::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Friday, July 29, 2011

Berbicara pasal CINTA

::ASSALAMUALAIKUM::


Pas tengok bola perlawanan antara Malaysia dan Singapura, tak tahu nak buat apa.
Nak tengok TV tak der citer best, nak temgok movie pun malas.

On internet, buka laptop, buka Facebook, tiba tiba blank n blur. 

"Apa aku nak buat dengan Facebook ni?"

Akhirnya dok tekan "OLDER POST"

Terjumpa "ShoutOut" yang pernah Opie tulis kat Wall Facebook pasal CINTA.

Sebenarnya Opie tulis lirik lagu je. 
(sebab masa tuh tengah dengar lagu Arwah Achik dan Nana)

Tapi komen2 yang diberi agak menarik.

Tarikh masa Opie tulis "Shoutout" ni adalah : 20 April 2010, jam 10:17pm.



Yang Opie letak kaler merah tu, komen yang terpilih  hehehe....Komen2 lain pun best2.






Wednesday, July 27, 2011

Tentang Dia part 3 ....

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Ada gak yang sudi baca blog ni. Bila tulis Tentang Dia je...trafik naik mendadak. Hahahaha.

Bila Opie tulis pasal Tentang Dia part 1 dan Part 2. (kalau nak baca klik je)  Ramai yang dok tanya siapakah gerangannya. Jawapan Opie BIARLAH RAHSIA....(kah kah kah....jawapan standard, jawab pun bukan korang kenal)

Siap ada beberapa statement dari kawan-kawan yang sangat tak boleh blah....kah kah kah.

Member : Surprise seh Opie. Kau kan sukar untuk didekati oleh kaum Adam.
Opie : Ala bukan tak ada, aku je malas nak kepoh2...(hahaha statement yang sangat riak). Kali ni je rasa nak kepoh sket. kah kah kah. Sebab dah ada blog kan. So tulis kat blog lah.

Beberapa komen dari teman teman yang menghentam kaum Adam tersebut tanpa mengetahui siapa beliau sebenar.

  • Dia kenapa P? demam kepialu? 
  • Dia keling ke P?
  • Ko dah kenapa P, kenapa ko layan? (eh eh aku plak, ni cerita dalam kain...nak tau meh tel aku, aku explain kenapa. Tapi tak perlu la.)
  • Ada lagi makhluk mcm ni P? Ni kan makhluk zaman pra sejarah. Skangkan zaman tekno. (uit statement sangat tak boleh blah) ---> ni statement dari kaum Adam tau.
  • Mana ko kenal makhluk pra sejarah ni? (hahahaha...sangat tak boleh blah nyer statement.)
* Tapi ada beberapa statement yang terpaksa ditapis. Sekarang zaman saman menyaman. Kalau Opie kena saman, mana ada duit nak bayar. 

Ini kenyataan balas Opie kat diorang (pergh macam MELODI plak.)
  • Korang ni...janganlah main hentam je. Apa yang Opie tulis kat blog ni. General je la. Papehal pun Opie hormat korang punyer pendapat.
  • He deserved a better better person than me.
  • Opie yang kenal, opie tau  dia macam mana. Dia okay, dia baik, dia anak mak, bertanggungjawab (sebab dia anak mak, biasanya anak mak ni ada ciri2 ni), dia tak berkira...ada lagi la..tapi tak perlu lah nak tulis banyak2 kan.
  • Dia okay , dia baik , mungkin dia tak jumpa lagi SOUL MATE dia. (positive statement okay)
  • Dia okay , cuma mungkin dia ada SPLIT PERSONALITY. hahaha (statement orang baik)
  • Dia okay , baik pun baik. Mungkin dia ada penyakit STRESS and MOOD SWING yang kritikal kot. (lagi sekali statement org baik).
  • Jadi dia kena cari orang yang 10 kali ganda baik hati dari Opie. Opie memang BAIK HATI dan PENYABAR. Tapi 1/10 je kot. Hahahahaha. Jadi Opie tak cukup baik kat mata dia. (lagi sekali statement org baik)
  • Ditambah plak Opie ni TAK BERKERJAYA.
  • Instinct orang beriman macam aku ni selalu betul. (pergh lagi sekali statement yang sangat riak).
  • Ko macam tak kenal aku macam mana kan?. 
  • Tak rasa sakit hati pun. Rasa kelakar ada lah. Macam cerita budak2 sekolah plak.
  • No hard feeling.(tak ada langsung). Seperti yang dijangka dari awal.









