::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Wednesday, March 25, 2015

Erynna's Holiday Trip (Part 1)


Last week kan Johor cuti hari Isnin sempena Hari Permahkotaan Sultan Johor. Jadi cuti weekend agak panjang sket. 
Bila My Encik You, cakap kat Opie yg dia ajak bercuti and check in hotel. Tapi area Johor je la. It would be a good start for Eyina to stay at hotel. Kira mcm percubaan la. Mula2 Opie happy la...yeaaay...bercuti leh mandi swimming pool, mandi bath tub.
hahaha...tapi bila pikir2 balik. Adalah agak membazir disitu. Hehe. Jadi Opie cakap la kat My Encik You, tak yah la you check in2 ni. Kita stay and relax  kat rumah je.

Pas tu My Encik You jawab, you reti ke relax kalau duduk kat rumah. Tup tup dia dah booking setelah konon2 dia tanya which hotel yg Opie most prefer?.
1) Crystal Crown
2) Double Tree Hilton
3) Thistle.

And of course la Thistle, view yang cantek. Boleh nampak tambak johor dan dataran.


Opie ::Eh you dah booking ke?
My Encik You::Dah la, so siap2..kita check in ptg ni. 
Opie ::Booking je, boleh je kalau nak cancel.
My Encik You :: You bayar cancellation fees. Hahaha
Opie :: Hahaha no thanks. You tak rasa membazir ke?
My Encik You :: 100% nope. To compared with our quality time together. 

Alololo sweet la plak.

So gigih la si isteri mem packing segala keperluan. Mummy and daddy satu luggage and Eyina luggage lain. Haha. Bakul tuk accessories susu lagi. Pam susu, botol susu,.. haha okay masuk hotel 5 star dengan bakul susu.
Nampak tuh bakul hijau tuh la...siap tag harga tak cabut lagi. 4.50hengget

So check out on Sunday morning. On Sunday la ramai VVIP and kerabat yg check in kat Hotel sebab Coronation Day on Monday kan. Tome kitaorg tgh checkout, pihak hotel tgh sibuk bentang carpet merah. Tup tup tgk kat TV bonda DYMM Sultan Ibrahim pun stay kat situ.

Dan lagi satu time check in, sementara tunggu My Encik You parking kereta. Opie ngan Eyina lepak lobby. Ada lah awek nat saleh tu, tegur2 pegang2 tgn Eyina. Dia lepak dgn 3 org mamat mat saleh. Dan rupa rupanya diorg player JDT. haha.

Coyi Eyina...mummy tak kenal diorg. Mummy kenal Safiq Rahim je...hahaha..

Mcm mana boleh tau diorg player JDT?..
Sebab ptg, diorg ada lagi lepak kat lobby. Dan ada bridesmaid bergambar dgn diorg. Opie leh terpikir, ooo maybe mat saleh tu sula tgk bridesmaid tu sbb cantek2 dan baju seragam. hahaha... Tengah2 dok Opie bergmbr dgn Eyina, Anak Sultan Johor yg bongsu tu lalu. Dan gi duduk2 dgn mat saleh tu kat cafe. Hahaha....

Nampak tuh muka terkesima tgk anak sultan lalu. Hehehe...ni baru anak yg bongsu..hahaha

Panjang plak menaip...penat.. meh lah layan gambar si Cim Ton je..





NotaKakiDanTangan::
Masa dengan keluarga adalah sesuatu yang samgat berharga

Bila Sel Otak Berhubung Dengan Urat Kentut.







Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman Bersalin


Kita bermula dengan pengalaman bersalin dulu. Pengalanan mengandung, Alhamdulillah semua dipermudahkan.
Bila dah selamat bersalin, Opie cakap kat My Encik You..."kalau tak disebabkan I sakit round ligament aritu, i tak rasa pun sakit pregnant."

