::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Saturday, May 21, 2011

Opie Melekat Di TV

::ASSALAMUALAIKUM::


Opie melekat di TV?
Ala itu pun tak faham...ala2 peribahasa tuh. Bukannya Opie yang melekat di TV . Itu cuma istilah untuk orang yang duk depan TV pas tuh dah tak gheti nak bergerak2...hehehehe...Semalam ari Jumaat..punyalah banyak rancangan yang best kat channel2 TV. Baik channel Malaysia dan juga channel Singapore. 

ASTRO? oooo Opie tak ada ASTRO....Apa? Opie ketinggalan zaman...hahaha..biar ar..tak kisah pun. Tak mengganggu gugat kehidupan Opie pun ASTRO tuh...tak de perasaan pun nak jadi pelanggan ASTRO. dan tak pernah gatal2 mulut suh ayah langgan ASTRO. Orang lain yang gatal2 mulut suh Opie langgan ASTRO adalah. Tak kuasa lah rasanya...channel yang ada pun Opie tak terlayan tengok.

Memang lah kadang2 tuh bosan bila tak de rancangan TV yang menarik. ASTRO pun bukan sentiasa rancangan dia menarik tertarik dan debooom kan?

Eh ni bukan entry nak cerita pasal langgan ASTRO. Jumaat malam (20 Mei 2011)...tiba2 plak semua rancangan TV di saluran yang ada menarik perhatian Opie nak tengok.

  1. Mula-mula macam biasa lah Buletin Utama (tapi tgk sampai 8.30 je) sebab...
  2. Pastu 8.30 sambung tengok NTV7, ada rancangan Amazing Race China Rush. (Amazing Race one of the my favourite TV show included Malaysia's version nye). Sampai 9.30.
  3. Tapi dok gilir2 tgk ngan Channel 5 (saluran TV Singapore)..ada rancangan Parkour (ala dia tunjuk bdk2 yang suka main lompat2 antara satu bangunan ke satu bangunan yang lain).
  4. Pas tuh 9.30- 10.00 tak de rancangan yang best sebab tuk NTV7 dan Channel 5 tengah berita. Tapi duk gilir2 tgk Drama Keranamu Laila kat TV3 ngan Galaksi kat TV9. (tgk drama tv3 tuh sebab perempuan dia cantek la).
  5. Pas tu kul 10.00 tgk The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Walaupun dah 18juta kali Opie tengok cerita ni kat laptop tapi bila kuar TV mesti nak tgk gak. Tapi tgk kat TV wat sakit ati je. Banyak dia potong adegan.
  6. Tukar2 tengok dengan Channel 5. Kat channel 5 ni ada American Idol 2011. Kat Channel 5 ni dia advance satu episode ngan TV8 Malaysia. Malam semalam malam pemilihan ke final two. Meh bagi pecah rahsia sket. Yang dapat ke final two ialah....Scotty Mc Creery (yang suara klasik dolu2 tuh, muka mcm student opie) dan Lauren Alaina. Tapi Opie nye favourite contestant sebenarnya James Durbin. Tapi dia sampai final 4 je.
  7. Pas tu dok berebut channel ngan mak. Mak nak tengok Tanyalah Ustazah TV9...hehehe seb baik tajuk malam tuh tak menarik perhatian beliau.
  8. Pas tu kul 11.00 ada final Survivor:Redemption Island. Straigth dua jam cover dua episod terus. Pemenang nya ialah Rob. Rob ni dah 4 kali masuk survivor dan baru ni dia menang. dia dulu mula2 masuk dulu dia tak menang...tapi dia kawen dengan pemenang survivor Amber. Bercinta dalam survivor..sweet gilor. Pastu couple ni masuk plak amazing race. Tapi tak menang.
  9. Survivor n Prince Caspian habis kul 1 lebih gak. hahaha
  10. Dah habis..pas tuh masuk bilik..sambung main FB...dah habis main FB kul dua lebih...bantai tgk Never Say Never filem Justin Bieber.

NotaKakiDanTangan : Opie kan orang Johor. So semua channel Singapore masih dapat coverage. Dan beberapa channel Indonesia.

Channel TV Singapore 
  1. Channel 5 (banyak filem2 mat saleh best2 tak kira apa event or cuti umum mesti ada. Tak yah tunggu raya)
  2. Channel 8 (banyak cerita cina je kat sini)
  3. Channel U (cover berita, National Geography, documentary)
  4. OKTO (macam TV9...memanjang kartun, ada gak National Geography dan dokumentari...movie2 diseney selalu tayang kat sini)
  5. Suria (Satu satunya channel melayu kat Singapore. Suka tengok realiti show dia Anugerah. Kat realiti show ni lah lahirnya Aliff Aziz. Bila tgk channel ni..baru dapat tahu betapa glamournya Aaron Aziz di Singapore dan juga Suhaila Salam ala..dia ni konon2 nye penampilan istimewa dalam cerita Dua Alam tuh)....
  6. Vasantham (Channel India...suka ari Ahad n Sabtu je...sebab ada cerita Hindustan yang best2)....

Channel TV Indonesia

Channel Indon ni macam berhantu sket..kalau musim hujan n angin kencang sket..semua channel dapat n terang2 mengalahkan channel Malaysia. Biasanya yang dapat Channel SCTV dan RCTI...banyak sinetron2 yang best2...pas tuh leh tgk citer India, Mat saleh, citer Jackie chan yang semua pelakon2 dia pandai cakap Indonesia. Pas tu bangga dapat tengok Upin Ipin ada subtitle Indonesia...hehehehe

Sweet la citer dokumentari Never Say Never tuh.....siapa2 yang tak suka Justin Bieber..silalah tengok itu cerita ya...sebab dari situ terbukti yang Justin Bieber itu sangatlah berbakat.

No comments:

Post a Comment