::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Thursday, April 7, 2011

Ikhlas Ke?

::ASSALAMUALAIKUM::


Budak A : Ko Ikhlas tak ni?
Budak B : Ikhlas la..ko ni..aku Ikhlas la tolong ko ni...
Budak A : Betul ni? terima kasih la wei..
Budak B : Sama-sama..lain kali ko tolong aku plak...


Biasa dengan adegan dan dialog di atas. Apa maksud Ikhlas sebenarnya? Ikhlas ke tak? hmmm

Opie pernah berdepan dengan situasi, di mana dari situ Opie dapat lihat dengan jelas Ikhlas nya seseorang menghulurkan bantuannya kepada Opie yang amat memerlukan bantuan seseorang dari segi ilmu dan kemahiran.

Citer nye baru je tak sampai setahun pun lagi. Opie ada projek, kena wat video...dan opie nak guna perisian yang memang Opie tak tahu nak guna langsung. Dan mustahil tuk belajar through phone or chatting. Memang kena belajar secara face to face ni. Kawan2 yg expert ni semua duk KL nun...

Member A
Opie :Limah ko pandai kan perisian ni. Boleh tak ko tolong ajar aku?.
Limah: pandai. Macam mana nak ajar ko?
Opie : ko dtglah rumah aku. keh keh keh
Limah: Jauh tu..ko lah yg dtg sini.ko yg nak belajarkan. Ko boleh je tumpang umah budak2 yg ada kat sini.
(okay, prinsip tuk mendapatkan ilmu, murid yg kena pergi kat cikgu. Betul jugak tuh..)
Opie : ala. ko lah dtglah sini. Lagipun dh lama kan tak dtg sini. (bergurau je sbnrnya..kalau tak de choices mmg lah kena gi sana)..
Limah : boleh je..kalau ko nak tanggung duit minyak dan tol aku...
(termangu seketika...dalam hati memang niat nak bg duit minyak dan tol pun...yelah kita yg berhajat kan..kenalah sediakan apa yg patut)
Limah : Boleh je...tak de hal la...

Member B
Opie : Temah ko pandai kan perisian ni. Boleh tak ko tolong ajar aku?.
Temah : bolehla sikit2. tak pandai mana pun
Opie : ala..at least lebih pandai dari Opie..
Temah : tak lah..lebih kurang ko je..
Opie : Boleh ajar aku tak?
Member B : Boleh je..tapi mcm mana nak ajar..susah sket kalau nak chatting2 je ni.
Opie : Datang umah aku la..hehehe
Temah : Boleh je..nanti aku cek jadual aku..kalau adik aku tak de hal..aku leh je gi..tp bukan minggu ni la..ko nak cepat ke?
Opie : tak lah..dateline lambat lagi..kalau susah Opie yg ke sana..
Temah : Takpe2..nanti aku ke sana..ko bukan ada transport kan..pas tu nanti nak duk mana plak..susah nanti..(member A yg td pun tau Opie tak ada transport.)
Opie : terima kasih la..buat susah ko je.
Member B : taklah..mana yang aku leh tolong aku tolong lah.

Agak2 mana yang ikhlas nak tolong? kalau ikut usia persahabatan.. Opie dah kenal lama si Limah daripada si Temah tuh. Limah plak dah pernah dtg rumah Opie dan kenal famili Opie. Manakala si Temah plak..first time nak dtg umah Opie

Opie pun bukanlah nak kat yg Opie ni baek sangat. Kang ada plak suara2 sumbang yg ckplah "ala..mcm lah Opie tuh baek sangat nak komen2 org" . Tapi Opie masih belajar tuk menjadi lebih ikhlas dari biasa. bukan selama ni tak ikhlas..Opie ikhlas.. 

Opie pegang kata2 yang mak selalu cakap kat Opie...Kalau Allah tak bagi kat dunia ni balasannya...DIA akan bagi kat akhirat nanti..dan balasan yang Allah bagi bila di akhirat nanti lebih indah dan manis. 

NotaKakiDanTangan: Ikhlas ke kita?

No comments:

Post a Comment