Monday, July 25, 2011

"LOVE IS JUST A WORD UNTIL IT IS PROVEN TO YOU" (Tentang Dia part 2 ....)

::ASSALAMUALAIKUM::

Tentang Dia.

Hari ini, genap sebulan setelah Opie menulis Tentang Dia part 1.


Lelaki selalu cakap yang wanita sukar untuk difahami dan sangat  "complicated"

Eleh macam lah korang tuh straight sangat, tak complicated bagai.

Masa nak kat kita beria, bila dah dapat macam hampeh. 
Dah lah cakap macam keling. Mula mula cakap lain, pas tuh cakap lain. (keling pun confused)

Pas tuh feel macam tak pernah cakap semua benda yang pernah dicakapkan dulu.
Apakah?

Pas tuh tak gheti rasa bertanggungjawab atas setiap patah perkataan yang pernah diucap.  
Lagi Apakah kan?

Pas tuh bila kita nak sedarkan dia semula, dia plak yang melenting lebih.  
Pas tuh nak salahkan kita balik.
Kita tak pernah plak bercakap atau mengatakan itu dan ini.
Dah kenapa?

Pas tuh cara cakap, macam kita plak yang beria ia nak kat dia dulu.  
Waaa...Lagi Dah kenapa?


Tiba tiba bila diimbas kembali terasa macam Opie ni dijadikan tempat pelarian dari masalah plak.
Dijadikan sebab untuk lepas dari masalah lain.  
Apakah?


Correct me if i am wrong. 
If you love someone, u’r willing to do anything right? 
Tak delah sampai lautan api sanggup kurenangi tu segala bagai. 

Just show ur effort that u r really love her. 
That’s it. It so sweet okay.

Kau yang nak kan, tunjuk la betul2 yang kau nak. 
Jadi si wanita pun tak lah rasa konpius, rasa ragu ragu, rasa malu malu, nak balas balik perasaan kau tuh. 
Ha lah...itu pun nak kena ajar ke? Kata dah matang sangat.
Kalau setakat nak try, test, cuba2, baik tak yah. 




"TERIMA KASIH"  
KERANA MENJADI SEBAHAGIAN DARI HIDUP SAYA UNTUK BEBERAPA BULAN INI. 
* saya seronok kawan dengan awak * 


* kita lagi okay berkawan biasa la *


*apa yang awak perlu tahu saya IKHLAS kawan dengan awak* 
(betul IKHLAS, tak tipu punyer)









Sesungguhnya rasa SAYANG dan CINTA tidak mudah hadir dalam HATI INI untuk seorang insan yang bernama LELAKI bagi perhubungan yang bergelar lebih dari sekadar teman biasa.









NotaKakiDanTangan : 
  • Kang bila buat statement "lelaki tak boleh pakai" ada plak yg melenting. 
  • Tapi bila ada insan2 yg mcm ni lah makin membuktikan yang lelaki memang hampeh. ooopppssss.... So jangan asik nak salahkan wanita je.
  • Wanita akan jadi hampeh kat lelaki tu, bila lelaki tu pun hampeh gak. Tak semua wanita akan tunduk dengan perbuatan lelaki tau.







Wednesday, July 20, 2011

Adoiiii la hai.....

::ASSALAMUALAIKUM::

Narrow minded person, makes me feel like,.. "APAKAH?"

Kenapa masih ada individu yang berfikiran sempit. 
Tak delah nak cakap Opie ni berfikiran luas lah sangat. Tak luas mana pun. Pengalaman hidup pun tak seberapa sebab duk memerap kat rumah je.

Tapi pergaulan, menyebabkan opie rasa sesak nafas bila jumpa individu yg mcm ni.