Alhamdulillah, Opie tak mabuk, tak mengidam yang bukan2, tak morning sickness cuma evening sickness je. Tu pun dalam dua minggu je. Muntah semula lepas makan, kalau baby tak suka je kot makanan tuh. Baru lah muntah. Dan the most interesting part is....tak boleh makan ayam...dalam apa jua bentuk masakan. Padahal Opie adalah penggemar tegar
ayam. Bila mengandung boleh jadi penggemar ikan, dan kambing. Hehehe

Kembali ke cerita untuk tajuk utama nya.
Alhamdulillah, perjalanan bersalin juga dipermudahkan.

Tarikh dijangka bersalin adalah 19Nov2014. 5 hari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Hehehe. Tapi Cik Ton selamat dilahirkan pada 13Nov2014.

Pagi 13Nov tuh, Opie masih pergi bekerja.
Padahal masa mandi pagi tu, dah kuar tanda secotet. Cakap dekat My Encik You,  pas tuh tanya, nak gi kerja tak? Opie amek keputusan pergi je lah kerja. Bukan sakit pun. (Dlm pemikiran igtkan tanda akan keluar mcm period). Hahahaha

Sampai kat ofis, gi toilet dalam kul 9. Tanda kuar lagi. Cakap dengan My Encik You, dia tanya ada sakit tak. Memang tak sakit pun, dan dia ajak gi klinik. Yang Opie ni, boleh plak cakap. Tak yah kuar sekarang lah. Lunch nanti lah baru keluar. Lagipun My Encik You tgh meeting dgn GM dan SM. Malas nak kacau. Tapi akhirnya kuar gak dari ofis kul 10pagi.

Dah kuar dari ofis, masih tak buat keputusan nak gi klinik ke nak terus go hospital.
   (1)Kalau gi klinik, akan suh gi spital gak.             Sebab dah keluar tanda.
   (2) Kalau gi klinik, belum tentu doktor.kat         klinik tuh boleh cek jalan.
(3) Kalau gi hospital terus, doktor leh cek              jalan dan takut doktor suh balik.

Adalah dalam 20 minit duduk dalam kereta bincang. Akhirnya ambil keputusan pergi hospital terus. 10.30 sampai kat klinik OnG... kul 12 lebih baru dpt jumpa doktor. Padahal patient dpn Opie cuma sorang je. Dia buat pap smear kot.

Tup tup bila jumpa doktor jalan dah 3cm.
Doktor tanya "ada sakit tak?"...mestilah tak ada. Okay doktor suruh gi labor room untuk buat CTG.Keputusan CTG yg akan menentukan Opie boleh balik rumah atau tinggal.kat hospital.
Alhamdulillah barang Mummy dan baby mmg dah standby dalam kereta sejak 7bulan lagi.

Keputisan CTG, rupanya.Opie dah ada contraction tapi Opie tak rasa. Dan paling best, contraction dah cecah 80 90 tapi Opie tak rasa sakit. Dan sebenarnya Opie tak tahu memulas tuh adalah contraction Mungkin sebab Opie pernah kena sakit perut yg lagi dahsyat dari contraction.

Bila doktor nampak je result contraction tu. Dia suh stay je kat hospital. Bukan warded ya....terus stay dalam labor room.

Tagih simpati kat doktor..
"Doktor saya belum lunch. Dah nak kul dua ni"
" Tak pe nanti kita buatkan milo makan dgn biskut, saya tak nak awak gi mana2 dan saya tak nak awak bersalin kat kedai makan atau pun awak dtg semula hospital bukaan dah 8cm"

Dalam hati...mana kenyang biskut dan milo. Cian kat My Encik Yoy pun lapar. Sebab sementara tunggu turn td...dah berangan nak gi makan nasi ayam sedap kat Taman Mawar. Hehehe...
Cakap kat My Encik You..gi amek mak ngan ayah kat rumah. Seb baik hospital dengan rumah dekat.

Doktor pecahkan air ketuban kul 3ptg kul 5.23ptg. Cik Ton pun selamat dilahirkan.

