::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Monday, March 21, 2011

Sayang nyaaa..

Hari sabtu ari tuh, 19 Mac 2011, bersamaan dengan 15 RabiulAkhir 1432H, BULAN SANGAT CANTIK. Malam tuh Opie n My Dear Sister, keluar nak gi beli burger, dongak ke langit bulan mengambang penuh..cantik sangat. 

Cakap kat adik "canteknya bulan malam ni..mengambang penuh, it's time for the vampires" hehehe..pas tuh cakap lagi "zaman2 sekolah dulu, kalau bulan mcm ni, balk tuisyen tak yah pakai torchlight".. Ingatkan ia satu bulan mengambang yang seperti biasa, tapi rupanya pada malam tuh ia merupakan fenomena yang jarang berlaku. Sayang nyaa tak ambil gambar, padahal dalam hati terdetik nak ambil gambar. huhuhu

Pada malam hari tuh, bulan berada hampir dengan bumi nama saintifiknya PERIGEE ataupun SUPERMOON, di mana kali terkahir ia berlaku pada 18 tahun yang lalu. Di dalam setiap pusingan bulan mengelilingi Bumi, ada masanya bulan berada hampir dengan bumi iaitu PERIGEE, dan ada masanya ia jauh dari bumi iaitu APOGEE. Ini disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat tapi bentuknya elpis iaitu bujur sedikit, oleh yang demikian sepanjang laluan bulan di orbitnya maka jarak nya dengan bumi tidak akan sama.


Sebenarnya, jarak bulan dengan bumi ialah 406,300km, dan pada malam sabtu tempoh hari jarak bulan dan bumi adalah 356,700km. Sebab itulah pada malam tersebut, bulan nampak besar dan sangat terang, ia juga bergantung pada keadaan cuaca, dan pada malam sabtu tempoh hari cuaca sangat baik. Di Benut, bulan memang sangat sangat terang dan cantik. 



NotaKakiDanTangan: Sebelum hari kejadian lagi, orang dah sibuk kat internet pasal Supermoon ni, Opie ada baca cuma tak peka. Huhuhuhu..dan akibatnya, sekali lagi jadi orang ketinggalan zaman...

Sumber: dari pembacaan di wikipedia dan fakta sains. hehehe

No comments:

Post a Comment