::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Wednesday, July 20, 2011

Adoiiii la hai.....

::ASSALAMUALAIKUM::

Narrow minded person, makes me feel like,.. "APAKAH?"

Kenapa masih ada individu yang berfikiran sempit. 
Tak delah nak cakap Opie ni berfikiran luas lah sangat. Tak luas mana pun. Pengalaman hidup pun tak seberapa sebab duk memerap kat rumah je.

Tapi pergaulan, menyebabkan opie rasa sesak nafas bila jumpa individu yg mcm ni.

Tapi tak faham, dengan segelintir masyarakat yang masih berfikiran sempit di zaman dunia di hujung jari ni. 

Memanglah pandangan setiap individu itu berlainan. 

Tapi sebelum mengutarakan pendapat tersebut, adakah anda betul betul memahami situasi dan keadaan yang berlaku?

Jangan sampai pandangan yang diberikan hanya akan memburukkan lagi keadaan. 
Orang yang bermasalah semakin bertambah masalahnya.

Narrow Minded person ni tak pandang level of education ataupun peringkat umur. Dia menyerang sesiapa saja. 


Tak semestinya anda orang tua, hidup dah lama, pendapat anda sentiasa betul. 
Dan juga tak semestinya anda anak muda yang terdedah dengan dunia dihujung jari ni, pendapat anda juga sentiasa betul.


Apa yang perlu kita buat, adalah TOLONG, tolong faham keadaan yang dialami. 
Bak kata omputih tu 
"Put Yourself in her/his shoes"

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
Tapi masalahnya, kebanyakan orang yang Narrow Minded ni, dia tak pandang pun apa yang kita "pikul" tuh berat, tapi terus nak jatuhkan hukum dan beri pendapat mengikut suka hati mulut tuk berbicara.

Contoh 1 : ooo patut pun dia mcm tuh...ala sebab dia mcm ni lah dia jd mcm tuh.


Contoh 2: La tak kerja lagi ke? buat apa je kat rumah? tak gi cari kerja ke? kan banyak kerja kosong kat luar tu tak cuba ke mintak?






No comments:

Post a Comment