::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Sunday, April 10, 2011

Nak Kurus ke Nak Gemuk?

 ::ASSALAMUALAIKUM::

Petua nak kurus dan kekalkan kelangsingan anda:

  1. Anda haruslah mempunyai tahap metabolisma yang sangat tinggi.
  2. Tahap kemelantakan yang rendah.
  3. Skala selera yang sangat rendah. 
  4. Ruang perut yang tidak stretchable (ada ke perkataan ni) maksudnya kantung perut yang keci. Kecil dan tak meregang. Hahahahaha. Ada gak orang perut kecik tapi kuat makan.
  5. Tidak mempunyai pakwe / makwe /suami/ isteri/anak-anak yang boleh mempengaruhi tahap pemakanan anda.
  6. Jangan jadikan perut anda sebagai  "Lori Majlis Perbandaran". Maksudnya di sini, kalau orang sekeliling anda tak habiskan makanan mereka, anda yang kena habiskan. Tapi anda ada petua no.1 tuh tak apalah.... 
  • Semua petua di atas yang Opie ada, rasanya yang no.1 tu je...keh keh keh.
  • Kurus ke dengan berat 49kg tuh. Hmm bergantung pada mata masing2 kot. Ada yang ckp dh okay, ada yg ckp kena gemuk lagi. ntahlah..tp opie rasa dh okay..yg ckp Opie kurus SANGAT tuh..mata anda mesti suka tengok orang gemuk2 dan montok2 kan? kan? kan? (eleh ngaku je..especially yg lelaki2 tuh). Yang perempuan tu plak korang jeles kan? tak jeles banyak..jeles sikit tuh mesti ada..kah kah kah..(gelak kaya).
  • Apa ada dengan selim melim ni..Opie memang slim..tapi Opie tak ada muka cantek macam korang2 semua (yang girls la)..so tak yah nak komen2 Opie ni kurus sangat okay.
  • Opie jarang buat kawalan, atas kuantiti makanan yang Opie makan. Makan selagi perut tak kenyang. (eleh korang pun sama kan?).Tapi Opie akan pastikan yang Opie ikut pemakanan yang sihat. Contohnya: Opie makan je semua segala manis2, lemak2 ni..tapi Opie akan pastikan Opie minum 8 gelas atau lebih air putih (mineral water) dalam masa sehari. 
  • Seimbangkan pemakanan anda. Seimbangkanlah makanan yang sihat dan tak sihat yang korang makan.
  • Bersenam. Hahaha..jogging ke skipping ke..gelung ke..sapu sampah dari pintu depan sampai pintu dapur. Sapu dan mop lantai rumah atas dan bawah. Bila peluh keluar badan pun sihat. Hahahaha. Basuh kereta sendiri, takyah hantar carwash.
  • Sehari sebiji epal. Itu wajib.Macam mat saleh selalu cakap tuh "ONE APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY"..kah kah kah. Opie buat yang ni tau.
  • Nak perut yang leper? Tak berlipat2?Tak ada spare tyre? Mcm ada member Opie ckp.."kitorg ni ada spare tyre, bila tayar pancit leh amek kitorg punya spare tyre ni."
  • Untuk point di atas ni memang Opie buat. JANGAN makan nasi  atau apa saja makanan yang berbentuk karbohidrat selepas pukul 7 malam!!!!!..yang ni Opie buat. Memang berkesan. Korang cubalah. Esok pagi selepas atau sebelum buang "hajat besar" tu tgk perbezaan kalau makan nasi n tak makan nasi.
  • Kalau lapar? makanlah buah-buahan ke salad ke, minum susu ke hot coklat ke, biskut serat ke..byklah yang boleh buat kenyang selain nasi. Tapi jangan plak roti canai..kolestrol tuh tgh2 mlm buta. Lapar gak?..ikat perut korang then tido je..hahahaha...(ni Opie tak buat!!)
  • Bila perut kempis..nak pakai kebaya ke..baju t-shirt ke..tak da masalah. Orang yang gemuk tak semestinya perut pun kena boroi. Ada je orang gemuk tapi perut cantek je terletak. 
  • So segalanya pilihan anda. Yang penting sihat.
  • Jangan susahkan diri hanya untuk kurus. Tak semua orang suka orang kurus. Kah kah kah...
  • Dan tak yah juga susahkan diri dengan nak makan banyak2 sebab ada orang cakap korang ni kurus sangat. Vitamin nak gemuk bukan murah..mahal kot. 
  • Daripada beli vitamin atau susu untuk korang kuruskan atau gemukkan badan...baik korang beli vitamin atau susu untuk sihatkan badan. Apa yang mat saleh cakap tuh? Supplement? hahahaha...lagi bagus..badan pun jadi sihat. Ni beli vitamin tuk kurus or gemuk. Tapi tak kurus2 gak.. tak jugak gemuk2...kah kah kah....   
Renung-renugkan dan selamat menyihatkan badan...........


NotaKakiDanTangan: Allah menciptakan manusia dengan sesempurna kejadian. Ada alasan kenapa Allah jadikan anda seorang yang gemuk atau kurus. Dan tugas kita sebagai hambaNya adalah bersyukur kepadaNya.  



No comments:

Post a Comment