Nurse, Kak Bidan (sebb muda mak bidannya) doktor asyik offer Opie nak amek epidural ke tak. Macam mana nak amek kalau tak sakit. Hehehe...last2 Opie terima offer diorg tuk sedut gas je. Tak de beza pun sedut dgn tak sedut. Hahaha...lalok je.

Bersalin dgn mekap masih lekat dimuka, hahaha ala2 Che Ta. Kad kerja pakai sampai dalam labor room. Doktor tuh cakap, saya tau awak terkejut kena bersalin hari ni. Tapi pas kerja kena lah bukak ya..hahaha okay kelakar.

Belanja gambar CikTon.



NotaKakiDanTangan:
Nanti sambung lagi cerita ya.



Setahun Berlalu

Hahaha....gelak dulu sket...
Last post adalah 20 January 2014...
Masa taip last entry, punyalah berjanji yang blog ni akan sentiasa diupdate dgn cerita yang tertangguh...

Janji tinggal janji.

Selepas setahun berlalu...
Dah setahun 3 bulan jadi seorang isteri.
Dah 3 bulan menjadi seorang mummy.
Banyak benda nak cerita.
Pengalaman menjadi seorang isteri, Pengalaman mengandung, melahirkan.
Hahaha.... macam macam...

Apa kata kita letak untuk sentiasa update blog ni sebagai salah satu azam atau pun cita-cita untuk tahun ni.

Blog ni Opie anggap secara tidak langsung adalah diari. Untuk Opie bercerita dan berkongsi kisah dan cerita yang tak dapat dilupakan. Yelah sedangkan hard diak dan memori card boleh corrupt apatah lagi memori manusia. Hahaha... Opie rasa, sekarang ni Opie ada short term memori lost. Hahaha..

Sekejap je lupa terus. Contohnya, nanti bila turun nak amek coklat dalam peti ais dgn botol susu baby. Tup tup bila naik semula ke bilik. Terus lupa. Bila nak makan itu coklat dan nak pakai itu botol baru teringat yg semua itu sudah terlupa untuk diambil.

Hehehehe....

Monday, January 20, 2014

Cuba Try Test...

 ...ASSALAMUALAIKUM...


Setelah lama membiarkan blog ni bersawang...hari ni mencuba berblogging menggunakan SmartPhone.

Cuba menggunakan SmartPhone ni selain daripada main candy crush je...hehehe.



NotaKakiDanTangan:
Naseb baik kawen...dapatlah merasa nak pakai SmartPhone ni.Hantaran dari My Encik You....Harap nak beli sendiri tuh..asyik tertangguh je...

Thursday, September 12, 2013

Menganyam RINDU....

:: ASSALAMUALAIKUM W.B.T ::

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, 
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia.. 
Tabahkan hatinya, 
Teguhkan imannya, 
Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya. .
Ya RABBI,
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu, 
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian. .
Ya RABBI,
Ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya, 
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang..


NotaKakiDanTangan:

Aku Mencintainya kerana-Mu,
Aku Bersyukur diatas HidayahMu keatasnya...
Biar orang mempertikai, bagaimana dan siapa...
Apa yang penting HidayahMu membasahi hatinya.
Terima Kasih Ya Allah, Allahuakbar....

Teguhkan Imannya Ya Allah,
Supaya Dia Sentiasa Berada dijalanMu....
Menjadi HambaMu yang Sentiasa Sujud KepadaMu...
Supaya Dia yang akan Membimbingku kejalanMu...
Satukan Kami menuju jalanMu,Ya Allah...

Amin....Ya Rabb...


Tuesday, September 10, 2013

Buat Calon ImamKU....

::ASSALAMUALAIKUM W.B.T::



Buat Calon ImamKU....

Untukmu Calon Imamku yang tertulis di Lauhul Mahfudz..

