::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::





::TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA::

Tuesday, April 26, 2011

Bagi Lelaki ni dia Tips tuk mencairkan hati Wanita yang anda suka. Part 2.

::ASSALAMUALAIKUM::


Sambungan dari entry ni. Sekarang ni, bagi Opie bukan lagi zaman cakap2 manis, zaman2 meng“ayat”  perempuan. Itu semua zaman dolu2 punya citer. Setakat dengan kata-kata manis nak bagi wanita terpikat? Kah kah kah wanita lain mungkin kot tapi bukan Opie wanita itu. heheeh silap orang okay. Kita bukan hidup zaman cerita hitam putih atau pun cerita yg warna nak kuning2 tuh. Kita hidup zaman 3D, zaman CGI. Dah tak main kata-kata manis tuh semua. 

Nak bermadah berhelah tu semua boleh. Tapi please lah, tolong iringi dengan USAHA anda sekali. Kalau setakat kata-kata manis nak bg wanita cair dan terpikat?kalau Opie baik Opie terpikat ngan budak2 sekolah yg ushar Opie tu. Ayat diorg lagi terbaeeekk punyer. Memang leh bikin cair lu punya hati.

Opie bagi satu situasi. Masa ni Opie study lagi. Opie ngah further study. Dan memang Opie sebatang kara, cuma harapkan My Litle Dear Sister kat UiTM Shah Alam tu.Okay memang dia cakap dia nak ushar n nak ngorat Opie. Okay fine, Opie terima. Ada satu masa tuh Opie memang demam teruk. Dah masuk seminggu tak baik2 lagi. Dia tau Opie demam, dia tau Opie tak gi klinik lagi. Dan Opie tau dia tak busy. Dan dia ada kereta. Dan tempat dia dan tempat Opie Cuma kurang setengah jam boleh sampai itu kalau ikut had laju. Kalau bawa agak2 nak kena saman plak...15minit leh sampai.

Tapi apa yang dia buat?. Just sms Opie tanya dah makan ke belum? Dah makan ubat ke belum? Ada kawan tak kat situ? Siannya dia demam..rajin2lah makan ubat biar cepat sembuh. Dan macam2 lagi lah ayat2 yang manis2 belaka. Memang bikin cair lah. Tapi dia silap orang okay. Dah tau Opie demam, tanya lah nak gi klinik ke tak nak? Nak saya bawa g klinik ke? Awak nak makan apa? Nak saya belikan  (kata nak ngorat. So u should willing to do anything. At least kata orang tuh berbasa basi lah kalau tak nak wat pun.) 

So start dari aritu..Opie buat keputusan okay you n me just friend not more than that. Or maybe no more friend. Tapi takkan nak putuskan friendship plak kan. Dan konpem Anda bukan jodoh saya. Dan dia sudah pun berkahwin. Cuba bayangkan, situasi simple mcm tuh pun dia tak gheti nak try into it. so mcm mana kan? sendiri pikir lah

Dan start dari ari tuh gak Opie selalu pikir, CINTA dan PERASAAN INGIN MEMILIKI tuh memang secara kasarnya nampak sama..tapi sebenarnya berbeza. Dan apa yang Opie nampak kat that guy tuh, yang dia cuma nak memiliki perempuan. 

Correct me if i am wrong. If you love someone, u’r willing to do anything right? Tak delah sampai lautan api sanggup kurenangi tu segala bagai. Just show ur effort that u really love her. That’s it. It so sweet okay.




"LOVE IS JUST A WORD UNTIL IT IS PROVEN TO YOU" 
 

NotaKakiDanTangan: Mcm ada "cinta monyet" Opie zaman sekolah dulu. Bila dia cakap "saya telefon awak nanti ya, kul 4.30ptg" (dolu-dolu mana ada hp mcm skang). Hujan lebat dengan guruh dengan kilat. 4.30ptg je..kringg kringg kringgg telefon berbunyi...so sweet kan. Ha..tu lah baru best.  risau gak kang tgh telefon kena sambar petir plak anak orang. Tapi apa yg dia ckp? Saya suka awak, so anything for you. Tu zaman sekolah nye cerita. 


No comments:

Post a Comment