang lalu. Dan hari ni..bangun pagi je dah nangis....dan ketika aku mengetuk Papan Kekunci ini juga, aku masih menangis (12.15 pg)
Terlalu banyak kesedihan pada hari ini.Kekecewaan yang aku sendiri hadapi dan juga kesedihan untuk Pak Long yang menjalani pembedahan jantung..(semoga pak long sembuh seperti sedia kala)..
Need someone shoulder to cry on
No comments:
Post a Comment