Tapi tak faham, dengan segelintir masyarakat yang masih berfikiran sempit di zaman dunia di hujung jari ni. 

Memanglah pandangan setiap individu itu berlainan. 

Tapi sebelum mengutarakan pendapat tersebut, adakah anda betul betul memahami situasi dan keadaan yang berlaku?

Jangan sampai pandangan yang diberikan hanya akan memburukkan lagi keadaan. 
Orang yang bermasalah semakin bertambah masalahnya.

Narrow Minded person ni tak pandang level of education ataupun peringkat umur. Dia menyerang sesiapa saja. 


Tak semestinya anda orang tua, hidup dah lama, pendapat anda sentiasa betul. 
Dan juga tak semestinya anda anak muda yang terdedah dengan dunia dihujung jari ni, pendapat anda juga sentiasa betul.


Apa yang perlu kita buat, adalah TOLONG, tolong faham keadaan yang dialami. 
Bak kata omputih tu 
"Put Yourself in her/his shoes"

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
Tapi masalahnya, kebanyakan orang yang Narrow Minded ni, dia tak pandang pun apa yang kita "pikul" tuh berat, tapi terus nak jatuhkan hukum dan beri pendapat mengikut suka hati mulut tuk berbicara.

Contoh 1 : ooo patut pun dia mcm tuh...ala sebab dia mcm ni lah dia jd mcm tuh.


Contoh 2: La tak kerja lagi ke? buat apa je kat rumah? tak gi cari kerja ke? kan banyak kerja kosong kat luar tu tak cuba ke mintak?






Saturday, July 16, 2011

Hikayat Adam dan Hawa

:: ASSALAMUALAIKUM ::



Ketika Adam bersendirian di dalam syurga, dia merasa amat sunyi dan merindui seseorang teman. 

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui. Ketika Adam a.s sedang memikirkan keadaannya itu, dia tertidur. 

Ketika itu Allah SWT telah mewahyukan kepada Jibril supaya  mencabut salah satu tulang rusuk Adam a.s dan disalutkan dengan daging. 

Seperti orang yang sedang dibius, Adam a.s tidak merasa apa-apa ketika tulangnya dicabut oleh Jibril. 

Dengan kuasa Allah SWT, terciptalah Hawa dari tulang sebagai insan kedua yang menghuni syurga bersama-sama Adam a.s.


Ketika Adam a.s terjaga dari tidurnya, dia melihat seorang wanita jelita di hadapannya dan ingin menghampirinya.

Tiba-tiba terdengar satu suara ghaib : "Wahai Adam !, Tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan akad nikah!".


"Dari segumpal tanah menjadi seketul daging.
Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh.
Adam dan Hawa bersatu di syurga.
Terpisah di dunia.
Walau berabad di jarak waktu.
Dengan izinNya pasti kembali bertemu."



Sumber : "Riwayat Bidadari Syurga oleh Munif Ahmad" 
(Hijjaz Records Publishing)



Friday, July 15, 2011

Kenapa tak boleh berhenti SENYUM ni....

::ASSALAMUALAIKUM::


Benarlah apa yang dikatakan. Apabila kita meletakkan Allah dihadapan, dan apabila kita merujuk dan mengadu kepadaNYa. InsyaAllah kita akan berasa tenang.

Di saat Opie menulis ni, hati Opie tenang betul. Dah tak sakit otak, jantung pun dah tak senak. Apabila kita meminta petunjuk daripadaNya. InsyaAllah DIA tidak akan mengecewakan hambanya. 

Rasa LEGA SANGAT2. Sampai rasa nak nangis. Petunjuk yang diberi memang unpredictable sangat tidak dijangka. Bukan melalui MIMPI, atau HALUSINASI atau melalui sesiapa...tetapi hanya dengan satu AYAT yang tiba tiba terlintas di fikiran. Dan segala-galanya terungkai satu persatu. Dan dengan HANYA SATU AYAT ini, Opie tersedar akan ke KHILAFan diri sendiri.

Segalanya adalah berkat daripada beberapa amalan yang perlu dilakukan apabila kita ingin memantapkan hati untuk membuat sesuatu keputusan. Dan membulatkan hati dan kepercayaan hanya kepada Allah S.W.T untuk memberikan kita petunjukNya. InsyaAllah


ALHAMDULILLAH. 

