::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Tuesday, May 31, 2011

Kereta ku dirampok oleh perampok

::ASSALAMUALAIKUM::

"Sabar Kak Opie ni PERCUBAAN"....kah kah kah..cute kan ayat ni...cute sebab keluar dari mulut kanak2 berusia 8thn darjah dua...hehehe...kat bawah ni lah budaknya...nama Aqil...Bukan percubaan la Aqil...tapi COBAAN...


Rentetan Peristiwa.
  1. Hari Rabu 25 Mei 2011 Opie turun JB sebab hari Khamis ada interview. 
  2. Rabu n Khamis tuh Opie stay umah my Auntie. 
  3. Lepas asar hari Khamis tuh Opie gerak plak gi rumah my uncle. Plan asal nak lepak satu malam je. Jadi lepas asar hari Jumaat tuh plan nak gerak balik semula gi umah my Auntie. 
  4. Tapi disebabkan ada lagi interview pada hari Isnin jadi Opie buat keputusan nak stay umah my Uncle tuk satu malam lagi...
  5. Jadi Opie stay umah my Uncle dua malam. Malam Jumaat dan Malam Sabtu. Dan plan nak balik semula rumah my Auntie lepas asar hari Sabtu.
  6. Tetapi subuh hari sabtu tuh tepat jam 4.50pg. Satu rumah terbangun disebabkan alarm kereta Opie berbunyi. My Uncle yang tersedar dulu. Pas tu dia kejut my Auntie dan my Auntie kejut Opie. 
  7. Try tekan alarm tak leh nak stop bunyi. Jadi bila tengok keadaan selamat. Kitaorg keluar lah. Opie dah agak dah mesti kereta kena pecah. Perkara pertama yang Opie nampak..bonet kereta terbuka. Sebab tuh alarm kereta leh bunyi.
  8. My Uncle nak check dalam kereta. Masa tuh baru tersedar yang tingkap kereta kena pecah. huhuhu. Bodoh nye perampok. 
  9. Perampok tuh bukak semua laci. Ada my GPS kat dalam laci kereta. Huhuhu. Kat bonet ada satu beg berisi resume dan salinan sijil akademik dan ic Opie n My Little Sister punya. Semua perampok tuh kebas....
  10. Tak tunggu lama...masuk rumah gosok gigi basuh muka..terus gi Balai Polis terdekat tuk buat laporan.
  11. Pas tuh balik rumah semula, semayang subuh gi ke Balai Polis ke dua tuk ambil gambar dan laporan ke dua. Sarjan tuh pemalas, apa ke patut kita yg kena gi Balai Polis dia bawa kereta mangsa..habislah bahan bukti (kono ala2 CSI)...Sepatutnya dia lah yg kena pergi tempat kejadian kan kan kan...
  12. Setle semua kat balai polis balik rumah semula. My Uncle cakap kul seploh kita gi buat cermin kereta. Then tak sampai setengah jam kat kedai cermin semua setle. Tapi budak yg pasang cermin tuh buat kerja tak cermat. Habis calar2 leather kereta. Huhuhu..
  13. Balik rumah...semua setle...lepas semayang Zuhur semua pengsan....
  14. Lepas asar balik semula ke rumah my Auntie...

Sebenarnya hari sabtu tuh macam2 plan Opie n my Little cousin dah planning. Yelah first day diorang cuti sekolah. Nak gi tgk wayang, nak gi karok, nak main2, nak shopping....huhuhhu..Geram betul.. baca kat sini betapa geramnya adik sepupu Opie bila plan yang dah di planning tak menjadi. Tak pe Qilah..next time okay. Bila dah jadi mcm tuh memang tak de mood nak berjalan2...

Nasihat dari Boipren My Little Sister plak..dia suh Opie Sabar, Redha dan Ikhlas diatas dugaan tersebut.


Alhamdulillah..Opie memang orang yg mcm tuh. Opie pegang kata kata "Allah tidak akan menduga seseorang hambanya, jikalau kita tidak mampu untuk menghadapinya"...

Yelah...cuba bayangkan, dalam keadaan Opie yang masih menganggur berdikari ni...tensen sebab rezeki masih tidak hadir.. datang plak dugaan mcm ni...huhu boleh menjadi tekanan hidup tau...

Sedih sangat...tapi Opie redha dan ikhlas...huhuhu....






 Shoutout kat wall FB masing2 selepas kejadian hehehehehe



Terima Kasih kepada my Uncle n my Auntie...jasa anda tidak akan Opie lupakan, akan Opie kenang sampai bila2...
kalau Opie terlupa sila lempang Opie laju2...kah kah kah...



NotaKakiDanTangan:Kepada yang memberi nasihat dan sokongan terima kasih banyak2...Opie hargai nasihat dan sokongan korang semua...

No comments:

Post a Comment