Aku sedang mempersiapkan diri ,

menata hati supaya kelak menjadi yang terindah bagimu ,

Belajar daripada SITI HAJAR yang dengan sabar dan tanpa

mengeluh menghadapi cubaan ,

Belajar pada SITI KHADIJAH yang setia dan tanpa lelah

menemani Rasulullah dalam perjuangannya .

Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi bahagian utama yang akan terpasangkan olehku kerana aku potongan tulang rusukmu ,

Aku selalu berdoa agar nanti aku menjadi isteri solehah yang setia ,

Dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu keranaNya....

'JEMPUT AKU JIKA WAKTUNYA TIBA'

NotaKakiDanTangan :

Counting days...Weeee

Wednesday, July 10, 2013

Adil Kah?

Salam 1 Ramadhan.

Terlampau lama tidak menaip di blog ni.
Tapi apa yang berlaku dan perkara yang telah diceritakan, membuatkan Opie ingin meluahkan nya di sini.

Perasaan bercampur baur, otak terasa ketat, hati terasa pilu, air mata masih bergenang.

Tidak pernah terpikir kah mereka, dari kata-kata yang dikeluarkan mampu "menjatuhkan" hidup seseorang itu.

Tidak adil rasanya, jika kita menghukum seseorang itu berdasarkan kisah silam dia sebagai seorang yang bukan muslim. dan sekarang ni dia adalah seorang muslim yang memang jelas, telah menjadi seorang "manusia" yang jauh lebih baik dari kita  yang Islam kerana keturunan.

Dan "hukuman" yang di jatuhkan itu sekaligus telah mengHINJAK maruah seseorang....
Begitu rendah Maruah Sebagai Seorang Wanita di Mata dan di mulut mereka.

Tanpa mengetahui cerita sebenar, Maruah seseorang telah "TERGADAI" hanya dengan "hukuman" berdasarkan kisah silam seseorang. Adilkah itu?

MAAF yang dihulur, disambut dengan dada yang lapang.
Alhamdulillah, kesilapan yang dibuat akhirnya diakui.
Tetapi Mampukah dengan perkataan MAAF, maruah yang telah "TERGADAI" itu pulih kembali?






Sunday, January 27, 2013

Opie Telah Kembali...

~~ASSALAMUALAIKUM~~

Berkurun Opie biarkan blog ni tanpa sebarang entry baru.

Bersawang...

Berhabuk...

Kesibukan bekerja di siang hari dan keletihan setelah balik bekerja di waktu malam merupakan faktor penyumbang utama, blog ni terbiar....hehehe

Idea untuk menulis tuh banyak, tapi hehehe penyakit MALAS tuh lagi menguasai diri.

Tapi salah satu azam tahun 2013 ni, nak bagi blog ni kembali bernafas. hehehe.



Gambar masa pergi Melaka heee~~~

NotaKakiDanTangan : 

Masih mencari kekuatan dalaman untuk mencoret dan menaip mengenai Arwah...

Sunday, March 25, 2012

P.A.S.T.I.K.A.N

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Pastikan KAU Dengan AKU
 Jangan Ada CINTA Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu



NotaKakiDanTangan :... SENYUM

Wednesday, February 15, 2012

Takut Kehilangan dan Merasa Sakit.

::ASSALAMUALAIKUM::


Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
 
NotaKakiDanTangan: Sangat lama tidak meng "update" blog sendiri. Samapi terlupa setting2 yg ada. Hehehe, bila update terus nak jiwang. Macam dah lama je tak update benda2 yang feel mcm ni. Hahaha. Ala ni semua pasal tertengok cerita vanila coklat kat TV3 mlm semalam dan lagu yang dimainkan tuk setiap babak tuh best. Ter suka dengan lagu Tentang Rasa....Boleh dengar Kat Sini

Tentang Rasa...

