Alhamdulillah Sujud Syukur PadaMU atas rezeki yang diberi.
Apa yang Opie lalui selama LAPAN BULAN ni, menjadi seorang yang menganggur berdikari (PENGANGGUR TERHORMAT) memang betul2 mematangkan Opie.
Lapan bulan okay...bukan lapan hari atau lapan minggu. Kau ada? tak adakan....jadi duduk dan baca...hehehe
Ia Menjadikan Opie seorang :
Lebih dekat kepada ALLAH.(itu pasti)
Lebih TABAH,
SABAR yang makin menebal. Lebih sabar dari biasa. Sabariah dan Sabarudin pun tak sesabar Opie tau.
REDHA dan IKHLAS dengan setiap perkara yang Opie hadapi sama ada ianya buruk atau pun baik.
Lebih BERUSAHA.
Lebih TENANG. Bila kita REDHA dan IKHLAS kita akan jadi tenang. Walau sehebat mana pun dugaan yang datang. Alhamdulillah Opie dikurniakan oleh ALLAH sifat dan sikap ni sejak dari zaman sekolah lagi.
Positive Thinking.
Tidak cepat menghukum atas apa yang berlaku. Pasti ada alasan atau sebab mengapa ianya berlaku.
Lebih baik bila berhadapan dengan manusia yang MULUT BERBAU LONGKANG.
GEMUK. hahahah duk umah bantai makan aja.
RAJIN. hahahah duk umah jadi suri rumah.
PEMANDU yang berhemah. asik jadi cik supir je, bawa org gi sana lah gi sini lah.
CHEF memasak. Walaupun tak terer.. Untuk tekak sendiri dah lulus la.Kalau tekak sendiri mengidam n ngada2 nak makan sesuatu tu dah tak de hal la....hahahha
Lebih mengenali siapa yang patut digelar seorang KAWAN. Kawan susah dan senang.
Masih terngiang2 dan berpegang kepada kata2 seorang member :
"Allah tidak akan menzalami Hambanya, Doa dan Sabar Opie. Minta kat DIA InsyaAllah"
Allah berfirman yang bermaksud : "Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah 94:5-6)
Rezeki kalau Allah nak bagi memang dalam pelbagai cara. Untuk Opie, Allah tak bg direct macam orang lain. Terus terang Opie cakap, rezeki Opie tak macam orang lain. Opie kena berusaha 18 kali ganda dari orang lain. Kalau orang lain, sekali interview je dah sangkut kerja. Tetapi bukan untuk Opie.
Sampai Opie pernah terfikir, tak kan lah dengan kelulusan yang ada , tambah pengalaman kerja sket dan soft skill yang ada satu kerja eventhough kerja cikai pun tak sangkut? Tak kan lah aku ni teruk sangat.
Bayangkan kerja "cikai" pun tak sangkut. Opie pernah cakap kat seorang member ni
"kalau awak tahu, usaha saya nak cari kerja, mesti awak nanges punye. Konpem punya".
Sebab cara dia cakap, suh Opie pergi cari kerja, macam Opie ni duk goyang kaki je kat rumah tunggu rezeki turun dari langit. Itu belum lagi ada ayat tanya dari member "kenapa awak tak gi cari kerja?". Pergh menusuk kalbu ayat2 tersebut.
Memang betul kata member Opie, "Allah tengah uji kesabaran dan sejauh mana keimanan ko kat Dia. Kau Sabar Opie, InsyaAllah ada, mungkin lambat je Allah nak bagi"
Setelah LAPAN BULAN menganggur berdikari, ulang suara LAPAN BULAN okay bukan lapan hari. Ko ada? tak ada kan...so duk senyap2. Barulah rezeki yang ditunggu itu hadir. Itupun setelah Opie lalui pelbagai dugaan, musibah, cobaan, dan yang seangkatan dengan nya. Bila citer kat sini kang jadi novel plak, then leh buat drama.
LAPAN BULAN menganggur..pergh...mulut2 manusia yang berbau longkang memang tak leh nak diwangikan. Macam mana Opie menahan perasaan, menahan telinga, dan menahan mulut bila mulut2 longkang ni bersuara. Hanya Allah yang tahu. Nak tahu bacalah kat SINI, kat SINI pun ada gak, SINI dan kat SINI.
MUSIBAH yang menimpa Opie merupakan PETUNJUK dan jalan kepada REZEKI yang telah ditentukan oleh NYA. Ingat tak yang Opie pernah cerita, kereta opie kena pecah. Cuba baca kat SINI. Musibah ini merupakan jalan rezeki Opie.
Alhamdulillah REZEKI yang hadir ni buat Opie berkata. Kalau ini lah perancangan yang ALLAH telah tetapkan untuk Opie, Opie memang bersyukur sangat2, dengan segala musibah dan dugaan yang diberi.