RAHSIA ALLAH TIADA SIAPA YANG TAHU.

PERANCANGAN ALLAH BUAT SETIAP HAMBANYA ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANGAN. 

JIKA ALLAH MENGIZINKAN SESUATU, TIADA YANG MUSTAHIL.




NotaKakiDanTangan :

Buat si gadis cantik manis di dalam gambar di bawah ini. 
Ini bukan pasal LANGKAH BENDUL tuh ya...hahahahaha







Thursday, July 14, 2011

Opie dah lupa ingatan?


::ASSALAMUALAIKUM::


Sedang berjalan disatu tempat disekitar Benut. Opie ternampak ada dua jejaka diatas motor masing2 sedang berbual, dan OPie terus berjalan melintasi mereka sebab destinasi yang Opie nak pergi tuh memang kena lalu depan diorang dah tak ada jalan lain dah, tiba-tiba salah seorang dari mereka menegur Opie

Jejaka A : Eh...hai Sofi kan...

Opie : Ya saya....Sorry...siapa ya?

Jejaka A : Ek eleh...ko dah tak kenal aku ya...sombong seh.

Opie : Serius, siapa ya.

Jejaka : Aku la (dia sebut nama, tapi Opie dah tak ingat siapa nama dia). Jap2 aku bukak helmet, kot2 ko tak cam sebab aku pakai helmet.

Opie : hehehe. Dulu kelas mana? SPM tahun bila?

Jejaka A : SPM ntah tahun bila ya..2000 brapa ntah. Oooo yelah. Mentang2 lah aku kelas belakang, ko dah tak kenal aku la. Aku kelas Ibnu ____ (lagi sekali Opie tak ingat nama kelas yang dia sebut). Dah bukak helmet pun tak cam lagi ke?

Opie : Ek eleh, mana ada..sama je lah. Tapi, awak salah orang kot. 

Jejaka A : Yelah ko, Sofi kan?
Jejaka B : Yelah, Sofi kan? ooo mentang2 dah CUN skang, kitaorang pun dah tak ingat.

Eh eh budak2 ni dah lah salah orang nak sound2 plak...

Opie : Eh eh, ke situ plak. Sorry sangat2. Sofi lain kot.

Jejaka-jejaka : Yelah kot. Sorry la ya. Tapi dulu budak SMB kan?

Opie : Ya, memang budak SMB pun. Hmm takpelah, saya nak cepat ni. Sorry ya.

Pas tu Opie terdengar yg Jejaka A tuh ckp kat Jejaka B,

Jejaka A : "Serius weh, itu Sofi kan?"
Jejaka B : "yelah siapa lagi?" 

Lantak korang la kat situ. Dah sah2 tahun SPM kita je dah lain tahun. Wakakakaka

*** Tapi dalam hati memang sah budak ni salah orang, bukan Opie yang lupa ingatan. Sebab zaman Opie sekolah, setiap kelas tak guna nama Ibnu2 ni, zaman Opie sekolah setiap kelas masih guna Setia, Azam, Amanah dan segala yang seangkatan nya tuh.

***Memang Opie budak SMB pun, kalau Opie tak kenal nama pun, tapi InsyaAllah OPie cam muka budak2 yang satu batch dengan Opie, tak kisah lah dia kelas depan atau kelas belakang.

*** Pas tu, apa kena mengena dengan bila dah CUN pas tuh dah tak ingat orang?. Apakah?

*** Dapat bayangkan muka Opie yang blur habis sebab nak perah ingatan, nak ingat siapa budak2 ni.

*** Apa yang best, sebab mesti Opie nampak muda kan? hahaha..sebab paling tidak pun budak2 yang tegur Opie tuh mudah 3 tahun dari Opie. Bila nama kelas bertukar dari Azam, Setia ke Ibnu2 ni, Opie dah lama habis sekolah. Wakakakaka...senyum kambing.

