::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Wednesday, April 20, 2011

Bagi Lelaki ni dia Tips tuk mencairkan hati Wanita yang anda suka. Part 1.

::ASSALAMUALAIKUM::

Opie tak tahulah tajuk tuh berkaitan tak dengan cerita yang Opie nak kongsi ni. 

Masa Opie kerja kat sekolah, ada seorang budak ni dia datang kat Opie dan dia cakap kat Opie mcm ni

“Saya tak nak apa-apa dari akak, apa yang saya nak hanylah cinta dan kasih sayang akak dan perhatian akak tuk saya”

Sebelum ayat kat atas tuh adalah sesi perbualan antara Opie dan budak tuh. Dia dok puji Opielah, kononnya Opie ni baik (memang baik pun) , Opie ni cantik (cantik? Juling ke apa budak ni). Baik leh terima lagi. Catik? Mcm tak logik je..mcm2 lagilah yg dia puji. Jadi Opie tanyalah..

“awak ni puji2 akak, awak nak apa? Nak duit raya lebih ek” (masa tuh bulan pose kot)..jadi tu yg dia kuar dialog kat atas tuh.

Secara jujurnya, memang Opie terkesima dan speechless. Tak tahu nak cakap apa.  Dalam hati Berani nya budak ni.  Perasaan bercampur baur sebenarnya. Tapi perasaan nak marah tuh yang lebih. Memang rasa nak marah sangat.  Sebab apa rasa nak marah? 

1. Sebab dia budak lagi. Masih menengah rendah lagi kot. Kalau menengah atas tuh leh terima logik akal lagi. 
2.  Dia sekolah lagi. Bukan Opie nak menafikan yang budak sekolah tak leh cakap mcm tuh. Tapi ko sekolah lagilah. Apa kejadahnya nak cakap mcm tuh kat aku yg dah tak sekolah lg ni?. (tapi bdk sekolah memang kena belajar kan? mana leh cintan cintun ni)
3. Ko dah kenapa budak? Dah gatal sangat? Dah tak de budak2 sebaya yg lain ke?.

Tapi memang marah. Mengucap panjang Opie. Bila Opie tanya balik awak dah kenapa? Dia  leh tanya Opie balik, salah ke perasaan saya kat akak ni. “Saya ikhlas, orang lain belum tentu leh suka akak mcm saya suka akak.”.. Pergh budak ni memang menguji kesabaran Opie sebenarnya. Opie tak tahu nak cakap apa. Sebab dia leh cakap mcm ni. “kalau akak tolak cinta saya, saya terjun bangunan mcm mana?”. Mak aih main ugut2 plak. Opie jawab mcm ni “nak terjun? Terjun lah akak tak heran pun. Tapi sanggup ke awak nak terjun?..Akak tahu lah awak tak kan terjun punya. Awak bukan bodoh nak terjun kan? Lagipun awak kan budak baik. Takkan lah nak buat benda2 yg tak berfaedah ni”.. dalam hati kang budak ni terjun betul mampos aku...yelah budak2 sekarang ni perangai pelik2.

Dan semua tuh tak berakhir mcm tuh je. Dia memang berusaha tuk “try ushar”.  Dia leh cakap lagi. “saya sanggup tunggu akak” hahaha. Dan member Opie cakap, “memanglah dia sanggup tunggu ko Pi, masalahnya, ko sanggup ke tunggu dia?” hahaha..konpemlah tak sanggup. Dah la baru menengah rendah, pas tuh nak spm lagi, dh hbs spm masuk U plak, pas tuh kerja, pas tu nak kumpul duit. Berapa lama tuh? Seploh tahun pun lum tentu lagi. Opie plak? Konpem2 la dah tua sket time tuh.

Apa yang Opie kagum usaha dia tuh. Dia bukan sekadar bermain kata2, tapi dia berusaha. Setiap hari jumaat sebelum dia balik sekolah mesti dia akan singgah kat tmpt Opie kerja.  Dan setiap kali Opie wat xtvt dia mesti join. Apa lagi ek dia buat? ada..hmmm..(okaylah kan...ala usaha bdk2 baru nak ushar...apalah yg diorg leh watkan. nak wat lebih2 masih bawah umur. nak wat lepas waktu sekolah, terikat ngan jadual disiplin mak n ayah) keh keh

Kadang2 terpikir..kan best kalau ko bukan bdk sekolah, wahai bdk sekolah. Ko sebaya Opie ke. Yelah dia bukan sahaja "sweet talker" tapi dia bg sekali dengan effort. Tu yang Opie rasa napa budak2 leh buat dan orang dewasa tak boleh buat?



NotaKakiDanTangan: Tak semua perempuan inginkan seseorang yang "sweet talker"...termasuklah saya. Saya lebih suka kalau anda seorang yang berusaha dan bertanggungjawab atas segala apa yang diucapkan. Dan bila beliau seorang "sweet talker" itu adalah satu bonus. 







No comments:

Post a Comment