::ASSALAMUALAIKUM::

TENTANG RASA
Nyanyian Oleh : Astrid

Seperti biasa, menjadi orang yang ketinggalan. 
Semalam Opie tertengok drama Vanila Coklat kat TV3. Opie ni kurang tengok drama Melayu. Sebab drama Melayu agak klise, drama Vanila Coklat ni pun klise gak. Semalam dah episod 9, tapi opie first time tgk drama tuh. Sweet la cerita ni, tuk remaja2 yang tgh bercinta. Lagu2 dalam cerita ni best2 dan telinga Opie dah jatuh cinta dengan satu lagu kat dalam cerita ni.

TENTANG RASA
Nyanyian Oleh : Astrid


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

NotaKakiDanTangan : Suka lirik yang mula-mula..."AKU TERSESAT MENUJU HATIMU"


Sunday, January 15, 2012

Dugaan yang Merapatkan lagi Ikatan Kekeluargaan.

:: ASSALAMUALAIKUM ::

14 January 2012, Kami sekeluarga telah kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat. Iaitu allahyarham Harun Bin Pabik. Allahyarham adalah Pak Long Opie, husband kepada Mak Long. 

Pak Long pergi genap 2 tahun 1 minggu setelah pemergian arwah Pak Ngah pada 7 January 2010. 

Opie pernah cerita pasal arwah kat entry ni Sehari Sebelum Valentine dan kat entry ni Semoga Pak Long Cepat Sembuh. Pak Long masuk hospital pada 2 Muharam 1433H dan 19 Safar 143H Pak Long menghembuskan nafas yang terakhir. Hampir dua bulan Pak Long sakit dan sehingga hembusan nafas yang terakhir arwah masih tidak sedarkan diri.Allah tidak mahu Pak Long terseksa, kalau arwah sedar mesti dia rasa sakit. 

Tapi apa yang jelas, setiap kali dugaan yang datang untuk kami sekeluarga, semakin merapatkan lagi hubungan dan ikatan kekeluargaan kami. "Siapa lagi, kalau bukan kita adik beradik" kata Pakcik Opie, bila Mak Long mengucapkan ucapan "Terima Kasih" kepada nya. 

Buat Mak Long sekeluarga, sepupu yang Opie sayang Kak Ina, Kiah dan Ierah, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Kami semua sentiasa ada untuk anda semua.

Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah, bangga dengan ahli keluarga sendiri.Masa Opie amek gambar ni ada orang tegur, jangan amek gambar. Tapi... ye ke tak boleh? Habis kalau ada artis atau orang kenamaan yang meninggal ada je gambar kat paper or LIVE kat TV?

NOTAKAKIDANTANGAN :
MATI ITU PASTI. AL-FATIHAH.

Selamat Hari Jadi untuk Saya.

:: ASSALAMUALAIKUM ::


9 January was birthday. Lambat giler baru update blog pasal birthday. Hari jadi yang ke berapa? jeng jeng jeng...hehehe bukan rahsia, yang tak tahu tuh sila lah bertanya2 dengan org sekeliling yang menegnali Opie.

Birthday tahun ni mcm birthday tahun2 lepas jugak. Cuma tahun ni THANK YOU VERY MUCH to My Dear Little Sister for birthday present and her Encik Boipren sebab belanja makan as pre birthday celebration...hahaha. Next time Kak Opie plak belanja makan2.

Setiap kali sambut birthday, mesti teringat zaman2 study dulu. Setiap birthday kawan2 kita akan sambut. Dan acara calit2 krim, tepung gandum, telur adalah acara wajib yang mmg happening. Especially masa belajar kat UiTM Machang dan duk kat Hostel TAR tingkat 4..kikiki. Taik kelawar main redah je untuk menyelamatkan diri.

Menunggu abang waiter datang amek order

Tengah syok2 posing, abang waiter datang amek order.

Sofi Murni on your left and Sofi Mariam on your right

Two sisters yang gemuks

Most feveret posing. Posing wajib.


Batch 1st makanan yang tiba. Yummy...sebab dah lama tak makan pizza, hmmm dua bulan ada kot.

Posing luar tabiie di kedai makan

Pasta (hmmm pasta ke?) yang diidamkan. Dua tahun mengidam, baru dapat makan.