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya. Allah tidak memberi sesuatu yang kita minta bukan kerana Dia ingin melihat hambaNya susah, tetapi Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.
NotaKakiDanTangan : SABAR , REDHA , IKHLAS , dengan setiap apa yang berlaku. Sentiasa BERUSAHA dan TIDAK PUTUS ASA. Tidak putus untuk berDOA kepada yang ESA, minta hanya kepadaNYA. YAKIN akan perancangan dan ketentuan dari ILLAHI. Sebaik baik perancangan adalah perancangan oleh ALLAH S.W.T.....Itu yang Opie PEGANG selama ni. InsyaAllah berdasarkan pengalaman Opie sendiri, kita tak akan panik dan sentiasa tenang, dengan setiap DUGAAN yang diberikan.
Satu perkara lagi yang Opie suka bila bulan puasa ni ialah Opie akan ter rajin masuk dapur.
Kalau hari2 biasa tu mungkin hanya 35% je tapi bila bulan puasa akan jadi 95% Opie akan masuk dapur. Masuk dapur bukan untuk makan je, tapi masuk dapur untuk memasak dan mencuba resepi2 baru.
Tak kiralah resepi lauk pauk ataupun resepi kuih muih
Semalam 3 Ramadhan / 3 Ogos.
Tiba tiba terasa nak makan ikan masak lemon.
Hehehe dulu ada sekali masa belajar kat Shah Alam ada orang belanja makan ikan masak lemon ni.
Pergh first time makan memang sedap.
hehehehe.
Jadi semalam main masak2 n campak2 dengan harapan jadilah rasanya.
MALU LAH PLAK. Masak benda simple tapi nak gebang yang lebih.
(patern2 org tak pandai masak mcm ni kot)
Ini untuk sos / kuah lemon nya.
Opie guna bahan2 yang ada kat rumah je.
Lemon tak ada, jadi opie ganti dengan Sunquick.
Mula mula tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang putih.
(tak yah letak bahan2 ni pun tak apa, sebab at las bawang2 tu tak makan pun, nak amek bau wangi dia je)
Bancuh sunquick dengan perahan limau nipis dan air. (suka hati lah nak banyak mana)
Setiap hari sabtu, jam 2 petang TV3 akan ada slot Bollywood. Dok tayang filem2 hindustan.
Hari Sabtu hari tuh TV3 tayang filem DilwaleDulhania Le Jayenge. Pelakon utama adalah Shah Rukh Khan dan Kajol.
Cerita lama, Opie dah tengok 18 juta kali cerita ni.
Tapi hari tu tengok lagi sekali dengan my cousin dan my auntie.
Lambat buka tv sebab dok main tenet. kul 2.30 baru buka. Tgk2 eh cerita dilwale lah. Terus layan cerita tuh.
Pelakon
Apa yang best cerita ni banyak lagu yang best.
Yang paling best mestilah lagu utama filem ni kan.
Hahaha bila my cousin first time tgk video dan dengar lagu ni.
kelakar dengar komen dia yg dok membebel sepanjang lagu ni
"heee meremang seh dengar lagu ni"
"Meremang bulu roma tgk...best nyer..romantik"
Okay dia baru form 2.
Lagu yang Opie memang akan tunggu setiap kali tengok cerita ni kat tv adalah lagu kat bawah ni.
Apa yang spoil, tengah best2 duk layan n feel lagu ni.
Tiba2 masuk BERITA TERKINI.
Gila SPOIL n hampeh je.
Feel dia macam ni lah, bila korang dok best2 layan game bola kat tv, nak2 team feveret plak tu yg main, tak pun final world cup. Tup2 tanpa disangka2 time nak free kick tuh, tiba2 blackout.
kah kah kah tak ke hampeh namanya tuh?
Kitaorang punya jeritan...alaaaa... Sebijik macam tengah tengok bola yang agak2 nak goal tapi tak jadi nak goal..
wakakaka...
Sampai hati TV3 buat kitaorang mcm ni kan.
Lain kali, nak letak berita terkini janganlah time ,nyanyi2. Spoil mood tau tak.
Bila dah frust, terus tutup tv, terus keluar rumah menjalankan arahan yang telah diberi. Nak tahu apa dia sila la klik kat SINI.
Minat giler kat lagu ni. Kat laptop, dalam kereta, kat hp, dok replay lagu ni. Wakakakaka
Nak cakap AISHITERU dekat siapa ya?
Itu MR.RIGHT or PRINCE CHARMING masih belum ketemu.
Bak kata member2 Opie
Member : "tak apa Opie, ntah2 dapat Dato' kaya tak hengat, time tuh dah tak hengat kat kitaorang dah"
Opie : "hish mana boleh tak hengat, mesti hengat punyer, sebab korang kena datang rewang"
Member : "kalau kawen dengan dato' mana ada rewang2 dah"
Opie : "kah kah kah...mana ada dato' bujang kat Malaysia ni plus diorang nak yang seksi meksi, aku ni seksa. kakaka"
Member : "ala opie ni aku tau sangat, dia nak anak pak imam2 je...hahahaha"
Opie : "napa plak?"
