::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Friday, July 15, 2011

Kenapa tak boleh berhenti SENYUM ni....

::ASSALAMUALAIKUM::


Benarlah apa yang dikatakan. Apabila kita meletakkan Allah dihadapan, dan apabila kita merujuk dan mengadu kepadaNYa. InsyaAllah kita akan berasa tenang.

Di saat Opie menulis ni, hati Opie tenang betul. Dah tak sakit otak, jantung pun dah tak senak. Apabila kita meminta petunjuk daripadaNya. InsyaAllah DIA tidak akan mengecewakan hambanya. 

Rasa LEGA SANGAT2. Sampai rasa nak nangis. Petunjuk yang diberi memang unpredictable sangat tidak dijangka. Bukan melalui MIMPI, atau HALUSINASI atau melalui sesiapa...tetapi hanya dengan satu AYAT yang tiba tiba terlintas di fikiran. Dan segala-galanya terungkai satu persatu. Dan dengan HANYA SATU AYAT ini, Opie tersedar akan ke KHILAFan diri sendiri.

Segalanya adalah berkat daripada beberapa amalan yang perlu dilakukan apabila kita ingin memantapkan hati untuk membuat sesuatu keputusan. Dan membulatkan hati dan kepercayaan hanya kepada Allah S.W.T untuk memberikan kita petunjukNya. InsyaAllah


ALHAMDULILLAH. 

RAHSIA ALLAH TIADA SIAPA YANG TAHU.

PERANCANGAN ALLAH BUAT SETIAP HAMBANYA ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANGAN. 

JIKA ALLAH MENGIZINKAN SESUATU, TIADA YANG MUSTAHIL.




NotaKakiDanTangan :

Buat si gadis cantik manis di dalam gambar di bawah ini. 
Ini bukan pasal LANGKAH BENDUL tuh ya...hahahahaha







2 comments:

  1. Bila kita redha, Allah permudahkan jalan untuk kita. Dengan sendirinya kita akan faham kenapa sesuatu perkara itu terjadi walaupun permulaannya nampak perit. Allah tu maha mengetahui mana yg terbaik utk hambanya dan takkan pernah mahu menyusahkan hambanya..

    ReplyDelete
  2. Betul tuh kak. Memang nampak perit. Tapi bila kita dah rasa nikmat daripada keperitan tuh. Memang tersedar Allah itu Maha Besar.Memang rasa nak nangis, bila tersedar betapa bodohnya diri membiarkan rasa menguasai diri. InsyaAllah.

    ReplyDelete