Yummy...cakap banyak tak guna. Meleleh kot air liur.

Yummy...Lazat. Sila kesat air liur yang meleleh itu.

Birthday cake tak ada. Jom kita potong kek lava cokelat ni je.


Encik Boipren yang gumuks..

Budak yang gedempol in the making.

Sebenarnya nak benda ni sebagai hadiah birthday. Baik giler tau Opie ni, mintak hadiah yang murah2 je. Tapi dapat hadiah yang kat bawah ni. Sebab katanya, benda kat atas ni tak de faedah. Hehehehe. Ingat tak entry  kat bawah ni. http://sofimariam.blogspot.com/2011/03/music-box-atau-kotak-musik.html

Very appreciated. Got it at the right time. Purse yg sedia ada dh tanggal butang. Malas nak gam. hehehehe.




NotaKakiDanTangan:
A BIG BIG BIG THANK YOU to all of you for your kind wishes, supports and thoughts. May Allah Bless You. And I wish all the best wishes in the world for all of you out there.

Sunday, December 11, 2011

Maaf DiTerima

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Patah akibat terpijak....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Budak chomell ni yang pijak...muka bersalah...hehehe...Pas pijak My Dear Little Sister wat VC ngan Opie.. Ayat pertama dari budak kecik ni..."Opie Coyi (Sorry) Cipah pijak"
kikikiki

Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Jadi untuk Alisha Qistina dan Andi Shaqifah Azzahra


hehehe. Peristiwa dah berzaman berlalu, tapi baru nak update kat blog.

Nak cerita  pasal bezday dua orang budak kiut miut ni.

Alisha Qistina Binti Muhammad Anwar
Tarikh Lahir : 30 September 2010


Ni Kek bezday Alisha



Tengah syok2 amek gambar kek bezday Alisha. Tiba2 atuk Alisha cakap kat Opie.(merangkap pakcik opie. Sebab bapa Alisha sepupu Opie)
Pakcik Opie : "Opie, bezday Opie tahun depan buat kek macam ni lah"
Opie : "Hehehe boleh jugak, tapi Opie nak baju kebaya."
Pakcik Opie : "hahaha. boleh jugak. lagi chantek"





Andi Shaqifah Azzahra Binti A.Karim @ Cipah
Tarikh Lahir : 1 October 2008



Kali ni, bezday budak kecik ni sambut kat rumah atuk kitaorg.
Bezday dia ni senang ingat, sebab dia lahir bersamaan 1 Syawal. Bezday 1st year dia, ayah dia celebrate kan pada 1 raya. Pas tu tuk thn selepas tuh amek 1 oct je. hehehe.
Pasal budak kecik ni Opie pernah buat entry khas untuk dia kat SINI.


Cipah ni sepupu Opie, Alisha plak anak sedara sebab ayah Alisha dan Opie adalah sepupu. 


Sunday, October 9, 2011

MOVE LIKE JAGGER vs TA RA RUM PUM (Sama Tapi Tak Serupa part 3)


Sangat malas untuk meng hupdate blog sejak kebelakangan ini. Bukannya busy sangat pun, penat? pun tak lah penat sangat, tak ada masa? ada je masa..cuma MALAS. Tak ada isu menarik yang ingin diketengahkan. Cuma bila terdengar lagu Move Like Jagger ni kat radio terasa nak buat entry pasal lagu ni.

First time dengar lagu ni kat radio HOT FM. Opie ni mmg ketinggalan zaman bab2 lagu baru diradio. Opie rasa lagu ni pun mungkin dah lama berminggu2 kat radio kan. First time dengar lagu ni, dengar intro dia, dalam hati leh cakap "eh HOT FM pasang lagu hindustan la". Sebab sangat2 jarang radio HOT FM pasang lagu hindustan. Tapi rupa2 nya lagu Inggeris la...nasib baik bila dah abis lagu, DJ sebut tajuk lagu dan penyanyi. Apa lagi terus search video ni kat youtube, dan cari lagu hindustan yang sama dengan lagu ni. 