Member : "yelah baru suci bersih"
Opie : "konpem ke suci bersih?" kah kah kah
I dont want much I just want seorang lelaki yang...ooppppsss RAHSIA.....
Yelah yelah...1 point je leh letak..dia SAYANG Opie.
Tatapan matanya hanya untuk Opie walaupun Angelina Jolie, Megan Fox, Lisa Surihani yang lalu depan mata....(uweeekkk geli doh nak tulis ayat ni...meremang bulu roma tengkuk ...tapi itulah yang saya cari.)
Beberapa individu yang betul-betul saya RINDU ketika ini.
Sehinggakan ada satu tahap bila bangun pagi, atau bila nak tidur malam,
saya betul2 mengharapkan mereka berada di sisi saya.
Nama wanita ini ialah Ecah.
Opie RINDU sangat beliau.
Opie kenal dia dah lama dari zaman belajar diploma kat UiTM Kelantan.
Kitaorang jadi rapat bila kami satu rumah masa Opie belajar Master.
Dia sentiasa ada untuk saya bila saya ada benda untuk bercerita.
Wanita ni namanya Zuliya
Kami kenal pun dah lama dari zaman belajar di UiTM Kelantan.
Dari Diploma kami rapat, sebab geng dia dan geng Opie satu kepala.
Bila Opie belajar Master kitaorang satu rumah, dan kitaorang sama2 sampailah Opie habis belajar.
Last semester Opie belajar, Opie satu bilik dengan Zuliya.
Dia seorang GOOD LISTENER. Semua yang berlaku pada Opie masa study Master, dia tahu.
Thanks Zu, sebab sentiasa sudi dengar cerita2 aku yang merepek2. hehehehe
Budak dua orang dalam gambar ni takyah cerita lah. Memang rindu giler.,
Kita orang jadi roomate dari start hari pertama menjejakkan kaki di UiTM Kelantan sampai lah hari terakhir di UiTM Puncak Perdana.
Tinggal Opie je yang solo.
Yang tengah nama dia Atie, yang kanan tuh nama dia Watie. Hari perkahwinan dia Opie pergi. Opie ada cerita kat SINI
Segala susah senang, suka duka semasa belajar memang banyak dengan diorang berdua ni.
Ada yang gelar kitaorang 3 Stoogers. Yelah gi mana2 bertiga.
Kalau kurang sorang mesti jenuh nak menjawab, mana pergi lagi sorang. hehehehe
Masa belajar adalah saat yang paling best bersama kawan2.
Masa belajar kat Kelantan paling happening. 3 tahun kat sana memang pengalaman yang akan sentiasa terpahat diingatan.
Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Maksudnya esok dah puasa, malam ni dah start tarawih, dan awal pagi esok dah kena bangun sahur.
Suasana kat rumah ni, dah macam nak raya. Happening giler2.
Semalam hari sabtu, tiba2 je tengah syok tengok hindustan Dilwale Dulhan Hum Le Jayenge (Shah Rukh Khan n Kajol) kitaorang dapat kerja mengejut dari my Uncle.
Kitaorang ditugaskan untuk mengecat dinding luar rumah. Apakah? kami yang hanya menurut perintah.
Sangat happening, sangat syok, sangat best, bila dapat berkumpul dan bergotong royong macam ni.
Tadi siang plak (Ahad), pagi dah plan menu minum petang dan makan malam merangkap sahur cuma lauk2 seperti biasa.
Tapi, tengah syok2 layan lagu kat bilik, kita orang dipanggil untuk kerahan tenaga di dapur. Rupanya menu sudah bertukar.
My Uncle nak buat nasi beriyani. Nasi beriyani untuk makan malam merangkap sahur. Minum petang plak kuew tiao goreng. Jadi bersilat dan berkungfu la kami di dapur.
Hari Sabtu 30 Julai 2011
Sangat gigih mengecat dan menyapu
Giler rajin budak ni mengecat dinding.
Nampak badan sebelah je. Tapi cukup untuk dijadikan bukti.
Aktiviti mengecat bila dah lepas frust. Nak tau kenapa frust. baca kat SINI
Hari Ahad 31 Julai 2011
Ayam yang menunggu untuk digoreng
Menu makan malam tadi. HEAVEN giler. Menu minum peteng plak kuew tioa goreng dan pisang goreng ngan air sunquick sejuk.
NotaKakiDanTangan : Macam baru semalam je dok gi beraya ngan kawan2. Sebab tahun lepas memang raya sakan. Dan macam baru minggu lepas je, asik gi masjid Benut gi terawih sensorang. Alhamdulillah pada Yang Maha Esa, kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat Ramadhan pada tahun ini.