::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Saturday, May 14, 2011

Pengalaman Sering Mematangkan Kita

::ASSALAMUALAIKUM::


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul

Put yourself in her shoes

Cakap senang ar...cuba ko yang rasa....

"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah"

Cuba anda baca situasi yang pernah saya alami kat bawah ni

Situasi 1.

Opie : Dah masuk 3 bulan aku menganggur berdikari ni.
Mereka : Mak aih lamanya. Ko tak bosan ke? Ko wat apa je kat umah? Ko tak apply mana2 ke? Aku tgk byk je kerja kosong kat paper n tenet. Ko tak try ke?

Situasi yang lebih kurang sama 

Opie : Believe it or Not i'm still "menganggur berdikari" kat umah.
Mereka : Napa awak TAK GI CARI KERJA.....

Org gila je yg tak kan apply kerja tapi..orang gila pun tau nak cari kerja tuk makan. Opie bukan anak orang kaya yang tak kerja seumur hidup pun tak pe. Anak orang kaya yg berdedikasi pun bekerja. Memanglah kerja kosong banyak. Opie nye degree bukan free access, yg guna degree tuh semua kerja leh apply. 

Rasa nak nangis bila dgr soalan soalan mcm tuh. Dari tak ada tekanan terus tak leh tidur malam disebabkan soalan2 yg sangat tidak ilmiah itu tekanan.


Situasi 2.

Mereka : Ko kat ne skang Opie? Wat pe skang? keje mana?
Opie : Kat umah je. Jadi suri rumah sepenuh masa dan jadi anak yg baik (mmg ni jwpn standard Opie tuk semua org)
Mereka : Oh yeke. Ko tak try apply company tu? company ni? company sana?company sini?
Opie : Dah. 
Mereka : ooo. Tak bosan ke duk rumah. Kalau aku, tak tahulah. mesti bosan giler. (jwpn Opie dalam hati,ko nak jadi giler pun ada aku kisah--> jawapan yang memang tahap geram gaban...gaban pun tak geram mcm tuh)..


Situasi ni pun leh mendtgkan tekanan dan high blood preasure sbnrnya.


Situasi 3

Mereka : Ko dah keje Pi?
Opie : Lum lagi. Masih kat rumah.
Mereka : Apa?!!! tak kerja lagi? dah nak lama kan? hbs tuh ko tak apply mana2?

Tak yah lah nak terkejut mcm tuh sekali. Terkejut mcm dengar menteri yg sehat walafiat tiba2 meninggal dunia....Memang sakit hati. Apa motif ko wat intonasi terkejut mcm tuh sekali. 

Okay, dia tak ada niat apa2. Opie je yg buruk sangka. 


Untuk situasi seterusnya silalah klik di ---> SINI


NotaKakiDanTangan : Orang sekeliling pandai je bercakap..mentang2 ko dah ada kerja...plak tu tak pernah merasa menganggur berdikari macam aku ni...sedap mulut je cakap aku tak cari kerja...

NotaKakiDanTangan : 
Saya Sofi Mariam hargai setiap nasihat, pandangan, teguran daripada anda semua. Saya ucapka TERIMA KASIH tidak terhingga kerana sudi mengambil berat mengenai saya ini.

Yang baik saya jadikan panduan dalam kehidupan manakala yang buruk (pada pendapat saya) saya akan jadikan pengajaran supaya saya tidak akan menjadi seperti anda di dalam memberi nasihat kepada orang lain.

Sebelum berkata apa-apa cuba fikirkan jika anda berada ditempat mereka.

"Renung2kan dan selamat beramal"


Saya hanya manusia biasa, saya juga mempunyai banyak kelemahan, tapi itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk memberikan nasihat dan pandangan.


P/S ::: Entry ini ditulis...masih sama dengan mood di entry ini --->http://sofimariam.blogspot.com/2011/02/tabahkan-aku-ya-allah.html












2 comments:

  1. salam op, jangan le sedih2. sbb akak ila paham perasaan ko. sob..sob..

    ReplyDelete
  2. salam kak...tu lah...mcm ayat pertama kat atas tuh
    "siapa yg tidak melaluinya tidak akan memahminya" terima kasih kak..op hargai nya

    ReplyDelete