::ASSALAMUALAIKUM::
Apabila tajuk entry ni diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Letak diri anda di dalam kasut dia. Okay..memanglah tak muat nak letak diri anda yang besar gedabak tu dalam kasut dia. Ini salah satu peribahasa orang Mat Saleh. Kalau peribahasa melayu tu contohnya "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Okay kita bukan nak belajar peribahasa pada hari ini. Cuma nak berkongsi cerita sebenar yang berkaitan dengan peribahasa Mat Saleh ni.
Situasi nya di sini, bila seseorang tuh ada degree (dalam bahasa melayu "Ijazah"). Bila dah ada degree tuh kiranya dah masuk Universiti la kan. Ada degree, tapi masih menganggur (maksudnya tak ada kerja la...duk tanam anggur je kat rumah).
Situasi 4
Mereka : Opie mcm mana sekarang? dah dapat kerja?
Opie : Belum, masih kat rumah.Opie dah boring dah, tiap minggu gi interview. Tapi tak dapat gak kerja.
Opie : Belum, masih kat rumah.Opie dah boring dah, tiap minggu gi interview. Tapi tak dapat gak kerja.
Mereka2 : BELUM LAH tu...InsyaAllah ada tuh, cuma lambat je.
Situasi 5
Opie : Bestnye ko dh kerja.
Dia: Sabarlah Opie. InsyaAllah ada cuma mungkin lambat. Allah nak test ko tu. Doa je banyak2. InsyaAllah Opie.
Opie : Tapi aku rasa mcm dah lambat sangat ni.
Dia : Sabar Opie. Dugaan tuh. Allah nak tengok tahap kesabaran ko tuh.
Masa ni memang dah meleleh dah airmata. Opie yang susah nak kuarkan air mata. Terus jadi cengeng.
Situasi 6
Uncle2 n Auntie2 : Opie dah apply kerja mana2?
Opie : Dah. Tiap2 minggu Opie gi Interview, tapi tak dpt gak.
Uncle2 n Auntie : Bagus2. InsyaAllah ada. Apa yang penting banyakkan doa, sabar dan jangan jemu.
Opie : Ntahlah..Opie kadang2 rasa dah jemu dah.
Uncle2 n Auntie2 : Jangan. Jangan sekali2 rasa jemu. Mintak je.
Terharu sangat. Terima Kasih kerana memahami.
Situasi 7.
Opie : Ada kawan Opie kan, tak sampai seminggu kontrak dia hbs. dia dapat kerja lain.Tapi bukan kerja mcm Opie lah.
Emak : Jalan rezeki Allah tuk hambaNya lain2.
Opie : Ada kawan Opie tuh, apply kerja ikut internet je terus dapat kerja. Dia tak macam Opie pun gi sana gi sini hantar resume. Sebab Opie fikir, kalau tak ada usaha mcm mana nak dapat hasilnya.
Emak : Belum. Allah belum nak bagi.
Ayah : Dia nak suh awak duk umah je berehat.
Opie : Ada kawan Opie tuh....(tak habis cakap lagi)
Emak : Dah..tak yah cakap lagi...Tak yah merungut. Banyakkan doa, sabar.InsyaAllah ada. Jalan rezeki awak mcm tuh. Jalan rezeki kawan2 awak mcm tuh. Jangan ckp mcm tuh, nanti dah lain jadinya. Takut nanti bunyinya mcm awak mempertikaikan ketentuan Allah tuk awak.
Opie :....tapi...(tak terkata, nak nangis tapi tahan. Masuk bilik je..huwaaaa..)
NotaKakiDanTangan :
Saya Sofi Mariam hargai setiap nasihat, pandangan, teguran daripada anda semua. Saya ucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga kerana sudi mengambil berat mengenai saya ini..
Yang baik saya jadikan panduan dalam kehidupan manakala yang buruk (pada pendapat saya) saya akan jadikan pengajaran supaya saya tidak akan menjadi seperti anda di dalam memberi nasihat kepada orang lain.
Sebelum berkata apa-apa cuba fikirkan jika anda berada ditempat mereka.
"Renung2kan dan selamat beramal"
Saya hanya manusia biasa, saya juga mempunyai banyak kelemahan, tapi itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk memberikan nasihat dan pandangan.
No comments:
Post a Comment