::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, April 14, 2011

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

::ASSALAMUALAIKUM::

  1. Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
  2. Kerana Allah maha mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon. 
  3. Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti : Tidak ikhlas, tergesa-gesa. tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.
Bagi No.1 dan 2 adalah diluar kawalan kita. Tetapi No.3 dibawah kawalan sedar kita sebagai seorang umat Islam. Opie yakin yang Opie memenuhi syarat yang ke tiga itu. Dan doa Opie masih belum dimakbulkan oleh yang Esa. Jadi Opie kembali kepada No.1 dan 2...dengan itu Opie yakin Allah adalah perancang yang terbaik untuk umatnya.  

Sehingga hari ini, Opie sentiasa muhasabah diri, berpikir, mencari kesilapan dan kekhilafan diri, dan sentiasa berdoa semoga diampunkan dosa-dosa yang telah Opie lakukan. Allah sedang menduga Opie (itu yang Opie selalu set dalam otak pemikiran Opie). Dan sentiasa bersyukur kerana dengan apa yang Allah telah berikan kepada Opie. 

Dan sentiasa mengingatkan diri, bahawa jika kita menghadapi kesusahan dan kesukaran, ada lagi insan yang dugaan nye lagi hebat dari apa yang Opie lalui ini.

NotaKakiDanTangan : Sumber dari Buku : Indahnya Hidup Bersyariat. Penulis: Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azru; Azlen Ab. Hamid. 

No comments:

Post a Comment