::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Saturday, July 16, 2011

Hikayat Adam dan Hawa

:: ASSALAMUALAIKUM ::



Ketika Adam bersendirian di dalam syurga, dia merasa amat sunyi dan merindui seseorang teman. 

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui. Ketika Adam a.s sedang memikirkan keadaannya itu, dia tertidur. 

Ketika itu Allah SWT telah mewahyukan kepada Jibril supaya  mencabut salah satu tulang rusuk Adam a.s dan disalutkan dengan daging. 

Seperti orang yang sedang dibius, Adam a.s tidak merasa apa-apa ketika tulangnya dicabut oleh Jibril. 

Dengan kuasa Allah SWT, terciptalah Hawa dari tulang sebagai insan kedua yang menghuni syurga bersama-sama Adam a.s.


Ketika Adam a.s terjaga dari tidurnya, dia melihat seorang wanita jelita di hadapannya dan ingin menghampirinya.

Tiba-tiba terdengar satu suara ghaib : "Wahai Adam !, Tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan akad nikah!".


"Dari segumpal tanah menjadi seketul daging.
Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh.
Adam dan Hawa bersatu di syurga.
Terpisah di dunia.
Walau berabad di jarak waktu.
Dengan izinNya pasti kembali bertemu."



Sumber : "Riwayat Bidadari Syurga oleh Munif Ahmad" 
(Hijjaz Records Publishing)



No comments:

Post a Comment