*** Kalau nak cakap kawan2 adik Opie, lagilah tak mungkin. Sebab adik Opie tak sekolah kat SMB.

*** Tapi budak2 tuh muka giler yakin masa tegur tuh, siap leh sound2 Opie lagi. Hehehehehe. Dah tuh siap turun dari motor dan buka helmet nak suh Opie cam diorang.




Tuesday, July 12, 2011

Sister Days Ronggeng.

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Setelah BANYAK kali kansel, tangguh, akhirnya setelah 3 bulan lebih, dapat gak kuar meronggeng ngan My  Lovely Little Sister. Kitaorg last kuar yang betul2 meronggeng time pergi Seremban tuh...akhir bulan 3. Last tengok wayang plak, tengok cerita The Battle of Los Angeles. Huhuhu giler bosan kan?...apa nak buat.

Kali ni Opie gi Batu Pahat tidur rumah Adik, kitaorang plan nak tengok Transformers : Dark Of The Moon midnight. Hehehehe.

Jadi sabtu lepas 9 Julai 2011, Opie pick up My Sister dari kerja, then kitaorg terus gi pasar malam Pesta kat Batu Pahat tu. (Pesta la sangat) tapi heaven la  makanan yang dijual kat situ. Kat sini beli makanan macam nak isi perut seploh orang makan. Macam feel bulan puasa plak. Seb baik kitaorg cepat bertaubat. Hahahaha.


Sampai umah adik, terus melantak makan, pas tuh Opie kemas bilik beliau yang mengalahkan "reban ayam"...reban ayam n kotai bangla pun kemas.


Kul seploh kitaorg kuar la. Then kitaorg amek tiket wayang kul 11.45mlm. Hehehe balik kat kul 3. Ingat nak lepak McD tapi mata dah kuyu, perut dah kenyang dan bantal serta tilam telah memanggil2. So terus balik tidur.


Keesokan harinya, disebabkan semua "tengah cuti sembahyang" so terbongkang sampai kul 11pg baru bangun. Tambahan plak tak ada my Lovely Mummy yang kejut suh bangun pagi. Bangun2 pagi bukan terus mandi. Kitaorang gi layan plak KL GANGSTER dan KARAK kat YOUTUBE. kul 2.15 baru terhegeh2 nak mandi. Sebab kul 3 nak kuar gi beli barang2 tuk BBQ.


Disebabkan Batu Pahat tak de tempat yang sangat best tuk meronggeng. Kitaorang pun buat plan nak gi BBQ kat Pantai Minyak Beku. hehehehe. Jadi apa lagi BBQ la. 3 orang pun jadilah.


Tiket Wayang Kami
My Dear Sister with the tickets
Sofi Mariam dan Sofi Murni


Pipi saya kelihatan sangat tembam di situ ya.

Gaya silang kaki, lenguh kaki nak buat gaya ni.

Gaya tutup muka, ntah apa apa ntah

Penat berdiri meh kita mencangkung plak


Dah dalam dewan panggung wayang, kaler baju sama ngan kaler seat plak. Opie suka popcorn


Makanan yang belum dipanggang, durian tidak termasuk ya.

Makanan untuk tiga perut manusia.

Konon berusaha untuk menghidupkan api, Opie tolong tengok je.

Api tak hidup, melantak durian je la jawabnya, sambil tolong tengok orang berusaha untuk menghidupkan api.
 
Muka yang dah lama tak jumpa durian. King of fruit.

Muka sangat tidak sabar untuk melantak


Sebelum bakar membakar kita posing dulu, ini posing sakit buku lali.


Posing ala2 perempuan melayu terakhir ditepi pantai.


My Auntie cakap ni posing ala2 Ujie Rashid. hehehe. Siapa tak kenal Ujie Rashid? Sila terjun sungai.
Ini plak posing ala2 zaman Raja Ema kata adik I, ditambah plak ngan reben kat baju I tuh, itu membuatkan ia sangat padan dengan zaman Raja Ema. Wakakaka. I peminat Raja Ema tau. Siapa tak kenal Raja Ema? Sila terjun lombong.
Tak tahu nak buat apa, sementara tunggu api dihidupkan, berposing dalam bonet kereta. Posing tutup mulut. Nak tunjuk cincin sebenarnya, ada macam cincin pusaka untuk saka belaan tak? hahahaha
Posing terkezut dalam bonet, ntah apa apa ntah

Posing duk dalam bonet lagi. First time Opie buat perangai duduk dalam boot kereta, sebab malas nak duduk atas batu. hehehe


Makanan yang sedang dipanggang untuk dimakan. Wakakakak. HEAVEN giler.