INI PENDAPAT OPIE HASIL DARI PENDENGARAN KEDUA BELAH TELINGA OPIE YANG MASIH BERFUNGSI DENGAN BAIK. Lagu "Move Like Jagger" ni lebih kurang sama dengan lagu dalam filem hindustan "Ta Ra Rum Pum"... nak kepastian dengar sendiri la ya....



Lagu dari Filem Hindustan Ta Ra Rum Pum



Move Like Jagger by Maroon 5 ft Christina Aguilera


Sumber video : Semestinya dari YOUTUBE.


NotaKakiDanTangan : Lepas ni nak buat entry pasal SKANDAL... hahaha tengah sibuk mengarang ayat. Sebab apa? sebab geram dengan orang yang suka ber skandal..padahal masing2 dah ada pasangan masing2....hattuuiihhh... tungguuuuu

 

 

Sunday, September 25, 2011

Putaran Hidup Bertukar 360 darjah,

::ASSALAMUALAIKUM::

Cousin : Kak Opie dah lama tak update blog.
Opie : A'ah, Kak Opie tak ada idea nak buat blog. Otak kosong je.


Sebemarnya ada je masa nak update blog, cuma otak kosong dan tak idea n isu untuk diketengahkan. Boring gak kalau asik nak cerita tentang hati dan perasaan kan?

Bila kerja tempat baru ni, jadual dan rutin seharian Opie memang bertukar 360 darjah. Masa kerja yg dulu pun tak lah mcm ni sekali rutin bertukar. Terenjat segala urat saraf dan tulang temulang.



SEBELUM

SELEPAS




1

©       Kul 2-3 pagi pun belum tidur lagi.


     ©    Kul 9.30 dah tidur. Kalau tengah   "cuti" sembahyang, 8.30 dah tidur.

2

©       6.15 pg bangun sembahyang Subuh dan tidur semula .

©       6.30 pg bangun dan tak tidur semula. Hari Isnin sebab hantar My Little Dear Sister gi kerja.

©       8.00 pagi hari Sabtu sebab nak gi pasar lambak.

©       Masa kerja kat sekolah dulu   kul 6.15 pg bangun untuk sembahyang dan bersiap ke tempat kerja


©    5.30 pagi dah bangun. Ayam pun tak berkokok lagi tau.




3

©       Dapat tidur anytime bila rasa ngantuk.



©      Mestilah tak boleh nak tidur.

4

©      Tempat kerja lama, 7.45 pg baru nak panaskan enjin kereta.



©       6.30 pagi dengan gigih dah ada dalam kereta tuk pergi ke tempat kerja

5

©      Dari rumah ke tempat kerja jalan bercinta 10 minit je. Jalan biasa 5 minit.



©       Jalan kaki dari tempat parking kereta untuk ke ofis, kalau jalan bercinta tuh 20 minit la, kalau jalan biasa2 seploh minit.
6

©       Tempat kerja lama 100 org perempuan baru 5 org lelaki.




©       Environment kerja totally lain. Agak culture syok disini. Environment kerja yg bila dinisbahkan 100:5. (100 org lelaki dan 5 org perempuan)

7

©    Knowledge bertambah tapi masih dalam bidang yang sama.




©       Knowledge juga bertambah dan sangat lain dengat yg pernah dipelajari dan dialami. Tapi knowledge dari zaman study dan kerja sangat2 membantu.


 
NotaKakiDanTangan : Ini aja yang mampu dikongsi, sebenarnya banyak lagi. Bukan mengeluh, tapi berkongsi pengalaman diri sendiri. Saya buka insan yang mudah mengeluh dan tidak akan mengeluh atas apa yg berlaku ke atas diri saya. Saya redha dan ikhlas dengan setiap apa yang berlaku. Kerana percaya bahawa Allah itu Maha Adil dan Berkuasa.