::ASSALAMUALAIKUM:
Malam Khamis Punya Mimpi (5hb Mei 2011)
Suasana ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA...suasana sebiji macam kat dalam cerita Puteri Gunung Ledang tuh...ala yang Datin Seri Tiara Jacquelina dan M.Nasir berlakon tuh....sebijik.... Istana yang tersergam indah bila di lihat dari luar, bila masuk dalam plak..(dalam mimpi tuh Opie masuk Istana Melaka tau)..ukiran2 yg terdapat pada dinding dan tiang2 sangat cantik...hiasan yg mewah...dari emas dan tembaga..
Hulubalang2 (kalau zaman skang panggil pak guard) yg segak berpakaian bak pahlawan siap dengan tombak dan keris segala bagai. Setia berada disetiap penjuru pintu dan tingkap istanan.Dayang2 istana yg cun melecun. Dengan busana yg sangat cantek...Opie pun tak tahu mcm mana Opie boleh ada dalam istana Melaka tuh...tiba2 je ada dalam istana...namapun mimpi kan...
Pas tuh Opie nampak sayup2 dari jauh Sultan dan Permaisuri Melaka gah duduk di atas singgahsana dengan persalinan serba kuning. Semakin hampir Opie dengan mereka..semakin tampak jelas begitu indah busana songket mereka...cantek yg sukar digambar dengan kata-kata. Dan Opie berjalan semakin menghampiri mereka...dan bila dah dekat dengan mereka...bila dah start borak dengan diorang (gila tak gila...dalam mimpi tuh Opie borak mcm member dengan Sultan dan Permaisuri Melaka)...semakin jelas wajah mereka...
aik tak hensem pun sultan melaka ni....aik napa macam kenal...muka permaisuri pun macam kenal...sah memang kenal...muka Sultan sebiji muka ADLIN AMAN RAMLI...Permaisuri plak...sebiji muka NORISH KARMAN...dua pelakon yg berbakat dalam industri lakon di Malaysia pada zaman sekarang...tapi Opie je tak berapa nak minat diorg...kah kah kah kah gila spoil punya muka Sultan dan Permaisuri....
Baik2 MIMPI INDAH....bila muka Sultan dan Permaisuri jelas kelihatan....terus jadi MIMPI NGERI...bongok betul..mcm mana diorg leh masuk mimpi...tak de plak Opie terbaca atau ter tgk lakonan diorg...kah kah kah....
NotaKakiDanTangan:...Opie mimpi zaman kesultanan Melayu Melaka masa zaman Hang Tuah tau...Opie tak tahu mcm Opie tau itu zaman Hang Tuah...tp dalam mimpi tu ada ckp...cumanya..dalam mimpi tuh Opie tak ada jumpa Hang Tuah...kalau jumpa Opie nak tanya...Hang Tuah ni sebenarnya orang mana?..sebab Opie baca kat Mastika..Lima Hang bersaudara asal dari Kedah. Jangan Hang Tuah pun muka M.Nasir sudah....
Malam Jumaat Punya Mimpi (6hb Mei 2011)
Opie mimpi Opie kahwin dengan seseorang yang Opie suka dalam diam.(lebih kurang lah...suka je bukan CINTA tau...lain tau..)Opie mimpi yang kitaorg kahwin, mcm mana leh kahwin pun Opie tak tau..tiba2 je dia dah jadi suami Opie dalam mimpi tu. Giler best kan bila kita mimpi orang yang kita suka. Memang mimpi indah.
Pas tuh dalam mimpi tuh gak Opie leh nampak dengan jelas, yang lepas je nikah dia terus kena gi outstation, seminggu pas tuh baru dia balik rumah. Apa yg tak best lepas dia gi outstation, dia balik rumah, dia cakap kat Opie yang dia dah bincang ngan mak dia...yg lepas setahun dia kawen dengan Opie...dia akan ceraikan Opie...(boleh plak dia tak bincang dengan Opie, dia gi bincang dengan mak dia. Ko kawen dengan mak ko lah mcm tuh, Igt aku barang ke hapa) hahaha emo plak..mimpi je pun..tapi opie dalam mimpi tuh leh cool je dengar.
Gila bodoh punya mimpi...mula2 dah memang lena di buai mimpi indah...tup2 jadi mimpi ngeri. Dalam mimpi tuh gak, gila jelas, Opie duk tanya dia kenapa? tapi tak clear plak apa jwpn dia. Bongok punya mimpi. Seb baik Opie tak nangis2 dalam mimpi tuh. Terus terjaga, sebab dengar azan subuh.
Bestlah kalau mimpi yg best itu menjadi kenyataan...keh keh keh (gelak gatal)...*sigh*
"Ku Ingin Menjadi Mimpi Indah Dalam Tidurmu"
NotaKakiDanTangan: Cerita kat My Dear Sister pasal mimpi ke dua tuh..dia leh cakap..."tu lah mimpi akibat dari langgar lari Ular Senduk"...apakah...terlanggar ular senduk itu..dah cukup menyeramkan dan rasa berdosa...bila mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri..wahhh lagi seraaammm...Nauzubillah Min Zalik....
"MIMPI MAINAN TIDUR"
situs resmi terpercaya KRISTALQQ memberikan bonus kemenangan ratusan juta rupiah setiap hari
ReplyDelete