Kami lagi, dalam kereta on the way ke tepi pantai yang indah. Indah ke.



NotaKakiDanTangan : I dan adik suka meronggeng. Ronggeng kami bukan setakat ronggeng biasa, gi tengok wayang, karok, window shopping, itu bukan ronggeng. Kami suka meronggeng yang boleh MENCIPTA KENANGAN. Dan sesuatu yang boleh dikenang, bila masing2 dah ada life sendiri.Wakakakaka.



Friday, July 8, 2011

"Pemalas Betul!!!" atau "Pemalas Ke?"

:: ASSALAMUALAIKUM::


My Mummy : Nah lipat baju2 awak ni....mak dah angkat kan.


Opie : Okay...mak letak je situ nanti Opie lipat.


SATU JAM KEMUDIAN


My Mummy : La napa tak lipat lagi.


Opie : Hehehe nanti dia terlipat sendiri la mak.


My Mummy : Macam mana dia leh terlipat sendiri?


Opie : Nanti ada "orang" tolong lipatkan.


My Mummy : Yelah tu...kang terlipat sendiri awak juga yang pengsan.


Opie : Buat apa nak pengsan? cakap je lah TERIMA KASIH sebab dah lipatkan...lain kali tolongla lipat lagi.



DUA JAM KEMUDIAN


My Mummy : Ya Allah tak berlipat lagi?


Opie : hehehehehe (speechless)


My Mummy : Kenapa mak tengok awak dua tiga menjak ni makin PEMALAS?.. Kalau RAJIN tuh RAJIN SANGAT.


Opie : Entah...kena rasuk hantu pemalas kot. Entahlah...sebab Opie makin gemuk kot.


My Mummy : Orang gemuk pun tak pemalas.


Opie : Ala....Dalam seratus kali Opie nyer RAJIN...baru ada satu Opie nyer PEMALAS tau.


My Mummy : Lipat...lagi sekali mak masuk, mak tahu dah lipat.


Opie : Yelah.....



SILA TEKA APA YANG BERLAKU SETERUSNYA????????



NotaKakiDanTangan : Opie bukanlah perempuan pemalas....(sila tanya my Sister la..mcm mana rajinnya i)... Tapi kadang2 penyakit MALAS tu memang datang tanpa diundang, dengan rela hati ia menguasai diri. heehehe

Saturday, July 2, 2011

Entri yang STRESS leh membawa ke STROKE...

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Lately, there is some issues happened might be able to make me STRESS.Opie adalah seorang individu yang susah dan dulu2 tak pernah kenal nama STRESS. Walaupun zaman belajar dengan assignment yang berlambak2 untuk mengejar dateline ditambah dengan test dan final exam Opie tak rasa TERTEKAN pun. Walaupun masa study Master, dengan high expectation dari lecturer pun tak mampu buat Opie rasa TERTEKAN. Lebih kepada rasa BERTANGGUNGJAWAB.

Bila dah kerja plak, walaupun dengan kerja yang bertimbun, masalah persekitaran kerja, orang2 sekeliling pun masih tak mampu wat Opie rasa STRESS pun.


Tapi dengan keadaan Opie yang masih "menganggur berdikari" ni dan ditambah plak dengan satu "masalah" lain. Memang leh DAPAT PENYAKIT STRESS kalau dipikir pikirkan.


Perbualan Opie ngan My Lovely Mummy dalam kereta semalam. (Opie suka diskus perkara dengan Mak dalam kereta. Senang tak leh lari ke mana2. Tak kan nak terjun dari kereta plak kan, kalau ada rasa tak puas hati). Tak yah lah diberitahu masalah nya ya.

