::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, March 27, 2011

GIRLS DAY OUT...part 1

hehe..baru je sampai rumah..tapi tak baru sangatlah....dah siap mandi....dah siap kemas semua barang2..letak kembali ditempat asalnya...tapi baru sampai dari mana?...sebenarnya 26hbMarch2011 hari sabtu...Opie ada jemputan majlis perkahwinan BFF (kata org zaman skang) di negeri sembilan. Iaitu Shafawati Binti Kamarudin.(roomate dari zaman diploma sampailah degree..kawan baik suka duka masa belajar)

nak dijadikan cerita...Nak pergi sorang memang konpem tak dpt..kecualilah kalau naik bus. Jadi ajaklah My Dear Little Sister n My BFF Dayu temankan gi N.9.

Perancangan bukan hanya nak menghadiri majlis perkahwinan..tapi baanyaakk sangat projek nak meronggeng. Antaranya:
  • Nak mandi kat Air Terjun Ulu Bendul (sebab dah lama tak mandi)
  • Nak gi Istana Seri Menanti
  • Nak gi pusing2 Bandar Hilir lagi.
  • Nak gi Jonker Walk (sebab tak pernah gi lagi)
  • Nak naik Melaka Cruise (sebab tak pernah naik, n nak rasa ala2 kat oversea..hehehehe)
Di sebabkan kekangan waktu..hanya Istana Seri Menanti dan Jonker Walk aja yang menjadi kenyataan.

Perancangan awal..kami ingat..dari n.9 gi Melaka..dan bermalam di Melaka. Sebab sebelah malam nak gi Jonker Walk..dan esok paginya sambung pusing2 seluruh Melaka...tapi tak dapat kebenaran dari "pihak atasan"...hehehe..

dan sebelum pergi banyak betul wasiat..pesanan...arahan yang telah diberikan oleh "pihak atasan" kami antaranya
  1. Jangan bertolak dari Melaka lepas Asar.( ala kalau balik lepas asar..tak dpt lah gi Jonker Walk..Melaka-->B.P cuma satu jam lebih perjalanan je...) hehehe :P
  2. Jangan bermalam di Melaka (sebab kami semua perempuan)
  3. Jangan nak meronggeng sangat (hahah kelakor sangat ayat ni)
  4. Bawak kereta jangan laju sangat masa kat lebuhraya..silalah baca dialog lakonan semula dibwah ni:
    • Mak "nanti kat lebuhraya jangan bawa laju sangat, ikut hadlaju yg ditetapkan"
    • Ayah "bawak 120-130 je..jangan lebih.."
    • Opie " ala tak laju pun...160-180 je" hahaha (saja nak usik mak n ayah"
    • Mak "jangaaaan"
    • Ayah "ayah risau tayar kereta je..sebab tayar kalau nak problem tak kira..kereta mahal ke murah ke..baru ke lama..kalau tayar pancit...awak bertiga pun lum tentu dapat buka nut tayar"
    • sambung ayah lagi "mungkin ramai yang singgah. nak hulurkan bantuan.sebab tengok semua anak dara yang ada problem..tapi confirm ke semua org baik"
    • Opie " Yelah...baiklah" nada anak yang baik...

Jadinya...ari sabtu kami menuju ke Seremban.Majlis di Senawang. (masa majlis ni kami kecoh betul..mcm kenduri sedara mara je).Dari Senawang kami ikut jalan kampung ke Melaka..melalui Ulu Bendul, Seri Menanti, Kuala Pilah semua tu lah. Singgah di Istana Seri Menanti. Kemudian sampai di Melaka..dan merayap di Jonker Walk. 

Sampai di Batu Pahat agak lewat malam, jadi kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah My Dear Little Sister di Batu Pahat untuk menyambung ronggeng rokiah kami di Batu Pahat plak... sebelum tuh sori to my member iemah..(iemah telefon opie time opie baru bangun pgi n mamai2..jadi opie pun jwb opie ada kat Melaka..padahal ada kat Batu Pahat, bila dh letak telefon..baru terpikir..apa yg opie ckp td..huhu..kepada faizul sorry tak dpt dtg majlis td, tunggu faizul kawen lah baru opie datang ya...)

Bangun2 tdo cek sms..baru perasan rupanya..Opie ada jemputan lagi di Batu Pahat..alang2 ada kat BP ni..ajaklah adik n Dayu gi teman..tapi alamak baju kurung semua mana ada..hehehe bantai pakai baju semalam...gosok semula...calit2 minyak wangi.then jemur bwh sinaran matahari kejap..pas tuh pakai balik..(hehehe ni kes emergency tau..bukan kes anak dara selekeh)...balik dari pengantin..apalagi movie time...hehe pas tuh baru lah pulang ke pangkal jalan...hehehe

NotaKakiDanTangan : Terima Kasih la sudi buang masa baca panjang2 ni..segala gambar akan diletak di entry akan datang. Sebab sepanjang perjalanan ni..kami tak bawa kamera..semua gambar tangkap guna h.phone aja..dan bukannya h.phone opie..jadi amek masa lah nak letak gambar ya...jadi...TUNGGUUUUUUUUUUUU

No comments:

Post a Comment