Opie : Opie leh DAPAT PENYAKIT STRESS tau macam ni. Sorang cakap mcm ni, sorang lagi cakap macam ni. Yang sorang lagi plak cakap macam ni. Boleh STRESS tau. Tak suka lah.

Mummy : Ala baru STRESS, kalau di pikir2 kan, Mak bukan je STRESS leh STROKE terus.


Opie : Kah kah kah....STROKE ya....mana boleh tiru tiru Opie. Opie nak STRESS dia nak STROKE terus. Dah lah tiru orang, pas tu nak markah lebih plak. Tak aci betul..(bantai gelak)


Mummy : (Gelak)...yelah itu pun nak STRESS...dia pikir STRESS dia je. Orang dah nak kena STROKE ni tak nak plak dia ingat.


Opie : (Gelak) STROKE mak mcm main tiru2 Opie je. STRESS Opie ni yang betul2 serius. Opie tak pernah rasa STRESS tau.

Mummy : (Gelak) STRESS STRESS....gi jogging sana...

Opie : (Gelak) hah? apa kena mengena? Opie ajak karaoke tak nak. Leh hilang kan STRESS. Mgu depan Opie nak gi tengok citer ROBOT tuh (Transformers) kat BP ngan adik.


Mummy : (Gelak) Pergilah...gi lah melalak2 sekali...bagi hilang STRESS tuh....

Opie n Mummy (Gelak tak hengat)




Opie n My Lovely Mummy


Friday, July 1, 2011

Perlu ke Berterima Kasih?

:: ASSALAMUALAIKUM ::


Tadi sehari suntuk gi berbelanja bersama-sama my Lovely Mummy. 

Pas tuh bila dah petang..tempat terakhir Opie beli barang my Mummy leh cakap macam ni.

Mummy : Mak tengok asik awak je yang ucap TERIMA KASIH kalau belanja. Patutnya cashier yang cakap TERIMA KASIH kat awak sebab awak beli barang dia.

Opie : Itu memang la. Opie pun patutnya cakap TERIMA KASIH gak kan. Sebab dia dah bagi "service" kat kita. Walaupun kadang2 "cashier" tu muka macam lepas bergaduh ngan laki atau bini dia.

Mummy : Memang lah kita pun kena cakap. Tapi dia yang patutnya cakap dulu baru kita cakap. Sebab itu kan dah kerja dia, dan dia memang dah di bayar tuk bagi "service" kat kita.

Opie : Tak pe lah Mak, kita kan 1 MALAYSIA...kah kah kah....

Mummy : Ada kaitan ke...

Opie : Ntah...kah kah kah kah


Entahlah dari 100 pengalaman Opie berbelanja Opie rasa cuma 20% je cashier akan cakap Terima Kasih dan kebanyakannya adalah cashier Cina. Opie bukanlah racist, tapi dari segi ni, Opie tengok cashier ni susah sangat nak cakap terima kasih. itu satu hal, belum lagi hal yang bila kita masuk kedai tuh, muka masing2 macam baru lepas dapat penampor ngan hantu, pas tu tgk kita mcm "ko ada duit ke nak masuk kedai ni"...kah kah kah.

Lagi ber budi bahasa makcik2 kat pasar malam tau dari budak2 cashier dan pembantu kedai yg kerja duk dalam aircond tuh. Menyampah betul. Bila dah  Opie dah geram sangat, memang kena kutuk gak.

Banyak pengalaman lah...mungkin Opie yang tak bernasib baik kot bila berdepan ngan pembantu kedai dan cashier ni.

Ada sekali tuh, kat KFC, boleh tak kita nak order ni, cashier tuh sibuk duk borak ngan pelanggan kat cashier sebelah. Memang kena sound lah ngan Opie. Opie cakap "nak borak ke nak kerja? , nak borak tuh nanti2 lah" habis sopan nye sound lah tuh.

NotaKakiDanTangan : Bukan susah sangat pun nak cakap TERIMA KASIH dan SENYUM....nasib baik Opie jenis seorang yang sabar dan bertimbang rasa. Kalu tidak, memang dah ramai pembantu kedai dan cashier makan makian Opie....